26 August 2019

Catalina Maryam Turns One!

Hi Assalamualaikum semua! Lama dah tak update blog ni. Selagi tak update selagi tu la rasa macam ada sisa sisa kehidupan yang tak dibawa kehadapan. Gitu ye kauuu. Haha



Alhamdulillah, 3 hb ogos yang lalu our daughter is One year old already. Semoga sentiasa membesar dengan sihat, lovely, berakhlak baik, dilindungi Allah, berjaya dunia akhirat, dan jadi penyejuk mata buat semua yang mengenali adik ye sayang. Amin ya rabbal alamin.

Birthday dia hari tu sambut dua kali. First sambut ramai ramai awal hari tu, 30th july sebab our family ada tigaaa orang sambut hari lahir pada hari yang sama iaitu 3hb ogos tu dan 30 july tu is our baby Nur Fatimah Az Zahraa punya birthday too! She turns 3 that day. Hehe  Since my mum yang pada permulaan nya bakal pergi menunaikan haji on the 1st august tak silap, so rancang la nak celebrate awal. Tempah hotel to stay overnight @le meridien putrajaya, and makan makan @pizza hut kat ioi mall tu je. Bestt jugak hotel bersambung dengan mall ni. Senang nak cari makan takyah keluar naik kereta. Hehe. Recommended hotel nya. Staff friendly, bilik cantik and besarrr. My mom booked 2 room and alhamdulillah dapat connected room yang seblah seblah tu. So senang la nak spent time together. 















Tapi my mom in the end tak dapat jugak pergi Haji sebab masalah visa furada. Memang this year punya visa furada ni sangat sangat bermasalah dan dapar liputan besar. Ramai sangat yang tak dapat pergi. Huhu. Semoga ada rezeki lain kali. 

Next, on her birthday. We celebrated one more time with just four of us. Ala sambut kat kedai makan Blokke je kat citta mall tak silap. Pilih restaurant yang mesra kanak kanak. Habis makan bawak diorang main playarea situ. Recommended sebab makanan okayla sedap, and play area walaupun berbayarrr juga okayla they have fun. 









Masa nak nyanyi birthday song untuk Maryam tu malu malu je sebab suruh staff ambikkan pastu hello malu la kena tonjolkan bakat suara sedap depan orang ramai. Haha. Tapi time kitorang pergi tu rasa lebih 4 family yang sambut birthday anak anak diorang jugak. Haha memang place untuk celebrate budak budak. Sesuai sangat. Takdalah mak ayah syok sendiri je ka  bawak tempat fancy, last last anak cranky boring. Lain la yolss vivy yusooff sambut birthday anak anak nya gempakksss sekali. Kalau sis kaya pun macam tu jugak la buat. Ye la duit penat cari kemana lagi kita tabur (other than bersedekat and pay bills)



Then balik rumah, mandi kan anak anak siap, siap pergi takbolehmissed majlis zikir. Majlis ingat Allah. Alhamdulillah. Just once per week. Tapi itula.. kadang kadang majlis macam ni orang takut sangat rosakkan akidah semua. Padahal mengingati Allah, agungkan Allah, zikir dan selawat apa semua je. Concert terpekik terlolong tu halal je jabatan agama buat tak kisah. Ironi sekali bukan? Boleh je nak suka suka tapi tu la nak tunjuk je perbezaan antara darjat dua acara. 

Maryam dah setahun ni alhamdulillah dah pandai

- jalan, start tatih lepas tangan masa 11 bulan 2minggu masa tu

-has her first teeth masa 8/9 bulan tak silap. Memang lambat compared to abang dia. Haha. Sekarang setahun dah ada 4 batang

- pandai cakap few words, Allah, papa, maaa, and nakk. 

-faham few instructions, suka imitating our punya actions, pandai marahh balik, beremosi sangat dah pelbagai. Bye bye , hi, salam, tepuk tangan, no no no tu okayla dah pandai buat. Haha

-kuat merajuk dan kuat menjerit. Kuat menyorok jugak. Kadang kalau keluar tu dalam kedai sekejap je hilang rupanya menyorok :( gugur jantung makpak dia.

- makan sangat sikit. Kalau nasi tu 5 6 sudu kecik je pastu taknak dah. Sedih tapi takpela, nanti lain masa in sha Allah kuat lah makan tu. 

