13 February 2012

luahan hati

Pernah tak anda sedang lepak duduk duduk memikirkan tentang keadaan sekeliling yang tidak pernah berhenti , bagaimana senang dan susah menjalani kehidupan semua , dan bila mana anda memikirkan tentang diri anda tiba tiba anda dapat rasa rahmat Allah beri tu macam menghempap badan anda dan buat kita tiba tiba rasa macam ya Allah terimaaaaaaaaaaaaaaaa kasih atas segalanya galanya . Rasa macam nak hug Allah walaupun kita tak tahu fizikal dan zat Allah bagaimana, rasa macam nak semualah yang baik baik . 

Okey , lepas tu suatu hari anda dimarahi oleh ibu tersayang intan payung anda semua . Mama mengatakan yang kita ini tidak bertindak di atas paksi yang beliau mahukan. Sebagai contoh kita malas bangun pagi , lagi lagi yang perempuan malas buat kerja rumah padehal dah ada bibi kaka oke , lepas tu kita tak tolong nak tanya mama perlukan pertolongan ke tidak kan . Dan disebabkan kemalasan maha tinggi yang diiktiraf oleh mama kita tadi menyebabkan beliau menjadi sangat sangat sangat sedih dan kita hanya mampu berdiam diri , tidak mampu membalas dengan kata kata . 

Lepas tu esoknya anda duduk lagi termenung bersendirian memerhatikan dunia yang berjalan tidak pernah berhenti walaupun sesaat , dan tiba tiba kita rasa macam tiada siapa yang sayangkan kita, even Allah pun taknak melimpahkan rahmatnya kepada kita sebab kita teringat yang kita telah menyebabkan ibu kita bersedih . Sedih sebab kita dibesarkan dengan penuh kesenangan dan bukan sebagai manusia . Jadi bila kita teringat kesedihan ibu kita tadi, tiba tiba kita dapat rasa yang Allah tengah marah gila dekat kita , gara gara menyedihkan ibu kita.

Moral of the story : 

Rahmat Allah terletak bagaimana perasaan ibu bapa kita rasa terhadap kita . Bayangkan kalau kita tak menyenangi ibu bapa kita tanpa niat pun . hemmmmm . mama i will be a woman . yes i will . Mungkin mama memikirkan keadaan mama yang sangat bekerja keras, lepas tu anak dia malas bangun pagi dan semuanya berkaitan lalu mama pun berasa maha sedih . Okey , tapi gue taklah pemalas gila nak mampus tahap katak ajar anak ketam berjalan key key key takde kena mengena . i love you mama 3x. mmuah 


04 February 2012

tragedi kereta hilang disebabkan otak beng-ap .

setelah berjaya bersusah payah keperitan menempuhi ,mendapatkan parking di alamanda yang ramai gila macam konsert ade najwalatif gue yang sewaktu itu forever alone turun kereta dengan pundi  kencing yang kepenuhan . gue jalan, dan terus berjalan . ok dah persimpangan nak masuk ke tandas dari jauh gue perhati simbol tandas. konfirm . untuk wanita . dua tapak kaki gue memasuki tandas, keluar satu orang wanita cina, berbadan tinggi, t shirt dengan seluar jeans serta berambut pendek habis . muka penuh cina tapi nak gue kata bengis itu takde tapi rupa penuh kelakian . perlahan gue berkata dengan diri sendiri " eh...............betul ke ni ?" waktu tu gue dah separuh pusing nak berpatah balik . sekali cina tu dengar " eh betullah ni, betullah ni " sedikit sinis tambah agak kesayuan terguris hati nada bunyi suara beliau . ah sudah ! gue jalan masuk limaa tapak lalu berhenti  hentak kepala gue dekat dinding sampai berdarah .


lebih sejam dekat alamanda tiba tiba gue rasa nak balik . bukan rasa, memang gue nak balik pun . perpisahan harus berlaku. kerna setiap pertemuan akan pasti ada perpisahan . naharem . gue dah semangat ni bayar tiket parking . lepas tu gue berhenti tepi kedai dekat dengan pintu keluar . sekarang dekat arah mana gue letak kereta gue ! alamanda kalau korang tahu ade parking utara dengan selatan . barat memang takde, freemason katanya . sekarang gue dekat selatan .punyalah gue kentalkan hati gue yang waktu masuk tadi betul betul terus nampak mph . jadi gue naik escalator tu macam berbelas kali jugak berhenti setiap tingkat keluar cek kereta, masuk balik naik escalator berpuluh puluh kali sampai gue rasa orang dah pandang pelik dekat gue " eh budak ni lagi". ah sudah .


