04 February 2014

the creepiest kid ever

Jadi hari tu masa nak pergi Pulau Besar dekat Melaka, aku duduklah di tepi tingkap dalam feri yang akan bergerak ke pulau di seberang sana. Sebelah aku takda orang. Ahli keluarga kami masing masing ambik spot 3 seat seorang setiap sudut dalam feri tu. Maklumlah tak ramai orang. Cuti raya Cina dah habis

Waktu aku sedang duduk duduk setelah cubaan membuka tingkap feri gagal, lalu memandang laut yang terbentang luas, disirami cahaya matahari yang tegar mewarnai alam sehari hari, aku merasakan ada sepasang lembaga sedang memerhati aku. Jadi aku kalihkanlah pandangan dari memandang laut terus memandang ke arah lembaga tersebut yang hanya duduk di depan aku. Disitu dia merenung aku tegak, dengan mata tidak berkelip, mulut ternganga. Setahu aku, aku taklah dikurniakan wajah yang terlalu jelita sampai seorang budak hingusan yang entah umur 3 tahun pun belum untuk ternganga melihat aku. 

Saat aku terpandangkan budak itu, atau kanak kanak itu ( ke kanak je sebab dia seorang? kalau kanak je macam tak masuk je ayat) aku dapat merasakan aura aura negatif tersembur keluar dari mimik mukanya dan badannya. Dapat aku me ra sa kan, budak ini bukanlah budak yang kau boleh ajak bersembang bahasa pelat, hatta bermain cak cak, atau membuat muka belon. Lama dia pandang aku. Aku ketika itu diibaratkan seperti death eater, yang dipandang oleh he-who-shall-not-be-name (Voldemort) terkalih kalih memandang laut dan budak tu. Hatiku berkata kata " apehal budak ni pandang pandang creepy kat aku lama sangat ni" . Berganti ganti aku pandang dia dengan laut, lama .. lama budak tu pandang aku sampailah satu ketia dia men-je-lir-kan lidah dia ke arah mukaku

Darah di muka ku terasa tersembur meruap ruap di dalam. Janji aku tidak merasakan marah. Aku cuma rasa keliru. Adakah kecantikan ku ini menggamit naluri masih belum dara kanak kanak itu ? Aku buat buat tenang. Laut kembali aku pandang. Mata yang memerhati tu masih memerhati. Aneh ni aneh. Sehinggalah aku terdengar bunyi orang tergelak gelak terkekek kekek di sama barisan, tapi hujung. Adik ku Asfia juga terlihat perlakuan yang sama. Apa lagi, baru aku sedari perbuatan kanak kanak ini bukannya creepy tapi lawak. No, still creepy. Aku pun gelak gelak tutup mulut. Bergoyang goyang badan ku menahan gelak walhal budak tu masih memandang aku, menngeluarkan lidah secara perlahan lahan dan menjelir, jelir jelir, sampailah ternampak kelibatnya oleh ibunya yang berada di sebelah.

Ibunya itu berpura pura mengeluarkan sikat nipis dan mengagah akan menyebat mulut anak creepynya itu kalau berani dia mengeluarkan lidah lagi . Selepas itu tiada lagi jeliran lidah yang terkeluar walaupun pandangan berapinya masih tertuju kepada ku.


hemmmmmmmmmmmm. ada jugak budak jenis macam ni dalam dunia,



kahkahkah

sedikit perkongsian






Lots of big events had happened lately, i just got my Zikir nafas on 2nd February, and learn ilmu kalimah Lailahaillah which is very very crucial for us to know about the ilmu. Satu hari nanti In sha Allah kalau aku rasa dah bersedia nak kongsi dalam blog aku kongsi. But basically it is about how we perceive each things in this world, and even the universe, the things we can't see and predict. Tiada tuhan melalui Allah, it may seems common to us, sebab kita sebut benda ni dengan bibir kita every day, tapi hati kita? (now i seem to ready to share it huh ahaha) 

To not complicate things, kita kena tengok setiap benda dalam dunia ni berpandukan dengan kalimah LAILAHAILLAH. Sebagai contoh, bila kita makan, siapa yang menyedapkan rasa makanan tu? Allah, siapa yang menggerakkan tangan kita menyuapkan dalam mulut kita, yang memberi makanan itu? Allah. Hatta kita mandi guna sabun, pun cakap dalam hati yang membersihkan aku, bukan sabun ni, tapi Allah, elements dan molecules2 dalam sabun ni semuanya datang dari Allah. Makhluk korea tu handsome cantik sekalipun, bila nak puji dia kena cakap dalam hati Allah yang menciptakan dia, jadi yang berhak dipuji adalah Allah, bukannya makhluk tu. 