-berat setahun dia 8kg.. tak berat dan bambam macam budak lain. Tapi mummy bersyukur lah sangat alhamdulillah sihat walafiat. Taknak complain apa apa, some parents Allah uji dengan kesihatan anak nya dan in sha Allah syurga buat semua mak ayah yang melaluinya. Ujian tanda Allah sayang.. 

Itu je kot yang nak share.. lain hari, lain waktu, sampai ketemu lagiii! Byee adios assalamualaikum! 

28 May 2019

Long way to twenty one

We look the same kan sape jawap tak durjana lah hati ini muahaha

Hi assalamualaikum!


Catalina Maryam is now nine months old plus plus. From a baby , dah jadi orang dewasa (sikit) hahahaha. From not wanting to get another baby, i think you should get adik lah now. WAHAHHAHAHAHA NEVER IN 3 YEARS! MUMMY DONT WANT MUMMY JUST JOKING. PANTANG IS HARD TIMESS DONT WANT THAT ANYTIME SOON SORRY BYE. 

Dah tahu marah, dah tahu tak puas hati, dah pandai berebut mainan dan makanan dengan abang dia, dah pandai mempertahankan hak dia dari diambil, dah pandai refused taknak makan kalau tak sedap or tak menyelerakan, dah pandai faham kalau mummy marah, dah pandai ajuk mummy marah (amboi sangat kau ye dik) dah pandai bersedih hati tatkala mummy marah

Dah pandai dah diri lama lama (she overcome her fears of standing/refer to previous post) walaupun anak orang lain sembilan bulan dah marathon 24km dik. Haha. Dah pandai merangkak merata alam.. 

Her first words yang dia acknowledge adalah papa. Sakit hati mummy ni dik. Hahahahhaa. Masa tu tengah baring baring kan pastu dia ngomel bla bla bla tetiba dia baring kat papa dia sambil cakap "paaa...paaa" OKAY FINE MINTAK SUSU DENGAN PAPA JE LEPAS NI!! HAHAHHAHAAHA


Alhamdulillah, semoga Allah terus besarkan maryam dengan keadaan penuh sempurna dan sihat walafiat ye sayang. Mummy papa loves you so much.

Tengok muka dekk dia tu hahaha.

Adios, assalamualaikum!

18 May 2019

Pengalaman Pasang IUD di LPPKN Kajang

Hai Assalamualaikum! 


Entry kali ni kita nak cerita pengalaman pasang iud di LPPKN Kajang. 




Memang plan nak pakai perancang, sebab taknak risiko termengandung lagi. Masa terjadinya maryam, masa tu pakai perancang jenis maajun. Period dua kali sebulan tau tapi kalau tak ambik memang boleh pregnant

Pastu niat dalam hati, lepas dah bersalinkan maryam nak pakai iud. Tiba masa nak buat appointment dengan klinik desa/kesihatan nurse takut takutkan tak payah pakai iud. Dia kata kenapa nak pakai iud, awak tak takut ke bla bla bla. Dia surug suntik depo atau pasang implan je di lppkn. Tapi implam costly. Paksa punya paksa, dari nak buat appointment iud, tercucuk la suntikan depo terus hari tu. Kesian sis mudah terpedaya. Hahaha

Entahla. Sis pun tak tahu kenapa nurse beria sangat paksa suntik dan tak payah iud? 

Balik tu baru baca baca pasal suntikan depo and mostly memang bad effect nya banyak. Kesan suntikan depo pada kita adalah period tak datang. Dan entahla, berat pun naik dua/tiga kg ye. Padahal sebelum tu susah sangat naik berat walaupun makan banyak. Eh wahh kau salahkan suntikan pulak. Hahahaha.

Entah macam mana, masa tu i was late for my appointment untuk suntikan depo buat kali ke 3. Maknanya nak pegi suntik untuk kali ke tiga la. Tapi kita macam reluctant nak pergi, rasa remeh nak kena suntik suntik and rasa sakit tiap kali suntik. Tak suka kena suntik!!!! Ngadu ngadu kat hubby, hubby pun kata tak payahla suntik. Pasang implan je. Dah call dah survey antara pasang dekat lppkn or klinik swasta je murah. Klinik swasta rasa rm570 , kalau lppkn rm500 je tak silap. Beza sikit je la macam tu.