waktu tu gue dah pasrah gila habis . badan dengan muka dah berpeluh . tangan dah penuh dengan keberatannya . taik taik taik gue sumpah diri sendiri dalam hati . gue waktu tu rase nak kol didah yang kat seremban menangis sebab tak mampu nak ingat letak kat kereta mana . naharem lama gila gue cari kereta wui sumpah . tapi gue fikir . apa yang dia boleh tolong ? jadi sebabkan gue punya cool dah separuh hilang , gue kentalkan hati gue supaya menyerah kalah dengan otak gue yang mati mati ingat park kereta dekat kawasan selatan . lalu merentas lah beta dengan seangkatan perang menuju kekawasan utara dengan penuh longlai gara gara layar sudah koyak diparuh helang. 


di kawasan parking utara . gue melangkah keluar pintu di tingkat hape tah . gue cek kereta gue . takde . taik taik taik . gue naik lagi tingkat atas . waktu ni hati gue dah rasa angin bersepoi sepoi menandakan keamanan akan tiba tak lama lagi . gue pandang je pintu keluar tu gue dah nampak sipi sipi tanda kereta gue tersadai di situ . sebab gue parking kereta memang dekat dengan pintu masuk . ape lagi . gue jerit "ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dah jumpa !!!" sambil berlari lari dan menyentuh buntut kereta . fuuuuuuuuuuuuuu habis . tragedi alamanda betul . dahla lonely . otak bengap pulak tu . apelah nasib badan nya pun nnn alahainye punnn.

03 February 2012

bertemu dengan long time no see friend di sengerdang luas terbentang .

sama je jalan raya serdang dengan bangi . dua dua pesen punca eksiden punca stress punya tayar cepat rosak . eh gaya macam tak pernah pergi serdang . alhamdulillah kali ni perancangan nak berjumpa, berjaya . dah hampir setahun nak ke dua tahun dah tak berjumpa . bayangkan , sorang dah kahwin ada anak satu, sorang lagi tengah bertunang dan sememangnya ayat sebelum perkataan ini semuanya munapek .

setelah dengan penuh kesenangan mencari rumah fariza walaupun tersimpang jalan dua kali salah , tak mengapa hendak menghampiri kejayaan memang berliku , jadi sesampainya sahaja disana kami marathon movie best sebab kami pun best jadi menontonnya muvie juga harusnya semua yang best best . ok keling . lepas tu berangkat ke mines makan tutti fruiti , malam sebelum pulang makan bersama di rasamas , ataupun emas rasa ayam. eh salah ayam rasa emas dengan ada diselingi bunyi strict manager rasamas semalaysia memarahi dan meneguri rasamas serdang . gituu .


kerna tutti peruti itu lebih bermakna dari shiapa shiapa pun .

 not so apeleple. he he he

apeleple tangat . har har .

ya ini di rasamas .


gue tak letak muka gue maklum lah jelitawan nak mampus . ahahaha . apapun korang . gila bersyukur dapat jumpa . korang macam mewakili sehamidiah masih mengingati gue yang tak seberapa ni . kan . dan terima kasih atas segalanya semoga persahabtan ini kekal selamanya dan in shaa Allah bertemu lagi di broga. as salam semuanya .

25 January 2012

it is all about the shit .

gua tak faham kenapa para radion zaman kala ini hanya ekslusif di malaysia akan membuat bunyi sret sret bila ada lagu negara barat berlirikkan shit . shit is tahi . we all shit out shit everyday . please don't look down at shit,  seriously. berkecuali kepada yang ada penyakit sembelit atau buasir . kalau susah nak buang tahi tu u'oll pergi klinik minta enema, bentuk dia macam comel je berkaler merah jernih tapi tak tahu pulak macam mana cahge nak pakai dia . mungkin anda semua boleh tanya orang yang selalu sembelit atau buasir . eh tak syahdunya bila kita nak shit out the shit the shit won't come out . koranglah makhluk paling kasi an dalam dunia ni . sebab shit out shit is the most syahdu thing in this world .