Disebabkan pemikiran dan niat kita lah sebenarnya kita melakukan syirik dalam kehidupan seharian kita. Kita puji orang tu di atas kehebatan dia membuat something yang impressive, someting yang extra ordinary, atau puji orang tu atas apa apalah menyebabkan kita menyembah makhluk tu (tanpa kita sedari!) , bukan Allah. Jadi sentiasa sematkan dalam diri dalam apa jua keadaan dan perbuatan, pemikiran apa apa lah yang semua ini tak akan berlaku tanpa kehendak Allah. 

Jujurnya, dalam hendak menjadi seorang mukmin (bukan hanya muslim) banyak benda yang tak diajar oleh ustaz ustaz, hatta ulamak pun yang cukup untuk menjadikan kita mukmin. Kalimah la ila ha illah ni benda wajib kena belajar. Banyak lagi scope dalam dunia ni yang kita wajib tahu tapi kita tak tahu so take an opportunity to learn till the end moments we get in this life. Umur pun dah dua puluh dua. Mati itu makin dekat makin dekat makin dekat. 

Aku pun tak boleh nak cakap panjang, ilmu pun peehhh setitis air lautan pun takdelah. Korang boleh check it out dalam web bawah ni untuk hadir ke majlis ilmu mereka, atau untuk ketahui lebih lanjut. 

rahmatanlilalamin.org.my 

Akhir kalam, perbanyakkan zikir dan amal! in shaa Allah, 

28 January 2014

the hidden side of me

Pernah tak kamu merasa marah sampai menggigil gigil tapak tangan semua.

kelmarin, setelah sekian lama tak marah macam tu, terjadi kembali .

i was being so over acted actually.

aaahh dah besar macam ni tak mo lah tak mo jadi tak penyabar sangat. walaupun bukan kau yang salah, the way aku hukum orang tu macam over acted sangat. Terlalu ikutkan emosi.


doakan saya menjadi sangat sangat penyabar kerana marah itu buruk . 

19 January 2014

self bragging of knowing how to cook Nasi Beriani.

I AM ON A HOLIDAY BABYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY ! this baby boo is so happy cause this baby boo can run miles away from all those educational books which  baby boo doesn't like very much because baby boo is more interested in early marriage and all those sorts of detective thingy and bahasa melayu which sounds so odd cause baby boo now writes in English. but baby boo cares nothing. hak hak hak

kahkahkah

anyway, hari tu baby boo  masak nasi beriani uolls (im sorry, this baby boo self's nickname is so contagious like a morphine but baby boo don't do drugs hakhakhak) it was a self satisfactory moment in my life. sebab. hoi nasik beriani kot babe. like siapa je tahu masak nasi beriani dalam dunia ni? mak saya, all those Indian's people, mamak's, and obviously not you. it was actually so simple but i can't tell u the recipe because then u olls will not be jealous of me knowing how to make nasi beriani. kahkahkah

so yeah baby boo pandai masak nasi beriani.
the point of this entry : self bragging of how to cook nasi beriani. 
haaaa what a good title. just so uolls know, baby boo selalu taip kasi habis baru baby boo fikir nak letak title apa. ke korang pun sama juga. NAAAAAAAAAAAAAH, don't be so typical one, let baby boo laa be the rare one. 






14 January 2014

Departing





Yesterday was one big event for me. 13 january of 2014. My last paper for semester four and a celebration dinner as i will be leaving shah alam in a few days. Not coming back next semester here, instead will be continuing my studies in Seremban 3. 


Apapun cakap pasal perpisahan yang bakal berlaku ni adalah satu benda yang amat sukar sekali. *muka serius* kadang kadang waktu solat banyak kali aku nangis suruh Allah tabahkan hati aku. Kadang kadang malam waktu semua dah tidur air mata meleleh lagi mengenangkan semester depan balik balik kelas tak dapat tengok housemates, tak dapat meluahkan perasaan dengan housemates, tak dapat nak gelak ketawa dengan housemates. Dalam tandas pun menangis. It is hard to accept this reality. Tengah berak pun kadang kadang menangis. 



