29 May 2013

kita throwback ke bulan march,

sebenarnya dah lama dah aku nak update trip pergi europe ni. pernahlah dua tiga kali aku dah start taip taip tu lepas tu tutup sebab tiba tiba mood hilang. jadi sekarang ni aku rasa kenalah menjadi manusia yang kuat melawan nafsu 'tidak rajin menaip' dengan segala kekuatan yang ada.

imbas kembali... (KAKAKA KAU BAJET KAU RAMLEE AWANG MURHSID!?) 


saat pemergian aku masa tu tepat tepat saat saat semester baru bermula. perasaan aku masa tu tak adalah gemuruh sangat sebab bakal ponteng pengajian selama dua minggu. alah, orang macam aku ni kalau tak pergi kelas pun takdenyalah menyebakan kepesatan penyebaran ilmu tersangkut lantas ekonomi malaysia akan jatuh merundum. jadi aku berlagak cool je masa pergi. lagipun, ini  kan nak pergi europe. negara negara yang sudah maju pesat membangun dan di idami semua orang untuk pergi bukan? jadi perasaan bersalah kena ponteng kelas dapat diseimbangi dengan " yea aku bakal ke negara negara orang putih!" 

gitu.

jadi europe ni taklah semua negara aku dan family aku pergi .

united kongdom (london ) - switzerland - france

disebabkan jarak antara tanah melayu dengan tanah london bukanlah sekangkang kera, mahupun sedepa tangan, penerbangan yang terjadi mengambil masa lebih kurang 13 jam aku rasa . peh menaiki penerbangan yang sebegini lama bukanlah sesuatu yang di idam idamkan sebabnya kau terpaksa duduk selama 13 jam? kau rasa best tak duduk 13 jam tanpa melakukan aktiviti kaki selain nak pergi ke tandas lah. apapun aku sempat melihat cerita cerita best sepertli life of pi  dll. 


ku akui ku seorang penjenayah fesyen . heh. ini sewaktu di airport tanah melayu sebelum berangkat meninggalkan kepanasan oven di malaysia



ini setelah 13 jam duduk makan tidur tengok movie. lihatlah pertumbuhan selekehan menaik dengan kenaikan 75%. london together we arrived!



ketibaan royal dari tanah bangiiiiiiii



engkorang tahu tak apa yang kami buat setelah keluarnya kami dari airport di london? hahahaha. bercakap sambil teruja melihat asap asap keluar dari mulut! hahaha. sumpah dia punya tahap kebatakan tu menjulang megah di udara. mula mula masa ni semua orang bajet cool konon konon dapat tahan sejuk. engko tunggu je esok jadi apa . dia punya sejuk sampai kau meragui badan kau ni ada lemak ke tidak , bulu cukup ke tak , punyalah sejuk sampai *ergh*

 ini hotel yang kami duduki selama beberapa hari. luar nampak megah dalam macam asrama . muahahaha


jadi keesokan harinya kami berjalan jalan di bandar london. yang kelakarnya masa dalam bus, potpetpotpet guide tu terang kat kitorang tempat ni apa tempat tu apa dan disebabkan hujan, jadi kami ingat we olls tour tengok dari dalam bus je, tak turun, jadi , bateri kamera hampir habis hanya dengan menangkap gambar dalam bas. tertroll kami .tapi bila dapat turun bas walaupun hujan masih rintik rintik yang menjadikan suhu kesejukan bertambah berganda, menjadikan aku mempunyai perasaan "omg this is london yalls --'" 





sejujurnya lah, aku tak tahu ni pun istana london, buckingham palace? haa sebab aku rasa eksaitednya rupa rupanya dapat turun jadi tak dengar tourist guide kami membebel2 dalam accent british. dah balik malaysia, tengok rancangan korea beberapa minggu lepas baru ku tahu tempat yang ku pergi adalah tempat dimana kencing, tidur , pakai baju, nonton tv elizabeth queen. hew hew





eye of london, disinilah bateri kami habis! :D

 bajet model jalanan tapi pendek buat apa kan

 kami juga mengilingi bandar di london menaiki kertapi bawah tanah kerna london ni bukanlah sebesar kampung ayer paabas

 eksaited jumpa kedai halal lagi lagi bila sejuk dan lapaaaar.