#bunyi cengekerik panjang .

ah apepun , semalam gua kerja , adalah makhluk sorang ni mashaAllah dia berak dekat klinik jamban tapi luar biasa gila dia punya tahi tu taknak menempah maut alam barzakh . dua kali aku masuk tandas nak flush dua kali jugak kekentalan tahi tu nak pergi tinggalkan dunia . tu mesti tahi banyak buat dosa tuh . bayangkan tahi dia yang mega besar, mega kuning cokelat dah macam gading gajah aku tengok .

lepas tu gua pun mengadu domba dengan akak nurse lagi satu dan beliau pun mengeluarkan kepakaran 3 jirusan air beliau . akhirnya tahi mega besar tu mampu dihapuskan di muka jamban dengan kepaweran 3 jirusan sekali gus , jirusan flush, jirusan air paip dan jirusan baldi besar .

tapi dalam hidup gua , 2 kali aku sudah mengalami melihat tahi mega besar tersebut .

1) tahi paksu aku waktu kitorang menghendap beliau membuang tahi dengan menaiki mesin basuh waktu zaman kecil hingusan .

2) berlakunya semalam .


it's all about the shit betul entri ni . wakakkakaka.

23 January 2012

USS+ Majlis Kahwin

Tajuk panjang itu baru namanya champion. Fuuuuuuuuu champion lah ! Pernah dengar di era ? Ihiks Seperti entri yang lalu , sudah ku informkan pemergian ku ke tempat berikut maka dengan kuasa Allah yang maha hebat dengan segala perancangan , maka rancangan kami berangkat pun sudah berlalu dengan sangat lancar dan padu smooth je . Alhamdulillah ya Allah . Jadi sudahlah tiba masanya kita bercerita menulis memoirs yang bakal pudar di kemudian hari .

yang kuning itu bag utama untuk letak segala perkara penting, bag baju dan bekalan shake di tempat orang . wakakaka. herbalifer sungguh .

bersama mereka , izza hazira dan wanie zainal ! i love you all tau .  gambar tayang pasport itu adalah kebiasaan bagi orang asian . 

kami berangkat ke Uss adalah dengan menaiki bas tour sekali pakej tambang pergi balik, dengan tiket nak masuk uss sekali semuanya rm200. Harga memang berbaloi . Oh tidak lupa jutaan terima kasih kepada izza hazira kerana menumpangkan rumah untuk beta tidur disana dan membuat shake guna blender serta mandi dan juga segala galanya lah . ok sekarang ni aku macam dah pening aku nak cerita apa, aku nak cerita apa ni woi ! Kite teruskanlah di uss .

muka eksaited , gambar pertama di escalator nak masuk ke uss . muka berlopak milik saya memang tak boleh nak beranjak perahu , makanya kita redha ya. wakaka.

gambar di globe ni gambar wajib .


 di kawasan 'new york ' + hollywood . wakaka. memang kala ni, newyork tiba tiba ramai foreigners . nak nampak orang new york pun susah . wakaka . masyaALLAH tak lawaknya .


 INI . INI . INI . BETA CAKAP ARRR SAMA LU ORANG . TERBAIIIIIIIIIIIIIIIIIIK ! TRANSFORMERS 3D   2 KALI KAMI NAIK , DI AWAL KEDATANNGAN, DI AKHIR PEMERGIAN . TERBAIK TERBAIK TERBAIK ! NAK BETA EXPLAIN, BETA MALAS PULAK . CAPSLOCK NI MENUNJUKKAN MEMANG INI TERBAIK .

muka kawal eksaited

nak bayar bergambar dengan transformer ni 10 dolar . remuk hati tau remuk .

terbaik lah tempat dia . cool habis . 

