22 January 2019

My 26th Birthday Gift

hai Assalamualaikum!


my loveeee. Masih suka sampai sekarang hahaha

Lagi nak simpan kenangan birthday yang ke 26 yang lepas pada bulan Disember.

Birthday yang ke 26 hari tu memang dah aim nak hadiah bag tote yang besar dan cantik, sebab macam hemm sedihnya dah 26 takde beg lawa lawa lepastu last last bukan engko yang membawaknya bahaha, sebab encik rabani lah yang selalu bawakkan. Tapi tetap nak jugak bag baru! Kalau perempuan lain dah banyak dah bag cantik cantik.. sis pakai je lagi Beg Roxy kegilaan kumpul masa remaja atau bagpack senang semua sumbat. Tapi itulah, peer pressure bila tengok mak mak lain masih cantik je boleh pakai lawa lawa rasa macam rendah diri sikitla..... ????????????/ ape lah kau ni. Please jangan compare kehidupan diri sendiri dengan yang ditayangkan di social media tu. Hahahaha tapi serius memang nak sangat bag baru pastu mula lah bagi hint kat suami.....

Mula mula nak bag tote Duck punya, lepas tengok video baby haul dia. Nampak cantik gila pink diaaaaaaaa ya Allah aku tercair tapi bag tu rm500 tau :( Kita kita ni lahai rakyat marhaen bilalah nak kaya. Hahaha. Ingat nak kumpul duit sendiri je la beli tapi entahla bila boleh beli sebab setiap bulan mesti terbeli barang anak anak je. 

Pastu entah macam mana di suatu hari tu, terfikir nak beli bag Cath Kidston. Kita ni memang sejak remaja suka gila corak corak flowery english tu. SANGATTTTTTTTTTTT SUKA KALAU TAK PERCAYA BOLEH DATANG RUMAH TENGOK Hahahaha. Pastu bila nak tengok stores yang available aduhh dia dah tutup semua cawangan dia kat Malaysia. Sebab pernah teringat pergi yang cawangan dekat OneUtama tu tapi Facebook la kata dah tutup.

tweet tweet hint hahahaha

Tiba tiba tertengok la di carian google tu Cath Kidston UK tu ada buat Black Friday Sales up to 60%. Omaiguuudddddddddddd. Terus lah cari tote bag yang tercari cari tu dan memang mostly tercair sangat dengan design design yang ada aku menangis air mata darah. Lagi menangis bila tengok cost shipping ke malaysia dah saing saing harga Bag. 

Tetapi, encik Rabani yang handsome dan suami mithali tu...hahahaha offer nak hadiahkan untuk my birthday. Kita pun tolak lah dengan berhemah hemm takpelah yang betul ke ni hehehe takpelah tapi ambik jugak akhirnya! Mula mula dia nak belikan lebih dari 1 bag tapi sis isteri solehah kenalah berfikiran waras taknaklah susahkan dia. Last last ambik bag yang kita nak sangattt tu dan satu wallet. Sampai sekarang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tengok bag tu sebab memang cantikkk (dimataku bukan dimatamu) hahaha, bila sampai tu lagilahhh out of expectations sebab dalam dia pun cantik and banyak compartment!!

taraaaaaaaaaaaaaa! sumpah cantik gila sampai rasa nak tidur dengan bag malam tu.... cantik sangat.

Cost shipping dia 20pound around rm100 lebih malaysia. Sampai laju sangat dari UK tu dalam masa 4/5 hari je and bag shipping dia pun lawa gilaaaaaaaaa. Hahahaha.

inilah hasil browse laman web depa 5 hari 5 malam pilih nak apa


Design and compartment dalam bag tu. Cantikk kan! Sebab dekat website dia tak tunjuk pun bila dapat haaaa omooo lawanya kau ni macam aku.. hahaha!

Suka sangat dengan bag sampai mata jadi star star ssetiap kali tengok.