Tapi bila fikir balik, implan pun ganggu hormon. Better option to iud je. Tak kisahlah ngeri ke tak. Taknak baca sangat pengalaman orang, terus option nak pasang iud. Kebetulan time tu Alhamdulillah tengah period. Punya la menanti nanti nak peod sebab nak pasang iud. Selagi tak peod, tak boleh pasang. Pastu dah risau takut kesan suntikan depo tu kuat, so maybe ill not be getting my period anytime soon? Mujur dalam sebulan lebih lewat dari appointment suntikan depo tu , dah peod balik. Rasa macam nak nangisss. Haha

LPPKN Kajang ni dekat area jalan Reko situ. Board kedai dia pun a bit dah lama dan usang jadi masa cari memang kena jegil mata sikit. Kalau nak senang, dia macam tepi Petronas haaa. 

The nurses there all very helpful and ceria. Sempat pegangkan maryam lagi masa mummy tengah dalam proses pasang sebab my husband and anak no.2 urgent kena balik ofis. 

Tapi yang kurang menyedapkan hati adalah doktor nya. She was so rude. And very the kasar. I thought having an elderly doctor macam okayla kan mak mak ke perangainya. Tapi doktor tu tak sedihh. Dia punya instruction tu macam membentak bentak la padahal boleh je kan cakap elok elok......

Masa nama kena panggil, without proper explanation pun pasal iud ni (maybe doktor boleh terangkan lebih lanjut kesan, cara nak jaga etc) tapi tak. Terus dia suruh bukak seluar and baring and tiba tiba kena marah dah sebab angkat punggung. Dia macam wowww sepantas cahaya ye. Terus terus nak masuk alat seluk seluk tiba tiba done dah habis doktor tu pun blah...

.....




..........
.....

Emm kayyy. Doktor or not, kita semua ni manusia biasa je. Kalau boleh layan elok elok, kenapa kena layan kasar kasar kan? Tapi takpela..mungkin something yang mengganggu dia hari tu. 

Bayaran rm80 sahaja. I heard that other lppkn, kenakan bayaran rm100 (80,untuk iud, the other rm20 for doctor service)

Resit kot nak claim memana ke wahaha

Lepas tu dia suruh datang cek balik after raya. Two months after dah pakai. Untuk cek benang.

Makesure kalau nak datang pasang iud 

1) first day period dah call set appointment. Darah peod tu sebenarnya macam pelincir untuk senang alat masuk jadi takda la sakit sangat. 

2) set ready mental. Haha itu je la lot.

Sakit ke tak? Emm for me macam kena seluk. Sakit. Tapi tak sesakit macam ve nak kena beranak tu tapi still sakit.

Kita for the first day tu macam senak sikit rasa dekat bawah and abdomen. Masuk hari kedua okay sikit. Pastu darah banyak keluar selama 20 hari lebih lepas pasang iud tu. Which is... scary kan? Rasa tak aman dan selesa langsung. Alhamdulillah sekarang dah tak keluar dah. Emm itu je la kot.

Semoga baik baik je pasang iud ni.. taknakla iud tu lari berenang ke tepian ke apa. Haha dan semoga maryam dapat adik lagi 3 tahun! Weee

"3 tahun lagi okay mummy. Kalau tak maryam hantuk pakai sudu ni hahahaha"

Adios, assalamualaikum! 


11 May 2019

Pengalaman Catalina Maryam Jadi Model Baby


Hi Assalamualaikum!


Mummy and cik yam


Hari ni nak cerita tentang Maryam's firsttttt photoshoot with Qutn Boutique at the very first day of Ramadhan hari tu. Well, dia tak puasa tapi mummy dia yasssss. Hahaha. Okay je mummy tak penat sangat pun cuma berlemuih dan berminyak jugak la muka mummy sobs sebab moisturiser mummy dan habis beberapa hari and yeah if muka tak moisturize, kulit akan jadi more oily pastukenapapulakkkkkceritapasalkulitni. 

Hahaha. Okay, it all started when my highschool friend, zue dm dekat Instagram, tanya mummy nak tak maryam jadi model baby untuk butik dia sebab kebetulan Boss dia tengah cari lepas tu mummy cam uh oh? Em boleh ke eh maryam ni, bila tanya papa dia, papa dia pun macam uh oh? Hahahaha but we both just agreed to cuba cuba la since maryam tak takut orang sangat and smiley smiley je kalau kita hiburkan dia. 

YA ALLAH NGANTUKLA TAIP MASA LEPAS SAHUR NI!!!