 di big ben 


 " NYAAAAAAAAAAAAAAAAA" Teriak kami tanpa suara .


di london brigde tak jatuh jatuh pun ?



jadi setelah berjalan jalan di london , kami pun bergerak pulang ke hotel dan bersedia untuk berjalan lagi di london pada hari kedua. its all about london. kiranya hari kedua ni kau dibenarkan jalan tapi lebih dengan gaya elegan dan meluangkan masa lagilah bermain main, berarak di tengah kota raya yang penuh dengan manusia manusia berwajah hensem dan jelita dan kau disitu tercegun bagai burung pulang ke camar. TAKDE KAITAN KAN! hahahaha kisah pulak.  

(hari ketiga ) 

 ini yang saya order di kedai makanmenjual masakan malaysia. mangkuk dia besar gila . walaupun ku kuat makan tapi ku tak habis. hik hik. 


 random building in london aku tak tahu kenapa senget jadi macam ni . 


 hek eleh adik aku ni hari ketiga dah pakai baju i love london. hahaha


jadi hari ketiga ni kami dibawa berjalan dahulu ke museum tussauds. dimana museum ini, eh museum ke tempat ni, ah apa apalah, ianya menempatkan pelabgai pelbagai ikon terkemuka di seluruh dunia didalam bentuk patung. ada justin bieber, ada shah rukh khan, ada barak obama, ada aku . eh pulak. dan lain lain .

di museum tussauds ini juga selain terdapat patung patung, kami juga disajikan dengan satu , apa tu panggil, macam tour by train dalam museum ni, dimana kau akan duduk dalam train yang macam roller coaster budak budak tu . haa bukan train! ianya seprti roller coaster versi amat perlahan dan tidak perlu menjerit  arhg argh , basically sepanjang perjalanan roller coaster tu ada lah menceritakan perkembangan tanah london dari zaman dulu hingga kini. best lah best.

kami juga disajikan di dalam museum tussauds ini tayangan 4D tapi aku dah lupa tayangan apa dia bagi. ah!! superheroes!! kira macam avengers. yang ni seingat aku awesome. kau tengok lah. baru bulan march lepas dah lupa macam macam. otak penuh ilmu kaaaanzz.. 













lepas tu kami dibawa kembali ke tengah bandar london untuk kembali berjalan berjalan jauh di segenap sudut  ke timur barat utara selatan .


ya ampun, hek eleh kemain kat adik aku pun pakai jugak baju i love london . ni dah 4 lapis akupakai ni sejuk lagi 

nampak tak orang ramai ramai meninggi belakang tu. waktu tu diorang ramai ramai buat harlem shake dance. kami sebagai ikon dari timur terus mengekalkan ciri ciri kesopanan kesantunanh anya dengan melihat tanpa ada rasa takjub. 






dengan itu, saya penat menaip dan upload gambar, cerita dekat swiss dengan france ni kalau aku rajin aku cerita lah lagi. lagipun apa yang aku cerita dekat sini pun bukannya ramai orang baca! kakakakakakakakaka.







assalamualaikum : )

23 March 2013

pembetulan



Berduduknya saya disini ingin membetulkan ayat saya pada entri yang lepas dimana saya telah mengatakan "disebabkan saya tak bisa jadi seperti nabi Muhammad saya menjadi seperti Saidina Umar."


Pada ketika saya menghadiri majlis 'sayonara jahiliyah' dulu, salah seorang penceramah yang hadir mengatakan bunyi bunyinya seperti ini "siapa kata saidina Umar itu tidak lembut!! Tahu tak masa di zaman zaman akhir pemerintahannya beliau lagi lembut daripada saidina Abu Bakar dengan mengatakan beliau ingin mereka semua memaafkan pihak musuh, tapi Saidina AbuBakar membantah, katanya mereka yang bersalah perlu dibunuh!"


