boleh tidur dimana dimana juga merupakan satu kebolehan orang yang berperangai suka lari rumah
Aku sebenarnya memang seorang manusia yang dilahirkan untuk selalu lari dari rumah atau dalam erti kata moleknya, 'merantau'. Jangan terkejut. Sedari usia aku 10 tahun aku sudah pandai lari dari rumah. Sememangnya sikap sikap overacting dan perangai yang selalu nak drama sangat ni memang wujud sejak aku kecil. Boleh dianggap seperti 'kelebihan' sebenarnya.
Mengimbau kembali saat pertama kali aku cuba menjejakkan diri dalam arena lari-dari-rumah-sebab-kena-marah-atau-merajuk-and-so-on, aku masih ingat dalam keadaan aku yang tidak berselipar, berpakaian dress pendek, berjalan jalan dan sampai disuatu tempat yang tidak agak asing , aku menumpang teduh akibat kepenatan. (padahal tempat tu dari jarak rumah sebenarnya adalah dalam 400 meter macam tu, wow agak jauh untuk seorang yang masih belum belasan tahun) nak dijadikan cerita, aku telah menumpang teduh di sebuah pondok pak guard Institut Pendidikan Perguruan (ipg). Nampak? sedari kecil aku telah attracted untuk sentiasa mendekati tempat tempat yang penuh keilmuan.
Aku tidak lama disitu, kerana tiba tiba sebuah kereta Citreon berwarna kelabu tiba tiba menyengah di ruangan mata. Aku masih ingat wajah menyeringai ibuku yang waktu itu bertudung dengan stail ikat reben dekat leher. Aneh, ku rasakan ibu ku sangat jelita. Tapi, perasaan ketika itu yang ingin sekali mencuba stail hijabista berebenkan di leher punah. Diganti dengan perasan"oh ma gad-mama-gonna-mad-at-me-again!" . Dan apa yang aku sebenarnya fikirkan ketika itu adalah "kenapa muka mama macam nak marah ni, sepatutnya mama patut risau dan wajaknya patut beriak kerisauan sebab aku telah hilang selama beberapa minit!"
-------------------------------
Dan sifat ingin lari dari rumah itu sampai sekarang aku masih belum jumpa penawarnya. Asal ada masalah, aku selalu terbayang aku tiba di sebuah negara asing, bina hidup baru bajet bajet kau boleh lupa segala masalah dan boleh survive without family disisi. WOI tak akan survive. Tak akan boleh nak bertahan. Kalau betul lah suatu hari nanti dek permasalahan yang makin membesar seiring dengan meningkatnya umur, dan aku tiba tiba, berada di sebuah negara lain, mungkin kalau aku arrived pada pukul 8 pagi, pukul 8 malam aku dah beli tiket balik Malaysia sambil menangis keluar hingus jerit " maa....maaaa"