Anyway, fast story short. Hari kejadian pun tiba. Photoshoot scheduled at 2.30 but dipercepatkan to 12.00pm pastu mummy gelabah sensorang sebab waktu tu time nap dia. Dia ni ye, bangun dah la lambat, sebab malam high high susah sangat nak tidur. 10 pagi bangun, pastu nak kena mandi, and makan pastu dia wajib nap balik. Yolsss bayangkan menggelupur nya mummy pagi tu nak kena manage dua orang budak ye

OKAY ALTHAF TAKPE CEPAT KITA MANDI DULU YE YE YE NANTI MUMMY BUAT BISKUT DENGAN MILO YA ALLAH JANGANLAH SEPAH SEPAH NANTI KITA MAIN ADIKKKKK KEJAP YE KEJAP YE YA ALLAH ADIK KEJAPLAAA MUMMY MANDIKAN ABANG NI ALTHAFFF JANGANLAH LOMPAT LOMPAT CEPATLA PAKAI BAJU OKAY ADIK PULAK LEPAS TU TURUN DENGAN BERSADO AN DUKUNG DUA BABY NI PANASKAN MAKANAN ADIK BUATKAN AIR MILO ALTHAF NAIK BALIK TIDURKAN MARYAM BILAMASA MASA TU DAH NAK PUKUL 11 YE ANAK ANAK AND ALHAMDULILLAH MASA TU MARYAM TIDURRR AND ZUE PICKED US UP AT 11.42 SO SHE SLEPT FOR ALMOST 1 HOUR JUGAK SYUKURRR.



FUH.
fuh.........

So bila dia bangun tu, she was all smiley smiley and happy macam mummy!! Lets do this !! Bahahaha.




Ada 11 baju nak kena pakai. She stopped at 6 sebab dah cranky nangis nangis rimas taknak pakai baju dah. Minta permission susukan dia, pastu dia tidurrr pulak. Haha pastu dia tidurla balik almost 30 minit lebihhh rasanya. Bangun bangun terus nak kena pakaikan baju lagi 5 helai pastu last baju dia dah macam heyy what is this mummy. WHAT IS THISSSS WHAT IS THIS ALL BAJUU CAN U MAKE A RIGID DECISION WHICH BAJU YOU WANT ME TO WEAR SAMBIL MELALAK TAKNAK DAH DIDIRIKAN DAN DUDUK DI TEMPAT PHOTOSHOOT ITU. hahaha luckily it was the last baju.

Masa baru lepas nap tengah tengah photoshoot #hahaha #nasiblamodelbaby

Masa photoshoot tu pun, baru tahu yang boss dia nak dia diri pastu mummy gelabah sekali lagi sensorang dalam hati ya Allah boleh ke anak aku ni diri tapi malam tadi baru dirikan dia berpegang teguh pada almari buku pastu dia diri lama je sambil pegang and that is why ada prop kerusi tu supaya dia dapat pegang kerusi tu kejap and 

Memang kuasa Allah lah, tetiba je dia boleh berdiri sebelah tangan kejap kejap, pastu kan sampai sekarang dia refused nak diri fobia kot kena paksa diri masa photoshoot. Mummy pun tak expect di tak ingat alahai model baju kenalah diri nak nampak baju! Hahahaha.



But alhamdulillah all went well and please doakan maryam nak diri balik ye sebab dia ehh taknak langsung dah didirikan like hello come on okay mummy dah tak buat dah forget the past, move on forward please maryam? 

Thankyou so much for the Qutn boutique, boss owner, photographer and the staff sangat helpful and welcoming and memahami sobss. Utmost thankyou for my friend's zueeee!! For the opportunity. Sekarang maryam dah ada kenangan gambar lelawa. Cukuplah ye nak? Hahahah

Boleh tengok qutn.com untuk gamba maryam comel comel! Puji je la anak sendiri..... hehe


 Nampak tak air mata dia tu... masa ni la last baju. Hahaha kena paksa diri diri kesian adik. 



Tengah berak ke tu ehh?? Hahahahah

Oh ye masa photoshoot ni maryam baru je masuk 9 bulan. 

Itu sahaha kot mummy nak cerita buat kenangan maryam dah  besar nanti. Jadi anak solehah ye sayang mummy papa. We love you our good cheeky girl. Muah.

Adios, assalamualaikum! 

28 March 2019

althaf muhammad is finally wean off?

hi! Assalamualaikum everyone.

My soleh boy

Althaf is now 2 years 2months almost three months and he is currently not on my milk for five days until this seconds...

I have mixed of feelings right now. Or every time i see him staring at the sources, trying to sniff it and touch it with a sad face like "hey... u there, but i cannot get milk from you anymore.. do u miss me" kind of face.. 