Terima kasih banyak Encik Rabani. Walaupun mungkin ada yang gelakkan kita "alahai baru dapat bag cath kidston pun nak gembira sangat ke, designer bag banyak lagi yang ribu ribu orang pun tak heran la eee sadis la hidup you ni"

Bak kata pepatah pemberian "orang yang ada hanya ada rm20 tapi tetap memberi RM10 adalah lebih bermakna dari pemberian orang yang ada RM100 tapi pemberiannya rm10". Lebih kurang begitulah hahahaha femes okay kena cari balik tweet viral tu.

Kita tetap dan akan sentiasa menghargainya, TERIMA KASIH Sangat sangat sayang, selalu bahagiakan isteri awak ni walaupun dia mengada ngada selalu nak makan itu ini. Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk encik Rabani. Amin ya rabbal alamin...

Nanti dah kaya kita nak beg Hermes tau walaupun bukan peminat bag..... Hahahaha yelah bila dah kaya duit banyak sangat mesti akan terminat jugak designer bags ni!! 

Sebelum merapu lebih lagi.. izinkan ku undur diri.....

walaupun yang memakainya nanti, encik rabani sendiri juga hahahahaha

Adios Assalamualaikum!


21 January 2019

Althaf Muhammad is now Two

hai Assalamualaikum semua!



Anak soleh baik hati, pandai dan penyejuk mata semua orang, Althaf Muhammad 




Last 10th of January, Althaf turns to Two. Alhamdulillah he is all healthy and active boy, and a very clever boy also so like me, and much more like his father. Teheheeeeeee.

We made a simple birthday party for him, a very simple one sebab my husband dah out of budget that month, taknakla susahkan dia, sebab kalau nak jemput ramai ramai cost bahan masak tu.....fikir nak celebrate dekat luar tapi takda bajet nak belanja semua orang, okayla buat dekat rumah je la. Masak mihun ke... hahaha. tapi tiba tiba terjadi a bit-over-the simple pulak sebab

"hemm nak ajak kawan sekolah bangi la, memeriahkan majlis sikit sebab diorang pun rapat dengan Althaf selalu keluar sama"

"alamak, ni dah ajak kawan yang ini kena ajak kawan broccolis pulak, nanti takut depa terasa tak ajak"

"ala dah nanti gambar ramai ramai, kawan yang dok dekat sini tapi tak diajak, apa pulak kata dia"

"ni kalau dah ajak dia, kena ajak juga kawan lagi sorang ni takut terasa ajak dia je..."

and that was a part of it yang menjadikan dia a bit merrier than i want it to be.. haha.

Pada kawan kawan dan saudara saudara yang terbaca ni maaf sangat sangat tau kalau kita tak terjemput, seikhlas hati kalau boleh nak ajak semua tapi maaf rezeki, tak mengizinkan sikit. Adalah dalam 30 orang kot campur dengan kawan kawan mama, teacher teacher taska, dan saudara ish tapi menyesal sangat tak ajak je semua. Tapi on that day lauk semua terlebih lebih pulak.. Huaaaaaaaaaa. Nasi suku je dari periuk tu yang habis. Tak taula tetamu tetamu ni makan ke tak hahaha ke tak sedapp ni hemm

Tak sempat nak kumpul duit untuk belikan hadiah Althaf pun, maaf althaf, nanti mummy belikan ye. Hadiah bestttttttttttt untuk Althaf. Doakan mummy papa murah rezeki.



masa ni bawak dia keluar dating time adik tengah tidur, nak carikan balloon birthday!

Inila balloon nya! Cantikkk sangat kan. Rezeki Allah bagi, semua ni dalam rm30++ je dari rm100++. Kedai tu tengah buat clearance sales. Jadi pump2, dan gantung. Selesai.