Jadi disini, kesimpulannya. Kita sebagai umat nabi Muhammad, harus sentiasa memperbaiki diri mencontohi idola paling tepat untuk kita teladani. Manusia terhebat sepanjang zaman. Berubah sikit demi sikit pun takpe. Jadi lemah lembut, jujur, menahan marah dan tidak bongkak dengan kata kata.
Satu tentang orang yang sentiasa berkaya bongkak dan megah dengan diri sendiri ni, tak kira lah sehebat mana pun awak, kata kata tu perlu dijaga. Bukan sebab kau hebat dalam sesuatu perkara, selalu dipuji, dan kau terapung diatas segala pujian itu kau mula menjadi angkuh. Baur baur ayat kau menjadi bongkak.


Apa masa nanti kau mati, kau mahu dikenalo sebagai "ah si polan banyak cakap angkuh ni..."
Sesesunnguhnua segala pujian kan bagi Allah. Jom perbaiki diri! Oh hoooo
Published with Blogger-droid v2.0.10

24 February 2013

salah siapa

sebagai kakak yang sentiasa berdedikasi erta bermaruah saya selalu menasihati dan memarahi adik adik saya dengan kata kata yang keras. saya tidak mampu menjadi seperti nabi Muhammad, jadi saya menjadi sepert saidina Umar .

jadi pada satu ketika dahulu, adik saya yang ponteng sekolah sedang menonton sinetron indonesia sambil didepannya ada pinnggan berisi laiuk pauk dan nasi . saya menjadi stress. saya tak tahu . saya stress. lalu sifat berdedikasi saya kembali menjelma. saya menjerit dengan lantang

" DEKAT YOUTUBE TENGOK INDON! TENGOK TV TENGOK INDON!! ARISYAH PERGI INDON SANA KALAU NAK JADI ORANG INDON SANGAT!!!

Jerit saya dengan penuh bermaruah dan kental . tapi menjadi seorang kakak yang sebegini hebat , orang kata kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke lauk bukan ? beliau juga tidak kurang dedikasi . saya dilawan . ya saya yang gagah ini dilawan! katanya

" KAKAK QILA PUN SAMAA! DEKAT YOUTUBE PUN KAKAK QILA TENGOK KOREA! DEKAT TV PUN KAKAK QILA TENGOK KOREA!! HAAA APA APAA.... "

setelah sentap berberapa saat , saya menyambung tanpa ada rasa sesal " kalau kakak qila tengok nasi tu tak habis siaplaa!"


excuse me? saya tengah cuti. dia tengah pontng sekolah sambil bermaharajalela makan nasi tengok sinetron baru je darjah enam?!

saya yakin saya yang betul

wassalam.

02 February 2013

adik perempuan bongsu





semasa saya hendak pergi ke alamanda bersama adik perempuan sulung saya , adik perempuan bongsu mengingatkan kami untuk membeli komik di MPH. saya buat tak endah. mungkin adik perempuan lagi seorang mengendahkan. entah.

sampai di MPH, adik perempuan sulung  ambil komik. saya jalan jalan dalam. melihat sekitar. oh! tiba tiba saya ternampak satu buku. " sherlock holmes - sumpahan empat bahasa". setelah saya tergelak bergetar perut melihat kemelayuan disitu, saya ingin menjerit nama adik perempuan saya. tapi saya sempat mengawal diri daripada memalukan diri sendiri daripada menjerit memanggil. jadi, untuk tidak menjerit saya cari adik perempuan saya  yang sedang melihat bahagian komik. pencarian saya belum bermula. kurna beliau sudah berada di hadapan mata saya.

saya kata " letak balik komik. ambik buku yang ini ." 
adik perempuan sulung " tapi arisyah nak komik ...."
saya kata " takpe, arisyah suka conan, conan suka sherlock holmes, letak je balik. dah pergi bayar"
angkuh saya menuturkan kata kata.

---------------------------------------------------------------------------------------------
rumah.

adik saya sedang membaca buku tadi . selang +/-15 minit " ahh kita mengantuk laa baca buku ni" .
saya hanya mampu pandang tajam . selang lagi beberapa minit saya melihat dia sudah tertidur di lantai. saya jadi marah.

saya kata " arisyah, tidur kat atas katil eh, "

 tiada respons.

saya kata lagi " arisyaaah!!! apiii!! apii!!!" sambil gegar badan dia.

tiada respons.

masa berjalan. berjalan. berjalan. berjalan......

tiba tiba

" hah!? api? API! API! tolongggg tolongggggg" jerit arisyah kecil . selajur itu, dia kembali tidur .


saya terpana. selepas 10 saat. bilik saya bergegar dengan gelakan gelakan padu lagi jitu.