Mummy is extremely sad and emotional.  When he got his sisters, he was just 1 years and 7/8 months. He shared his milk with his sister for 8 months. He has been breastfeed from the day he was born until few days ago. Two years is not a short of times. The bonding when he cries for it, when he look into my eyes while susu, the milk is his drug. He cry, sleep, happy, cranky, milk will solved it. Milk is everything for him. Pastuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu brb crying first.

I admit, since he is 2, i kind of dislike the feelings when he breastfeed. I got this angry feeling, wanting him to just finished it off quickly, and i hateeeeeeeeee the bergerigi feeling. Maybe because i felt that now he is two, i have done my part as mother and now please get off from my milk haha. Susu pun alhamdulillah sangat sangat cukup sebenarnya untuk dua orang. Kadang kadang tak jadi nak wean off sebab susu bengkak, lepas tu malas nya naka pam suruh abang dia je habiskan. Huhu Sebab tu tergendala selalu nak wean off ni.

Tips for weaning? hemmmmmmmmmmmm. We just talk to him everyday, every time dia tengah susu tu, cakap je banyak banyak kali "althaf dah besar. no susu. adik kecik, adik susu, papa tak susu, mummy tak susu, abang ali tak susu, wan tak susu. Althaf besarrrr dah no susu. Maluuu maluuuuu"
Memang dia buat dont know je, pastu kalau tak bagi, of course dia akan mengamuk ngamuk. Tapi tak lama lepas tu tiba tiba dia dah tak mintak... pastu tunggalkan mummy terpinga pinga macam sekarang.

Cumanya, dia memang dah boleh tidur without my milk kalau malam malam. His father selalu dodoikan dia.. tepuk tepuk dia jadi it became habits to sleep on his own. Lepas tu ada satu fasa hari tu yang papa dia busyyyyyyyyyyyyyyyyy sangat  sangat almost everyday balik lambat and mummy takda mood hari hari, so paksa semua anak anak tidur awal hari hari. Tutup lampu, susukan adik pastu dia penat tunggu turn dia, pastu dia pun tidur sendiri. Lepas tu jadi habit. Tapi dia still bangun  tengah pagi buta ngamuk ngamuk nak susu, atau pagi pukul 7/8/9 pagi macam tu nak susu nak susu sampai ngamukkk sangat sangat. 

I think that was the turning points of all of this. 

Tiba tiba "eh dah sehari althaf tak mintak susu la, eh dah dua hari la, althaf okay ke eh? can he lived without my milk? are you breathing my son?????????/// #NANGISSSSS"

Wean off ni takkan berhasil kalau takda sokongan dari papa dia sebenarnya. Sebab time ngamuk ngamuk tu la, papa dia dukung dia, explain kat dia, and dodoikan balik dia tidur. Thankyou papa, i am not kental enough, mesti lah rasa stressssssssssss sangat dengar dia nangis, and you were always there helping him and mummy. Terima kasih......banyak banyak!

Takda pun letak benda pelik pelik dekat susu kita tu, Allah mudahkan wean off kali ni. (EMM WALAUPUN TAK MUDAH SANGAT SEBAB IT TAKES LIKE MONTHS JUGAK HAHA) Alhamdulillah. Yang untuk Maryam nanti macam mana lah.. Semoga rezeki susu mummy untuk Maryam sentiasa ada macam Allah murahkan rezeki susu mummy untuk Abang Althaf. Amin ya Rabbal Alamin...

Adios, Assalamualaikum!




05 March 2019

Wishlist crossed off

#Alhamdulillah 

Hai Assalamualaikum!

Now serves me steak mummy #saidmaryam #whisperingtomyear 

Hehe. Thankyou le hubby menjayakan sama sama misi wishlist ni. I havent tried it yet except reheating baby food maryam yang dah buat cukup untuk 3 hari 😂. 

Semoga maryam makin kuat makan dan rajin makan apa yang mummy masak please. Benda ni bukan murah. Sobssss

It is late night already, nothing to merepek dekat blog sebab dah ngantuk dan emotionally penat dengan drama althaf semuabendatakkena hari ni. Today i lost my battle to be a good mom. Again :( 

Tomorrow? Is a new hope.

Adios, Assalamualaikum ❤

23 February 2019

Catalina Maryam is 6 months already!

Hai Assalamualaikum!

i am ready to eat the world! 