Thankyou so much adidah TT. Sebenarnya nak order dessert tapi sebab bajet tak cukup pastu Allah hadirkan seorang adidah macam tau tau je dia, orderkan dan bagi ni walaupun dia tak dapat datang. Semoga murah rezeki seorang Fadilah Adidah bt Zubir....

Alaa tak nampak lauk lauk. Haha tapi ada nasi ayam, spaghetti Carbonara, pastu gigih buat agar agar milo first time sebab nak jugak ada dessert kan pastu baru tahu didah dah orderkan cream puff.


Alhamdulillah kek ni wan althaf sponsor. Hehe terima kasih wann! Althaf loves you so much.

Mummy and maryam. Althaf aktif sangat malam tu suka ramai orang tak sempat nak bergambar plus mummy busy layan tetamu. Terkilan hati tak dapat gambar berdua dengan birthday boy. Huaaaaaaa


Antara yang datang. Ada lagi belah belah sana tu. Terima kasih banyak sudi maii..


Wan dan althaf . Love.


Terima kasih atas hadiah yang diterima buat Althaf. Semoga murah rezeki semua orang


And last... a proper finally portrait. Masa ni tangkap masa majlis belum start and tetamu belum datang sebab tahu nanti haru biru semua tah kemana haha.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Next time mummy buat proper sikit ye untuk Althaf.
Selamat Ulang tahun yang kedua. Mummy Papa sayang althaf muhammad sangat sangat. Semoga sentiasa membesar menjadi anak yang soleh dan baik, yang sabar macam papa, yang sentiasa berhemah, dan sopan dengan semua orang. Semoga menjadi permata di akhir zaman ini dan jadi orang yang hebat hebat dalam perkara yang baik baik, in sha ALLAH. Allahumma amin......
Perkenan kan lah ya ALLAH. Sesungguhnya Kau lah yang Pemurah dan Mengasihani..



12 November 2018

Perangai Maryam masa Baby

Hi, Assalamualaikum!

Catalina Maryam, 101 days

Maryam is still three months old now, this post is intended to be read yeaaaaaaaaaaaaars later when i want to compare her with another baby, (kalau ada rezeki) because i cannot recall how was Althaf during his earlier months. Ya Allah pelupa betul betul betul. Lepas tu sedih sebab tak ingat perangai Althaf masa baby cemana......

My Husband : " maryam senang je letak stroller diam je, kalau althaf dulu tak boleh duduk stroller, time tidur je stroller ni berguna haha"

Me : "eh yekeeee. tak ingatlaaa, kenapa tak ingat ni huaaaa"

Tapi takdela tak ingat langsung.. ada sikit sikit yang memorable tu kita ingat.

Haha

Maryam during her 20 days earlier when she was born, okayla dia tidur je and bangun untuk susu. Lepas tu mencabar sangat sebab dia bangun malam, sometimes diiringi dengan tangisan. Err.. banyak kali jugak. It was so so so tough for me, kadang kadang menangis sekali dengan dia sebab kita needs sleep, kita adalah hamba yang lemah bukan, haha. My husband helps me a lot during the tough days.

Pantang maryam dengan althaf sangat berbeza. Bila dengan Althaf i got my rest enough, sebab fokus kat dia je and the rest, rehat je. Time Maryam i have to juggle with two kids, memang kita tak dukung althaf or mandikan dia ke apa, tapi i still have to entertain him, sebab dia still perlukan mak dia and mana lah kita sampai hati biar je dia, nanti dia jealous dengan adik dia semua tu. So, pantang walaupun alhamdulillah keluarga banyak sangat tolong, it was still tiring and tougher.

