Hai... Assalamualaikum..
Penghibur lara ku #almost6months
Semenjak menjak ni jiwa ku semakin kacau. Sekejap kejap menangis.. Nampak je aku ni okay kuncang kancip sembang di Twitter. Ternyata hidupan seharian nya penuh dengan tangisan..
Emm sometimes la sometimes. Haha
Ni mesti gara gara tidur malam ku yang semakin lama damainya semak
in hilang gara gara kesakitan pinggang yang tak dapat dikawal kawal lagi. Sebelum pregnant lagi dah dapat ku rasakan pinggang ku ini makin lama makin tak boleh nak bagi can buat kerja lebih sikit. Itulah.. dulu kuat sangat menggunung. Bawa beg berat berat. Rasakan lah kau. Rasakan!
Jadi bila pregnant ni kesakitan pinggang ku makin lama makin tak dapat nak dibendung apetah lagi dibawa berbincang. Selalu tak dapat tidur malam dengan lena. Kalau tak dapat tidur je tak mengapalah. Ni Tak dapat tidur, tambah lagi dengan tak selesa satu badannya. Baby pula semakin aktif menumbuk kicking kicking lagi. Takpelah, baby dimaafkan. Pinggang ni sampai akhir hayat pun taknak lah kawan. Tskkk
Jadi semalam post dekat Twitter nak sangat sangat pregnancy Pillow tu. Sebenanrnya memang dah lama nak. Sejak Bulan 3 ke 4 pregnancy entah. Padahal tak tahulah betul ke tidak bantal berbentuk C atau U itu betul betul boleh cure kesakitan pinggang ibu mengandung. Baca testimoni katanya semua gegempak.
Selalu cakap kat husband, atau tunjuk tunjuk gambar kat dia tentang Bantal tu. Dia pun senyum je selalunya. Baru baru ni dia kata sambil buat muka sedih, nanti kalau dia belikan isteri dia ni dah tak peluk dia malam malam. Hahahaha. Im gonna hug you 19hours just give me the 5 hours of my beauty sleep puhlisss. Haha.
Tapi terima kasih hubby... selalu urut malam malam dengan minyak panas. Siap beli stok baru in case minyak panas dah habis. Selalu menenangkan diri ini yang tak keruan malam malam, siang siang kalau emosi.. Kita tau dia tak beli belikan lagi sebab banyak komitmen.. Aku pun jenis malu dan tak memaksa bila bab bab barang beratus ni. Selalu minta macam macam pun perihal makanan. Kalau barang barang, selalunya sebolehnya taknak minta. Sebab taknak susahkan hubby...
Tapi malam tadi luar biasa sakit pinggang. Sampai ke pagi lah asik terbangun bangun sebab tak selesa. Padahal hubby dah urut dah sebelum tidur tu. Dapat lelap sekejap pun nak pukul 4 macam tu. Bangun bangun sakit sakit lagi, dengan tak cukup tidur, tak selesa apa semua..
Maka, berjujuran air mata la daku sewaktu bersolat subuh. Tiba tiba mogok dengan hubby. Merajuk. Eh alahai... Kesiannya suami ku itu. Dia tanya tanya aku kenapa aku hanya mampu menangis. Lepas dah solat, try nak tidur tapi tak boleh. Jadi Nangis lagi. Sebelum hubby pergi kerja nangis lagi. Dia offer nak belikan nasi lemak pun aku tak mau. Padahal lapar!! ahaha Aku pun tak tahu kenapa hubby ku jadi mangsa. Maafkan la diriku ini. Sobsobs. Dia call masa zuhur, pun aku menangis lagi. Menangis sahaja. Kecelaruan emosi betul..
Nak dijadikan cerita, hubby ku call kata dia dah masukkan duit. Gaji dah masuk. Maka pergilah hilangkan kedukaan mu. Bayarlah bil telepon dan Belilah bantal yang ku ingin inginkan tu.
Terdiam ku sebentar. Ni nak makan ke tak pujukan ni. Nak reject taknak beli, tapi aku memang amat amat perlukan. Makanya aku diam ajer. Hahaha. Tapi lepas tu dah tak merajukla..
Thankyou suami.... Semoga Allah membalas segala jasa jasa dan pengorbanan mu... amin...
Makanya! lihatlah!! Aku sudah mempunyai sebentuk Bantal C!!
Alhamdulillah ya Allah.. Bagi rezeki bakal mummy mudah terluka ni... Alhamdulillah sangat sangat. Dan ianya berwarna pink! dan berharga rm 160! The cheapest la setakat survey ni. Lagipun tak perlu postage postage. Beli kat kedai Bangi sentral je. Huhuhu... Thankyou Allah.. Thankyou suami...
welcome my babyyy ^^