My baby girl, Maryam, Alhamdulillah is already six months. She starts eating now and surprisingly she eats so well unlike his brother dulu masa baby baby. #sujudsyukur1000tahun

I usedthe babycook blender really well too this time, i am so excited everytime i cooked for her because i know she is gonna finish her food and for that Alhamdulillah. Thankyou Allah for this easy baby girl suka makan, even dah makan pun nampak orang lain nak makan lagi haha. Pastu tiba tiba rasa nak beli Beaba Babycook tu.... boleh tak encik Rabani? Haha #harapan...sebab beaba tu mahal sangat huhu. but please......................... hehe. Sekarang ni recycle je abang dia punya baby blender dulu. 

Your brother also easy baby boy la. Not that i am comparing. Setiap baby ada sisi kelainan masing masing and i am ready to embrace it and enjoy every bits of this motherhood. #gituu #positifkandirihehe

muka muka baby girl sebelum melantak

For Maryam's first meal, kita buat apple puree and browm rice puree tapi expect that the very first meal dia akan macam main main. Sebab sebenarnya tak reti nak telan lagi dia macam "heyyy what is thissss wowww uuu rasa macam sedappp" gitu kot. Untuk maryam, memang first few days tu macam experimenting sikit dengan lidah dan tekak dia. Tak reti nak telan telan lagi.

Tapi dia tak ngelak untuk makan. Dia suka je cuma makanan tu selalu keluar balik sebab tak reti lagi and it is still new. Eating. Lepas beberapa hari nampak la every meals mangkuk tu habisss dan dia makan pun dah nampak mahir macam tu.

Sekarang ni dia baru 6 bulan 20 hari. Kalau ikutkan sepatutnya makan sekali sehari je sebab baby masih new to this makan makan kan. Pastu kita tanya nurse dia kata takyah disekat la anak tu punya selera. Kalau nampak dia nak makan bagi je makan. Tiga kali sehari pun dah tak kisah. 

Nanti takut selera dia tetiba takda pulak, dia lapar tapi kita tak bagi makan kan. Haaa pastu balik terus sis sumbat dua kali makan sehari. Kadang kadang tiga kali kalau rajin sebab kalau ikut maryam setiap saat dia nak makan................ #perangaimaknya #confirmed

Setakat ni dah bagi apple, brown rice, carrot, potato, sweet potato, avocado, pumpkin, papaya, banana dengan dragon fruit. Tak ikut pun 4days rule tu sebab beli bahan semua satu bijik je, takut dia tak suka kan. Tapi Alhamdulillah so far dia ngap je..

Pumpkin buat badan dia naik merah merah. Jadi kita stopped bagi pumpkin pastu merah tu hilang.

Kalau ikutkan panduan buku kk tu, 6 bulan dah boleh bagi nasi ayam sayur blend tau..haha tapi.macam uishh tak sanggup la terus bagi benda tu sebab usus tak matang lagi. Tapi ye la takkan buku tu main cakap je mestilah trusted baru dia cadangkan dalam buku kan tapi kifa still macam....

Haha. 

she is like this every single time. semua makanan orang dia nak sapu bedal masuk mulut dia haha

Dari segi pembuangan, masa carrot kot tahi dia macam pepejal sikit. Dia kerap membuang, tapi dalam bentuk pepejal yang "ishgg kau ni sembelit ke" tapi bila tunjuk mama dia kata okay  je ni. 

Sebab kita ada pengalaman althaf sembelit sampai kena guna alat enema ke apa tah tu untuk keluarkan tahi dia jadi rasa yang maryam punya tak sembelit. Plus dia okay je tak nangis nangis.

all of this lelemaks is still not enough mummy, i just want to keep eating!

Emmm itu sahaja untuk kali ni. Hanya memori untuk masa depan. Bye bye! Assalamualaikum!

22 January 2019

My 26th Birthday Gift

hai Assalamualaikum!


my loveeee. Masih suka sampai sekarang hahaha

Lagi nak simpan kenangan birthday yang ke 26 yang lepas pada bulan Disember.

