Hai Assalamualaikum semua!
Althaf, penyejuk hati.
Tidakkah masa berlalu sebegitu pantas sekarang? Dulu dulu pun dah rasa masa berlalu pantas. Apetah lagi sekarang. Terasa seperti masa itu, punyai super power. Makin pantas dia pergi. Sepantas pantasnya. Tak terkejar kita. Kita tak main kejar kejar pun dengan dia, nah, tiba tiba sudah berlalu pergi.
Okayla, taknak melalut. Hahaha. Tapi betul kan? Sekejap sangat masa sekarang ni. Tiba tiba esok dah hari Khamis. Tiba tiba je dah tiba masa cuti husband itew. Hihik. Korang kerja ke tu? Hahaha. #shifthourprivelege
Sebenarnya nak cakap pasal Althaf Muhammad. Rasa baru je lagi tengah pregnantkan dia, tiba tiba dah terberanakkan dia. Dan tiba tiba dia dah enam bulan! Tiba tiba dia dah pandai mengengsot mengundur, dan beberapa hari lepas dia dah pandai mengensot ke depan. Oh sayang! (mungkin boleh pregnant lagi? Ya Allah murahkan lah rezeki kami, dan semua yang membaca)
Sebagai ibu muda, baru beranak satu. Apa apa yang anak kita baru dapat belajar mestilah kita teruja bukan kepalang. Jadi ibu ibu berpengalaman yang baca ini jangan pandang sinis ya. Hihi. Dan nak dijadikan cerita............................................
Kelmarin, Masa nak mandikan Althaf, tengah dalam tandas ada seekor cicak besar berkeliaran dalam tandas. Besar dia luar biasa! Macam dia dah lama hidup, dan dah makan pelbagai jenis serangga. Menyeram kan betul. Apa dia buat dekat tandas orang entah? Membencikan dan memualkan betul. Dahla kawan kawan dia sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat berak merata kat bilik. Super annoying. Punyalah besar kawasan muka bumi ini, dekat bilik berpenghuni jugak dia nak melepas.
Masa tengah cuba nak halau cicak tu keluar dari tandas, Althaf kita letakkan di atas katil. Tak letakkan apa apa barang atas katil tu sebab kalau letak, mesti dia nak mengengsot dan gapai barang tu. Kebetulan kita pulak sangat terasa mual dengan cicak tu, habis lupa pasal Althaf yang kat atas katil. Kita dahla dah lambat nak siap keluar ni, nak mandikan Althaf ada pulak ciccak buat hal.
Tengah jirus jirus air tu nak tengok di mana keberadaan cicak tu........... tiba tiba...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" PRAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!!!!!"
Bunyi benda jatuh. Apa benda tu? Setengah saat kemudian aku berpaling, serentak itu yang ku sangkakan benda, rupanya seorang anak kecil yang naif sedang berteriak menangis. Ya ALLAH. Kita tak tahu jantung kita kat mana masa tu.
Terus kita lari kat anak kita, yang tangisaannya betul betul merobekkan hati seorang ibu ini. Tak mampu nak berbuat apa. Kita dukung sambil mengucap "lailahaillah" beratus kali. Sampai tak rasa kaki masa dukung Althaf masa tu.
Sesal. Sedih. Sangat sangat sangat. Tak tahu nak kata apa.
Althaf jatuh katil, terlentang di simen batu yang begitu keras. Kalau orang dewasa pun akan rasa sakit sangat jatuh katil. Apetah lagi seorang bayi kecil itu. *NANGIS*
Dan hari tu sampai malam menangis, sebab fikirkan mesti sakit sangat dia rasa. I am so sorry Althaf sayang, mummy tak sengaja biarkan Althaf sorang atas katil. Mummy tak adapt lagi Althaf dah boleh bergerak dengan bebas. Maafkan mummy sebab lalai dan blur sangat. Huaaaaaaaaaaaa.
Lepas dah cooldown kan dia dengan susu, peluk peluk dia, cium cium dia, baru turun bawah bagitau kat Wan dia. Alhamdulillah lah wan dia doktor, mummy tak tau nak buat apa dah. Wan dia cek, muka dia bahagian dahi, kening and mata tu merah merah bengkak. Tuam tuam dengan ais supaya tak melarat sangat esoknya.
Lepas tu dia okay dah. Boleh gelak gelak, and aktif balik gigit jari kaki dia. Tapi hati kita masih dirundung rasa sesal dan sedih sangat sangat. TT
Pengajaran dari cerita ini : Jangan sesekali tinggalkan anak atas tempat yang tinggi sensorang, apetah lagi bila dia dah pandai ngengsot sesikit. JANGAN SESEKALI. Jangan ulangi kesilapan kuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
Wan dia nak cooldown kan kita bila kita tanya takpe ke jatuh ni? Otak dia tak bergegar ke?
"takpeeeeeeee, it is a growing up process"
"korang dulu lagi lah lebam lebam" #amboi
"althaf kan heroooo, kuat kan cucu wan ni" sambil cium cium Althaf.
Okayla, rasa cool down sikit. Sambil ucap syukur sangat sangat kat Allah, tiada yang buruk sangat berlaku. TT
Itu sahaja kisah ku ini.
Adios Assalamualaikum!