roller coaster err err err

ini kawasan sci fi city , ade transformers tu , ade rollercoaster dan lain lain lah mungkin . tak terlihat dek badan kerana kepeningan kebesaran ketempatan itu serta kepanasan menujah nujah di langit kepala .  #sambilkembangkanhidung . sebelum nak naik binatang ganas (rollercoaster) ni dah beberapa kali kentalkan dalam hati " kau boleh qila, kuat! enjoyyyy " bajet nak bukak mata , lihat alam sekeliling di bawah . wakakaakaka . tak sampai 5 saat bergerak " astaghfirullahalazim, subhanallah , ya Allah , la ila ha illah " sambil tutup mata . seram he2yiwq cye23iy49832740932749362p537t5934pou5y4398o4uyt43iu. walau pun sekejap je kan .

kepala gua kena pegang dengan si takde baju tu . hamoi hamoi . suci kepala ini, habis punah tangan kau nodai . wakakaka . asal macam over .

siapa lebih besar ? ite ke patung tuuuuuuuuuuuuuuu #lempangsilasila.

diatas ini pula kawasan egyptian . dimana dalam bangunan ini juga terdapat roller coaster yang seram jugak tapi diselitkan lakonan lakonan mumia serta skrin skrin . oklah bolelah hemm hemmlah . tapi sumpah super cool tempat ni . aku pun tak tahu apehal gambar kat atas ni macam senget walaupun dah tak di non sengetkan . kami makan di sini , sembahyang juga di sekitar kawasan ini . oh dan ingin saya membuat aduan bahawa diskriminasi terhadap kami orang islam sangat nampak ye ini kerana surau sangat kecil gila kecil memang kecik . sebijik macam petronas punya surau . bayangkan tempat gedabak gini .


terbaik istana ni woiiiiiiiiiii . kalau lah ini real istana, aku tak balik malaysia dah jadi orang gaji dalam ni pun cukuplah .


donkey skrin show . donkey nyer dalam skrin je pungggggg

shrek 4D . eksaited tauuu mak jemah mak jemah semua ini termasuk lah mak jemah tengah menaip ni . kakaka

tahu punca kenapa tudung oren tu berbentuk begitu ? roller coaster punya pasal . puihh .



 eksaited umur dah 20 tahun mak jemah woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



 ini gambar " miss, can u please takes my pictures ? " tiada maluu tahu betul


gerak gerak senanyer bintang dalam madagascar ni punnn.

di atas ini pula saat saat kami sedang berada di kawasan 'far far away ' lebih kurang bertemakan konsep fairytale + madagascar +shrek . dipaksa masuk ke teater musical donkey dan hemm hemm jugalah musical nya walaupun bukan ada pun donkey itu tapi meriangkan kerana hati saya terasa riang , tapi shrek 4D memang terbaik . itu kerusi boleh gerak gerak sambil memercikkan air . basah kami tauuuuuuuu . dan juga kami menaiki sampan untuk ke gua yang dalamnya ada macam sketsa dari bintang binatang madagascar , dan juga naik apa yang merry round round tu . 





 live rock monster  musical ni terletak di bahagian hollywood . ini memaaaaaaaaaaaaang terbaik . nampak tak ramai orang itu ? macam konsep dia monster monster buat musical . suara mereka terbaik, tarian mereka juga terbaik. tapi malangnya sebab tak boleh nak ambik gambar sewaktu persembahan jadinyaa hemm. tapi sumpah best gila ini !



hujan sebentar , pelangi mendatang . eksaited ite tauuuuuu . cantik betul !bukan senang nak tengok pelangi .

saat saat keberangkatan pulang . sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik tapi malas nak tulis sebab nak edit gambar tu biar kecik suapaya tak lambat nak upload memerlukan kesabaran yang tinggi dan saya bukanlah orang yang sesabar itu . saat ini dah sejam saya cuba menaip entri ini tapi masih lagi belum kepenghabisan cerita . letih gua letih ! dah macam keling sekejap aku, sekejap saya, sekejap beta . lahantak lah ye . ih hik s . 

jadi kredit kedua kepada wanie zainal ! i love you wanie . terima kasih juga sudi menumpangkan rumah untuk berteduh, bermandi, bermakan , mmuah mmuah mmuah . okey tutup cerita uss , kita mengembara ke alam perkahwinan . 

 adidah serta ibu bapanya . ih hiks 
 KEMAIN BERKOMPANG BUDAK BUDAK BAJU BIRU TU . 
 auwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww :D
dah padam captions sebelum ni . gua tahu bakal jadi kontroversi . cis sungguh . gurau tahu taaaaaaaaaaaaaaak!