Birthday yang ke 26 hari tu memang dah aim nak hadiah bag tote yang besar dan cantik, sebab macam hemm sedihnya dah 26 takde beg lawa lawa lepastu last last bukan engko yang membawaknya bahaha, sebab encik rabani lah yang selalu bawakkan. Tapi tetap nak jugak bag baru! Kalau perempuan lain dah banyak dah bag cantik cantik.. sis pakai je lagi Beg Roxy kegilaan kumpul masa remaja atau bagpack senang semua sumbat. Tapi itulah, peer pressure bila tengok mak mak lain masih cantik je boleh pakai lawa lawa rasa macam rendah diri sikitla..... ????????????/ ape lah kau ni. Please jangan compare kehidupan diri sendiri dengan yang ditayangkan di social media tu. Hahahaha tapi serius memang nak sangat bag baru pastu mula lah bagi hint kat suami.....

Mula mula nak bag tote Duck punya, lepas tengok video baby haul dia. Nampak cantik gila pink diaaaaaaaa ya Allah aku tercair tapi bag tu rm500 tau :( Kita kita ni lahai rakyat marhaen bilalah nak kaya. Hahaha. Ingat nak kumpul duit sendiri je la beli tapi entahla bila boleh beli sebab setiap bulan mesti terbeli barang anak anak je. 

Pastu entah macam mana di suatu hari tu, terfikir nak beli bag Cath Kidston. Kita ni memang sejak remaja suka gila corak corak flowery english tu. SANGATTTTTTTTTTTT SUKA KALAU TAK PERCAYA BOLEH DATANG RUMAH TENGOK Hahahaha. Pastu bila nak tengok stores yang available aduhh dia dah tutup semua cawangan dia kat Malaysia. Sebab pernah teringat pergi yang cawangan dekat OneUtama tu tapi Facebook la kata dah tutup.

tweet tweet hint hahahaha

Tiba tiba tertengok la di carian google tu Cath Kidston UK tu ada buat Black Friday Sales up to 60%. Omaiguuudddddddddddd. Terus lah cari tote bag yang tercari cari tu dan memang mostly tercair sangat dengan design design yang ada aku menangis air mata darah. Lagi menangis bila tengok cost shipping ke malaysia dah saing saing harga Bag. 

Tetapi, encik Rabani yang handsome dan suami mithali tu...hahahaha offer nak hadiahkan untuk my birthday. Kita pun tolak lah dengan berhemah hemm takpelah yang betul ke ni hehehe takpelah tapi ambik jugak akhirnya! Mula mula dia nak belikan lebih dari 1 bag tapi sis isteri solehah kenalah berfikiran waras taknaklah susahkan dia. Last last ambik bag yang kita nak sangattt tu dan satu wallet. Sampai sekarang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tengok bag tu sebab memang cantikkk (dimataku bukan dimatamu) hahaha, bila sampai tu lagilahhh out of expectations sebab dalam dia pun cantik and banyak compartment!!

taraaaaaaaaaaaaaa! sumpah cantik gila sampai rasa nak tidur dengan bag malam tu.... cantik sangat.

Cost shipping dia 20pound around rm100 lebih malaysia. Sampai laju sangat dari UK tu dalam masa 4/5 hari je and bag shipping dia pun lawa gilaaaaaaaaa. Hahahaha.

inilah hasil browse laman web depa 5 hari 5 malam pilih nak apa


Design and compartment dalam bag tu. Cantikk kan! Sebab dekat website dia tak tunjuk pun bila dapat haaaa omooo lawanya kau ni macam aku.. hahaha!

Suka sangat dengan bag sampai mata jadi star star ssetiap kali tengok.

Terima kasih banyak Encik Rabani. Walaupun mungkin ada yang gelakkan kita "alahai baru dapat bag cath kidston pun nak gembira sangat ke, designer bag banyak lagi yang ribu ribu orang pun tak heran la eee sadis la hidup you ni"

Bak kata pepatah pemberian "orang yang ada hanya ada rm20 tapi tetap memberi RM10 adalah lebih bermakna dari pemberian orang yang ada RM100 tapi pemberiannya rm10". Lebih kurang begitulah hahahaha femes okay kena cari balik tweet viral tu.

Kita tetap dan akan sentiasa menghargainya, TERIMA KASIH Sangat sangat sayang, selalu bahagiakan isteri awak ni walaupun dia mengada ngada selalu nak makan itu ini. Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk encik Rabani. Amin ya rabbal alamin...

Nanti dah kaya kita nak beg Hermes tau walaupun bukan peminat bag..... Hahahaha yelah bila dah kaya duit banyak sangat mesti akan terminat jugak designer bags ni!! 

Sebelum merapu lebih lagi.. izinkan ku undur diri.....

walaupun yang memakainya nanti, encik rabani sendiri juga hahahahaha

Adios Assalamualaikum!