11 January 2013

saya tak boleh menipu.

"awak bawa makanan?" kata pakcik duduk tepi dinding pintu masuk perpustakaan TAR1.

saya diam.

"awak bawa makanan?" soalnya lagi . sambil pandang saya sekilas.

saya diam lagi. saya tatap muka dia sambil kata dalam hati " pakcik ni masa muda mesti handsome" .

"awak bawa makanan?" soalnya lagi kali ketiga, masih tenang.

saya senyum. diam . masih berdiri disitu . tak mahu mengiyakan, tak mahu beranjak .


"awak bawa makanan?" 

saya mengalah .

"epal." 

" takpe, epal boleh"

lepas tu saya lari anak kejar kawan kawan yg dah pergi .


30 December 2012

coolest jobs on the earth


1) doctors 

that typical dream that most of the kids had when teachers asked “cita cita nak jadi apa anak anaaaakkk?” kata cikgu, muka ceria. I do not know whether that question has been occured in my past lifetime or i just buliding it up cause i want it to happened, but i do want to be a doctor. Maybe not so desperately want, cause if i do DESPERATELY want, i would be in havard right now, with thick spectacle reading anatomy. Kaka. Kelakar imaginasi kau ni.
Tapi kan, satu perasaan teruja dan menusuk kalbu, bila kau tengok doktor doktor yang pehhh cool gila kentang, rawat pesakit, Sambil tanya ” ada rasa sakit sini tak?” “how do u feels today” , eventhough recently i’ve just watched this one particular episode of adam dan hawa and , terjadinya satu babak scene ada doktor yg gila creepy and scary sebab cara dia rawat hawa macam , per vert. Hahahaha, sorry doktor , kaka.
Ok back to the real doctors life, hemmmmmm……mungkin yang membuatkan doktor cool adalah kot putih yang segak tersarung di luar badan mereka, sambil bergantungan (what do we call that ? ) steteskop? Ha ha hanjjjjj, kakaka ai tak ingat nama english dia apa, but that thing la, and the way doktor doktor jalan jalan di hospital, dengan muka tenang tapi terselit tanggungjawab besar, peh coolnya!

And we will always have this Feelings of disayangi , gituuu, kau kalau rasa tersish kau pergi la jumpa doktor, mesti doktor kata “ya, apa masalahnya…..” hemmmm , (sambil genggam jari dengan mata bersinar sinar), saya tak pernah tak termenangis kalau jumpa doktor doktor di hospital yang muda muda (lelaki,kakakakakakak) (tua saya sayangi, haks) , and admiring them dengan mata bersinar sinar.
Tapi, sentiasa ingat ini, cool itu bukan terjadinya sendiri, tapi dengan efforts tinggi bukit, itula sebabnya mungkin diorang ni one of the coolest creature in the earth.


2) writers 


“awak buat ape for living?” 



“eat”
Krik krik….
“i am a writer”

Peh penulis buku juga adalah salah satu benda paling cool gila tahap hobbit! Obviously im not saying that im a writer, kau ni yang tulis buku la. Yang sekadar tulis dalam blog kita boleh gelar mereka, ……….., (whatever do u want to call them),
Apa yang saya rasa cool tentang penulis ni adalah dimana mereka meluahkan ideologi mereka kedalam bentuk penulisan, dimana penulisan itu dapat mengubah dan mempengaruhi minda para pembaca, tak kira lah genre motivasi, atau sains fiksi, atau hikayat, atau ilmiah. Diorang ni macam guru jugak, cuma guru yang kita tak nampak dari segi kasarnya, and bila diorang dapat buat pembaca menggeletar kegelupuran kegembiraan baca buku buku mereka, Hows COOOOOLLLLLL is that??????
Cool kan,

So malam pun dah larut, and i wonder, jk rowling tulis harrypotter ni waktu malam ke pagi ke petang ke apa, sebab mostly saya berfikir pada waktu malam. Eh takdelah nak kata saya ni setraf jk rowling, kahkahkahakahakah.
Bai,

23 December 2012

sifat lupa.