They are one of my sources of strength. They are... They really are..


If any of you, housemates, reading this. Please know that i am sorry for not being a good friend at the times we lived together..for times like i suddenly became moody, or anything that made any of you sufferred. 

 And i love you all so much. So much.. And thanks for all those good memories that coloured my life while i was here. You girls are really great and i know all of you will stay great like that. May Allah will always take care of all of you whenever and anytime as HE always does. 

I just hope this relationship will not end. Lets keep contacting, meeting, as we grow olders, dont just attend to my wedding, be part of it, take care of me when im pregnant, love my childrens, support me when im facing troubles and be with me at the time of my happiness, come to my children weddings, look out for my grandchildren and we gonna share all of these moments together, as i will do the same to all of you too. 




I love all of you,
Sincerely deep from my heart - Aqila Safuan.

11 January 2014

Kepala bana dia

Kalau nak selesaikan matematik simple macam ni pun kalut!! Aaaaa apasal apasaaaaal 


Salah formula ke salah calculator ke salah apa ni. Mendalah stuck kat sini je sejam sebab tak sama dengan jawapan. Haiiih hahahahahhahaahhahah

09 January 2014

Jawab paper tak mandi

Kalau yang dinamakan takdir Allah ta'ala itu bila kau dah tidur agak awal untuk nak ke final esok paginya, dengan segala persiapan tiga angkatan alarm, 5.30, 6.30 dan 7.30 tapi kau tetap bangun pukul 8.22 bila mana peperiksaan bakal bermula lagi 8 minit. Aku tak pernah lewat nak ke final weh. 

Aku tak tahu la masa aku bangun tu aku fikir apa. Terdiam kejap tengok jam, lepas tu didah yang dihantar Allah untuk menyelamatkan aku suruh pergi gosok gigi dan tak payah mandi. Aku bagai lembu dicucuk subang pun pergi la gosok gigi dan menukar baju seperti berada di musim sejuk di rusia, tanpa mandi.

Turun tangga berlari, pegi dewan berlari time nak masuk tu pehh pandai betul aku berlakon acah acah tenang. Rilek buat catwalk masuk dewan tanya mana tempat semua. Padahal masa nak tulis nama id bagai semua tu terketar2 tulis. Lewat 10minit je pun. Kahkahkah

Tapi aku down jugak jawab paper law tadi. Rasa malas nak jawab tu tiba tiba menghilang bagai angin tengkujuh yang datang di musim panas. Sumpah malas gila. Ke sebab aku tak ingat segala provisions dengan cases yang ada. Bendalah apa nak jawab law kalau kau faham  pun kau takda bukti nak tunjukkan argument kau tu betul. Lepas tu apalagi aku tulis dengan cepat gilos semata mata nak habis jawab cepat sampai kalau ayam nampak tulisan aku ni dia nak umum satu dunia pergi tukar peribahasa "tulisan bagai cakar ayam" kepada " tulisan bagai makhluk aqila". Down betul betul sampai nampak crush sekolah menengah dalam satu dewan pun takde perasaan.


Hemm begitulah hari ni. Atleast ada lah benda nak cerita ke cucu aku di masa tua " nek dulu pernah je masuk dewan lambat 10minit, tapi nek siap buat entri nak satu alam"


K sebelum aku start hambar baik aku mengundur diri. SALAM SATU LEWAT!






05 January 2014

Perangai masing masing


Kahkahkah 


It was good to be at Shah Alam again during the final examinations. Semangat nak study tu tak perlu kau puja puja, tak perlu dirayu rayu untuk meresap kedalam diri kau. Datang berlari lari pun ada.


Di dalam kesibukan menelaah demi final ni ada satu norma masyarakat khususnya golongan pelajar yang bila datang perpustakaan tatkala nak berbual dengan kawan sebelah pun menggunakan teknologi pintar. Woi duduk sebelah sebelah mengumpat pong pang orang keliling bukan tahu pun hahahahaa. 

Ni antara cebisan cebisan perbualan antara aku dengan izza hazira. Duduk sebelah meja je ni. Bahahahhahaaha


 Mampu ke tak selfie untuk motif apa pun aku tak tahu, padahal boleh je toleh sebelah. Hakhakhak manusia manusia. 