 bersama pengantin baru mengambil barakah supaya dapat ketemu calon suami yang baik lagi soleh serta tampan itu bonus yeh . ih hiks ih hiks ih hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiks

 " tak kenyang laaaah makan sini " - kata beliau yang makan di meja pengantin . kerh kerh kerh

 keluarga bahagia adidah zubir berserta menantu baru . semoga bahagiaaaaaaaaaaa !

 melepaskan rindu dengan menangkap gambar di belakang duduk pemandu . ih hiks ih hiks

 berangkat ke jusco berdekatan setelah berada di pesandingan abang didah . ih hiks

 izza si ayu berbaju kurung . kah kah kah kah kah

hati bahagia , muka tak puas hati itu adalah kecerdikan . waklu ini .

pengantin baru ! ih hik ambil barakah lagi sebelum pulang  :)


kredit ketiga buat adidah zubir serta mak atuk ayah nenek mak ngah mak long mak cik semua nye mak mak saudara beliau ! terima kasih banyak banyak sudi menumpangkan saya yang busuk ini serta menjamu dengan pelbagai juadah . terima kasih sangat sangat ! dan best gila dapat lepas rindu dengan didah . malam tu cerita banyaaaaaaaaaaaaaaaak gila gila maklumlah dah berapa bulan tak jumpa! dan inilah kemanisan persahabatan . TERIMA KASIH IZZA HAZIRA! WANIE ZAINAL SERTA ADIDAH ZUBIR! TERIMA KASIH ATAS SEGALANNYA ! terima kasih izza hazira belikan baju tshirt , bayarkan air milo belanja itu ini itu ini, juga serta wanie belanja papa roti , terima kasih abang didah yang angah sebab menghantarkan ke ktm senawang walaupun gua pun tak tahu kenapa malu sangat nak ucap terima kasih kahkahkah tapi jujur terima kasih   terima kasih semuaaa ats segalanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .




wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarkatuh.
#semput .

16 January 2012

: (

rasa, ini dugaan paling kuat Allah bagi .
dari segi emosi, perasaan .

antara tidak mahu,
tapi terpaksa mahu,
sebab dia orang yang paling saya sayang dalam dunia.
jadi memenuhi kemahuan dia, itu terpaksa .
kalau tidak, itu menyinggungi.

kadang kadang, kita hanya memikirkan perasaan sendiri je.
kata kita melukakan hati dia.
tapi pernah dia fikirkan perasaan kita ?

aku mahu lari .
lari dari ini .
ya Allah rumitnya .

13 January 2012

pengajaran tudung .

Dulu masa dekat unipersiti , bilamana tudung saya berlakuan elok dan menjaga adab mereka, kawan kawansaya pasti akan bertepuk tangan sambil berkata

" gilaalah, ini suatu keajaiban! tudung kau elok weh ! "
" ini bukan aqila safuan ni "

kalau yang namanya adidah zubir dia hanya akan menggeleng geleng sambil membuat bunyi "cit cit cit ".
kalau yang namanya izza hazira , beliau hanya akan tidak berkata apa apa, cuma senyum je .

sebegitulah pandangan mereka terhadap tudung tudung yang pemakainya, saya #tatapdenganmatasinislamalama.

Well, tapi usikan mereka itu tidak pernah saya ambil berat . Ini kerana bagi saya memang semua jenis jenis tudung bila bersatu dengan kepalanya saya, ianya akan sebegitulah dan lagi satu hal, tension tengok muka sendiri lama lama depan cermin mungkin antara faktor kenapa tudung selalu senget, almaklumlah bukan A+ muka ini. kakakaka. #BUNYICENGKERIK.

walaupun mereka mengusik saya sebegitu, saya memang tak akan ambil kisah dan usaha untuk memperbetulkannya .

Tetapi semua itu berubah seperti bumi ini keterbalikan dilanggar seribu tahi bintang semalam . Saya yang terpaksa masuk awal ke kerja semalam yang biladimana malam itu sangat busy dan sibuk , eh bukan sama, eh memanglah , okey . erm . Disebabkan klinik tu cerminnya everywhere, saya tak boleh nak elak memandang muka sendiri , tapi malam tadi pandangan saya yang pertama setelah bekerja keras dek patients banyak gila tak sudah sudah , Memang .............