Tiada masalah bila pergi mall, bila beli barang, penat pegang, letak dan rehat.
Yang masalahnya sekarang bila dah korek hidung tapi letak merata rata. Tapi ai bukan nak cerita pasal taik hidung. Sekarang aqila safuan dah besar dan matang, serta anggun. Taik taik tolak tepi lama dah. Umur pun dah 20,
masalahnya disini adalah bila lupa nak ambil balik kembali barang anda itu. twice in a day boleh..! --', 

1) stuffs that you just excitedly bought, and it costs faham fahamlah,

2)Handphone yang tertinggal dalam hanset tandas gsc cinema. Alhamdulillah, Allah bagi sifat perasaan tawaduk terhadap masyarakat sekeliling sebabnya, bila masa nak silence handphone nak tengok wayang ni, baru sedar phone tinggal dalam toilet. 

May Allah bless me, and all of you.
Published with Blogger-droid v2.0.9

18 December 2012

rasa bahagia seperti ufuk matahari terbit di timur mencernakan warna bagi pencari rezeki-NYA.

sebenanrya saya nak cerita , dengan mata yang bersinar sinar . hiks

pada suatu hari, di waktu fajar merah kelihtan kenampakan mahu pergi saya sedang melakukan aktivit harian iaitu melayari satu laman web di laman sosial , satu tweet menarik perhatian saya. bunyinya ala ala begini , mohon fokus.

"kata orang sunat dhuha itu boleh beri rezeki, rezeki itu juga merupakan kita boleh berjumpa jodoh, dan kalau nak bertemujodoh dengan cepat , sellaulah solat sunat dhuha "

pada saat itu, muka saya " oh , kebetulan solat sunat dhuha ni pagi tadi, mungkin mungkin .." (KAHKAHKAH). Jadi disebabkan kalendar uitm menyatakan musim peperiksaan akan mampir, saya selaku pelajar yang sukar mahu fokus dirumah bergerak ke perpustakaan satu . di situ 24 jam. dan mahu compared dengan ptar 3 , ptar 3 is too noisy to be called as a library. entah amende. menyirap! eh.

dan mahu dijadikan highlight cerita ini, kakaka. saya bertemu dengan crush hampir 3 tahun saya! setelah hampir satu semester tidak berjumpa, akhirnya kami ketemu jodoh. dan saya rasa , saya rasa bahagia.

shut up shut up.
bai/ / hiks

10 December 2012

i hate you ***** *********


saya rasa dah 3 tahun awak ada peluang nak cakap " selamat hari lahir " ataupun dalam 33 bahasa yang lain ke saya, sebab awak tahu hari tu hari lahir saya sebab kita kan kawan dalam facebook . huh. saya ucap je selamat hari lahir ke awak dalam 2 tahun yang sebelumnya ( 1 tahun tak ucap sebagai pembalasan dendam ) walaupun kita takdelah pernah cakap ataupun classified us as a friend. tapi saya rasa awak mesti tahu saya ni ada crush dengan awak dah bertahun lamanya sebab saya selalu ****** . tapi awak ni berlagak gila tahu tak . ke awak ni memang tak ada perasaan belas kasihan terhadap orang orang yang suka awak( memandangkan awak ni hebat dan famous) .

jadi saya boleh je dah tak suka awak . awak ingat saya hadap ke awak sangat ?


tapi memandangkan atas sebab satu kejadian ,
 yang dimana sewaktu itu saya dimasjid sedang bersolat berjemaah dan berada di saf paling depan , bahagian lelaki, berdoa dalam hati bahawa " kalau awak jodoh saya l, awak akan muncul depan saya " dan keajaiban ternyata berlaku . awak duduk betul betul betul selari depan pandangan saya . lepas habis solat .

jadi, ini petanda dari Allah , ke mainan perasaan ke macam mana ?



i hate you : (

25 September 2012

Hidup zaman ini

Saya rasa anak anak dan murid murid sekarang hidup di dalam kehidupan yang dalam kasarnya menunjukkan kita adalah bos, dan ayah ibu guru pensyarah adalah hamba .