Dan bila nak pergi tandas pun tunjuk arah



🙋

03 January 2014

Cicak

Gap paper 5 hari pun apa gunanya bila kau start belajar malam sehari before final. Dugaan betul bila tak ada rasa nak belajar ni. Macam macam benda kau dah buat seperti sepahkan buku atas katil. Keluarkan pen letak atas meja. Bawa kertas note sambil tengok walaupun yang sebenarnya berlaku kau menduakan kertas tu. Tapi sebenarnya semester lepas aku belajar paper SOMA petang dan malam before final dan esok paginya dah paper. And thats the only paper i've got an A. Kelakar benda ni kelakar ya aku tahu. Mungkin aku punya carry marks tinggi ngahngahngah. Tengok dah terbagitau result yang memalukan diri. Makhluk lain fakulti medic architect engine pun kumpul A berkepuk2 kau selamba buat impian 'asal lulus sudah'. Aaaaaaaaaa


Sambung pada topik asal




Sedang sedang aku dalam cubaan memaksa diri ada mood nak study tengah malam ni, di kedinginan bawah kipas (aku memang alah pada sejuk tapi tetap impian aku nak immigrant duduk london kahkahkah), di seliputi kesunyian mega luar biasa, tiba tiba waktu tu lah cicak cicak dalam rumah kau nak berbunyi.


Cet cet cet cett 

Ceeet ceett ceeeeetttt.


Aku wonder betul bendalah apa yang diorang sembangkan. Entah entah diorang cuba nak sampaikan pesanan kepada aku

"Woi study jangan nak terkangkang sangat jaga adab"

"Woi tutup lampu lah aku nak tido ! Kau nak pekse pekse lah yang kau ganggu aku punya bed lamp ni apesal"

Ataupun cicak cicak tu sedang bagi amaran

"Jaga jaga lipas melah datang nak terbang bawah kain kau ni"

"Ada lipas di sudut 65 darjah sudut barat laut datang bawa anak dia sekali cubaan nak melintas atas meja"


Takpun diorang memang sedang berbual bual tentang masa hadapan diorang yang tak bersekolah tinggi macam aku. 




Hahahahahahhahahahaha. Hambar gila post ni apa kesah aku bai

01 January 2014

Kesalah fahaman di malam hari

Macam biasa kalau malam asfia balik kerja tu berbuih buih aku nak cerita dengan dia. Dia macam biasalah layan acuh tak acuh. Kahkahkah tapi aku buat tak tahu dan teruskan bercerita. Dan pada ketika itu aku sedang terbaring bagaikan seekor dugong sedang memegang kertas ob (organizational behavior) , aku meluahkan perasaan " asfiaaa test aku alhamdulillah sem ni tinggi tinggi" kahkahkah. Sem ni je weh, izinkan aku riak sikit dengan adik aku. 


Lepas tu tiba tiba dia cakap "kau ni tak baik lah, kau tahu tak makcik **** dulu selalu cerita dulu dulu yang dia test selalu tinggi tinggi akhirnya dia dapat suami pendek. 


Lepas tu aku merasakan masa tiba tiba terhenti. Aku terfikir apa benda budak ni sedang katakan. Apa kena mengena test dengan suami pendek? Apa...kena....mengena.....



Lepas beberapa saat aku tanya "kau ni dah kenapa? Apa pulak kena mengenanyaa" 


Lepas tu dia diam je. Wooo menyirap aku dah buat aku konfius dia boleh diam memperlakukan aku seperti lepas makan kacang kulit pula dibuangnya (aku lemah sikit nak ingat2 peribahasa ni)


Lalu aku pun fikir sendiri. Test-suami pendek..... 



bahahahhahahahahahahahahahahhaha

Engkorang dah tahu dah ke?

Dia salah dengar test equal as taste.
Cita rasa dengan ujian. 




Duhhh. 

30 December 2013

What did i do in year 2000000013?

Sebab tadi aku penat merapu dalam menjawab subjek final Asean paper. Jadi alu letak gambar je dari buku lovely ku sebagai pengisian tahun 2013 ini. Malas ya malas lagi aku dari snail lemas dalam lautan. A great year indeed Alhamdulillah :)

Tidak ku pernah lagi jejak ke bumi para anbiya jadi yang umrah 12 hari tu berikutan permergian mama ke tanah Mekah. 


antara nak abaikan atau faham faham jela perempuan. --'


Assalamulaikum :)

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...