"gila, ini macam tahi kena tenyeh! " sumpah hati saya pun terkejut tahi beruk sebab tudung memang HAHAHAAHAHHAHA buruk gila. sumpah buruk weh , malu gila . seriously macam tudung kedepan sambil ternampak serkup . augh . ngeri .

12 January 2012

tahu kenapa sinetron indonesia semua panjang gila beratus episod ?

tajuk tu macam peminat tegar sinetron je , eh tapi tidak . saya cuma hidupnya dikelilingi peminat setia sinetron hipokrit tapi bagus lah cubaan ok what the shit is this . straight to the titik bulat . ini satu adegan saya lihat kelmarin di klinik .


" kamu sudah makan malam ? kata si suami kepada si isteri nya .

slow motion selama beberapa saat . zoom in, zoom in . okey sekarang zoom out .

" err , sudah sayang tadi di kaunter . kamu sudah makan makan malam sayang ? " balas si ieteri pula sudah membibitkan muka perasaa rasa bersalah .

slow motion lagi , kali ini diseltikan dengan bunyi macam pementasan teater , zoom in muka isteri .... zoom in lagi muka si suami..... okey, sekarang zoom out .

" yaaa.. pastilah udah , kan udah lewat malam begini " kata si suami pula , dengan muka setenang air lautan masin tahi hidung incredible hulk .

" maafkan aku yah sayang , aku sudah mengabaikan tanggungjawab aku sebagai isteri , aku terlalu sibuk hingga mengabaikan kamu , maafkan aku yah , aku janji perkara ini nggak akan berulang lagi. maafkan aku yaaah sayang " lebar balas isteri nya .

zoom in lagi, diselitkan lagi dengan bunyi lagu cinta sayu , zoom in mata hidung mulut, bulu hidung . slow motion dua kali sepuluh lipat berganda ganda.

kali ini mereka berpelukan sambil si suami bermonolog dalaman berkata " kenapa kamu bisa percaya yang aku udah makan, padahal kamu tau aku nggak akan makan selagi nggak makan bersama kamu "




MASYA ALLAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
takkkan lah MAKAN MALAM PUN JADI ISU WOIIII !

MENITIS LAH AIR MATA AKU MACAM NI DAH KALAU MAKAN MALAM PUN JADI MASALAH BESAR . KAU SELIT ADEGAN PENTING JE TAK BOLEH KE WEH . SERABUT GUE !! SERABUT!

pakcik tua berlagak gagah . mencik !

" KETEPI ! KETEPI ! TAK NAMPAK KE ORANG TENGAH LARI NI ! HIISH ! LAIN KALI NAK LARI TU PANDANG LAH BELAKANG !!!!" keras sergahan seorang lelaki tua melayu yang sedang berlari , bersama seorang lelaki berwajah arab.

perolehan masa sewaktu itu terasa macam dalam slow motion . semua orang terkedu, dalam masa yang sama cuba mengadaptasikan ulah pakcik tadi.

seorang lelaki tua, cekak bergetah di kepalanya, dengan singlet biru tua, serta legging macam pohondan, berserta spender di luar lengging. tak ulah macam superman retired tak ade sayap .

bayangkan lah,

tengah jogging dalam stadium besar.
dekat larian trek olahraga tu .
bukannya kecil trek larian tu, besar .
waktu tu petang. konfirm ramai gila orang (terkejut jugak, selalu jogging pagi secebis je manusia)

" takde adab betul pakcik tua ni " kataku agak kuat, bermohon supaya dia semakin jauh berlari mendengarnya.

keliru betul . seriously lah kan, dia tu rambut pun dah berambut putih 79% . kau tergah tergah kasar tu menunjukkan macam budak takde iman takde jahiliah . malu lah wui pakcik malu . berlagak gagah , konon mampu lari dengan tangkas walaupun dah tua .

" dah macam ulah babi, ye lah kan babi kalau dah lari mana boleh berhenti " - kata seorang teman
" eiii, aku sembelih sembelih jugak kang " - kata seorang stranger .

ape apelah pakcik .

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...