Kita marah jika barang atau benda yang kita nak tidak dipenuhi ibu bapa. Kita fikir tanpa menyedari mereka itu diciptakan untuk memuaskan keinginan duniawi kita

Kita marah dan mengadu kalau lecturer ada sikap yang buat kita rasa tak senang. Kita marah lecturer kalau kita rasa tak faham, kita salahkan lecturer bila kita gagal dalam ujian

Realiti.

Ayah ibu kerja sengkang mata balik penat layan lagi kerenah anak tak ditambah lagi ujian ujian luar yang lain , dan kerja kita merajuk, merengus dengan mereka bila keinginan tak digenggam .

Guru dan pensyarah , datang kelas susah payah demi niat nak bantu kita berjaya tapi kita buat muka bila dia nak buat kelas lebih nak buat kelas ganti nak ajar lebih masa . Padahal.kita yang mahu periksa kita yang mahu belajar disini dan ironinya kita yang berlagak macam tuan bila hati rasa jengkel .


Saya juga dalam situasi di atas.
Dan saya tidak mahu .


Anak jadi tuan
Ibu ayah jadi hamba.
Realiti dunia akhir zaman.


Allah , peliharalah saya adik beradik dan kawan kawan dari kejahilan ini. Rahmatilah kami, jadikanlah kami ank yang soleh dan solehah .

In shaa Allah
posted from Bloggeroid

17 September 2012

The little interesting things

Ehem ,

Hell ooo everyone
Assalamualaikum.

Hari tu masa dekat macau saya dah bertekad nak tulis dekat blog bila sesuatu kejadian menarik itu terjadi .


*keluarkan otak, serap pakai span*

Ni kalau dunia Hogwarts real ni saya dah message dumbledore pinjam nak pensieve dia .


1) macau telah menggunakan kaedah physchology bab first impression dengan amat berkesan sekali dengan meletakkan para para imigresen kaunter yang mempunyai paras muka kalah daniel wu , nicholas tse dan lain lain . *kah kah kah*

2) bila semuaaaaaa teksi dekat macau pemandu dia garang gila nak mampus, bawak macam drift gila dan tak pandai speaking english. Rasa nak batalkan silaturrahim antara malaysia dan macau! Kita tak kira jugak! *over je*

3) bila kitorang bertiga mempunyai masa masa sukar untuk self capturing dengan kamera, datang seorang mat salleh yang gila indah kalah model model calvin klein bagi bantuan "may i help" . Wakakkaakaka. Hah . Terus senyum sejelita yg mampu dibuat dengan harapan dia menyelitkan sekeping kad no dia malangya pelamin angan ku musnah di macau .

4) bila masa nak register untuk herbalife event tapi tak tahu kat mana, lepas tu ternampak orang memakai brand herbalife, mama dan saya main kejar sekali orang herbalife korea yang tak tau speaking tapi hah! Lihat ini . Lihat ini *tunjuk kat diri sendiri* berborak borak macam kawan lama terus dalam bahasa korea! Jangan nak men men! Huh

5) bila orang orang kerja di macau pandai cakap the general malays . Pergh rasa si itik tak tahu jalan pulang bisa sampai rumah . Takde bukan? Takde kena mengena bukan? Kakaka


6) and the greatest sekali adalah merasai the bonding 'herbalife family' dengan 12 ribu orang berlainan country dalam dewan melihat kibaran kibaran bendera.. Perghhhhhh. Eh ni nanti saya cerita kat herbalife punya blog .



Itu jela kot mampu diserap. Aktuali dah datang macau ni kali kedua . Hongkong pun kali kedua. Alahai teringat pulak kisah menarik yang ke tujuh tapi malas pulak nak taip kat atas . Hidung saya jadi macam air terjun niagara masa nak pergi hongkong naik ferry . Cuba lah engngkorang selami perasaan masa tu macamana .


In the end, Alhamdulillah selamat sampai dan pulang . Dengan ini saya selitkan beberapa gambar buat tatapan semuanyaaa . Muacks. Xoxo.










posted from Bloggeroid

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...