21 January 2019

Althaf Muhammad is now Two

hai Assalamualaikum semua!



Anak soleh baik hati, pandai dan penyejuk mata semua orang, Althaf Muhammad 




Last 10th of January, Althaf turns to Two. Alhamdulillah he is all healthy and active boy, and a very clever boy also so like me, and much more like his father. Teheheeeeeee.

We made a simple birthday party for him, a very simple one sebab my husband dah out of budget that month, taknakla susahkan dia, sebab kalau nak jemput ramai ramai cost bahan masak tu.....fikir nak celebrate dekat luar tapi takda bajet nak belanja semua orang, okayla buat dekat rumah je la. Masak mihun ke... hahaha. tapi tiba tiba terjadi a bit-over-the simple pulak sebab

"hemm nak ajak kawan sekolah bangi la, memeriahkan majlis sikit sebab diorang pun rapat dengan Althaf selalu keluar sama"

"alamak, ni dah ajak kawan yang ini kena ajak kawan broccolis pulak, nanti takut depa terasa tak ajak"

"ala dah nanti gambar ramai ramai, kawan yang dok dekat sini tapi tak diajak, apa pulak kata dia"

"ni kalau dah ajak dia, kena ajak juga kawan lagi sorang ni takut terasa ajak dia je..."

and that was a part of it yang menjadikan dia a bit merrier than i want it to be.. haha.

Pada kawan kawan dan saudara saudara yang terbaca ni maaf sangat sangat tau kalau kita tak terjemput, seikhlas hati kalau boleh nak ajak semua tapi maaf rezeki, tak mengizinkan sikit. Adalah dalam 30 orang kot campur dengan kawan kawan mama, teacher teacher taska, dan saudara ish tapi menyesal sangat tak ajak je semua. Tapi on that day lauk semua terlebih lebih pulak.. Huaaaaaaaaaa. Nasi suku je dari periuk tu yang habis. Tak taula tetamu tetamu ni makan ke tak hahaha ke tak sedapp ni hemm

Tak sempat nak kumpul duit untuk belikan hadiah Althaf pun, maaf althaf, nanti mummy belikan ye. Hadiah bestttttttttttt untuk Althaf. Doakan mummy papa murah rezeki.



masa ni bawak dia keluar dating time adik tengah tidur, nak carikan balloon birthday!

Inila balloon nya! Cantikkk sangat kan. Rezeki Allah bagi, semua ni dalam rm30++ je dari rm100++. Kedai tu tengah buat clearance sales. Jadi pump2, dan gantung. Selesai.


Thankyou so much adidah TT. Sebenarnya nak order dessert tapi sebab bajet tak cukup pastu Allah hadirkan seorang adidah macam tau tau je dia, orderkan dan bagi ni walaupun dia tak dapat datang. Semoga murah rezeki seorang Fadilah Adidah bt Zubir....

Alaa tak nampak lauk lauk. Haha tapi ada nasi ayam, spaghetti Carbonara, pastu gigih buat agar agar milo first time sebab nak jugak ada dessert kan pastu baru tahu didah dah orderkan cream puff.


Alhamdulillah kek ni wan althaf sponsor. Hehe terima kasih wann! Althaf loves you so much.

Mummy and maryam. Althaf aktif sangat malam tu suka ramai orang tak sempat nak bergambar plus mummy busy layan tetamu. Terkilan hati tak dapat gambar berdua dengan birthday boy. Huaaaaaaa


Antara yang datang. Ada lagi belah belah sana tu. Terima kasih banyak sudi maii..


Wan dan althaf . Love.


Terima kasih atas hadiah yang diterima buat Althaf. Semoga murah rezeki semua orang


And last... a proper finally portrait. Masa ni tangkap masa majlis belum start and tetamu belum datang sebab tahu nanti haru biru semua tah kemana haha.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Next time mummy buat proper sikit ye untuk Althaf.
Selamat Ulang tahun yang kedua. Mummy Papa sayang althaf muhammad sangat sangat. Semoga sentiasa membesar menjadi anak yang soleh dan baik, yang sabar macam papa, yang sentiasa berhemah, dan sopan dengan semua orang. Semoga menjadi permata di akhir zaman ini dan jadi orang yang hebat hebat dalam perkara yang baik baik, in sha ALLAH. Allahumma amin......
Perkenan kan lah ya ALLAH. Sesungguhnya Kau lah yang Pemurah dan Mengasihani..



my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...