Masuk bulan kedua, okayla kot sebab Maryam dah boleh tidur malam. dah tahu adjust masa tidur dia, tapi dia tidur lewat jugak. Dalam 12 ke pukul 1 macam tu. Lately ni je dia tidur awal sikit dalam pukul 10, tapi kadang kadang midnight pun baru tidur dan dia bangun dalam early 8-9am.\

Ceritanya, if maryam bangun, althaf bangun, haha jadi situasinya memang ya Allah ... gimana sih lagi aku bikin. Sekarang ni selalu sakit hati sebab bila maryam dah tidur, abang dia selalu datang nangis, main kuat kuat ke sampai adik dia terjaga. Hehehe. Takpelah, mana penat pun, huhuhuhuhuhuu. Ni semua kenangan.. nanti dah besar mesti rindu, dan mengajar mak ayah dia erti kesabaran sebenar jugak.

The only thing i remember masa Althaf dulu, dia kalau nangis, sua je susu mesti dia terus senyap dan diam. Unless masa tu dia tak sihat. 

Maryam pulak, kalau lambat bagi susu ke, lambat entertain dia ke, mesti dia nangis yang kena pujuk dulu tu, Susu pun tak jalan. Dia akan nangisssssssss beri riaaa dulu. Sedih mak dia dengar. Hahaha, tapi other than that dia sangat good girl, dah cukup tidur kita boleh letak je dia dan dia main dengan khayalan nya sendiri.

Lepas tu Althaf dia dulu wajib tidur meniarap sampai lah setahun lebih, tak tiarap dia akan bangun. Lain pulak dengan Maryam, dia kena bedung baru boleh tidur lena, kalau tiarap kan dia, dia tak suka, nanti sekejap je dia dah bangun, tapi dia boleh tidur terlentang without bedung bila dah deep sleep. 

Tak tahu la mana senang mana susah. Tidur tanpa bergantung bedung atau tidur tiarap tak bergantung pada bedung. Hehehe, tapi satu bedung tu je la favorite dia. Bedung yang ada hand strap tu. Memang dari dia sebulan lebih pakaikan dia, banyak sangat membantu kalau nak tenangkan dia, atau nak tidurkan dia. Cuma taknalah bergantung pada bedung sampai besar kan. 

Emmm ada lagi ke tak eh. Rasanya tu je kot. Bukanlah nak compare jaga siapa lagi senang, cuma nak compare cara tidur, cara itu ini je.

1tahun 10bulan lebih, dan 3 bulan

See you again in a next post, sis sedih tahun ni tak dapat buat entry banyak banyak. Assalamualaikum!


11 November 2018

My Husband 29th Celebration

Hai, Assalamualaikum


my love, forever, in sha Allah amin.

Yesterday we celebrated my husband 29th birthday. I cannot remember whether i blog about last year celebration or not, but this year present for him is the same thing, except at different places. HAHAHAHA.

Dah banyak kali tanya dia, dia nak apa tapi dia tak tahu dan dia kata dia taknak apa apa. Senangnya jadi lelaki bukan. Meanwhile, me, i already got bunch of list things that i wanted for my birthday......................................................................................
 .................. hehe.

anak dah dua ye bang

It is very important , at least for me. To celebrate my loved ones sebab to show that atleast i want to appreciate the day they were born. Bukan nak tunjuk ada banyak duit ke apa, kita macam biasalah kumpul duit sebab suri rumah je. Tak kisahla celebrate cara apa pun, sebab lain orang lain cara dan kemampuannya jadi buat mana yang mampu je.


Tahun ni plannya, nak bawak dia makan dekat satu kedai bbq yang dok usha kat instagram. Since dia suka daging. Jadi macam okay! This is the right place to belanja him!! Hahaha. Lepas tu alang alang dah datang jauh from Bangi to Petaling Jaya, apelah salahnya surprised kan dia pulak tidor hotel semalam since dia suka rehat..

Dah berangan dah it will all be going smoothly.... dah pack the day before untuk tidur bermalam, sorok bag dalam stor, esoknya keluarkan masuk dalam bonet tutup dengan tudung hitam dengan harapan dia tak perasan.... hahahaha. Sekali dia perasan je, tapi dia abaikan. Clueless betul suami aku ni.


In reality..All the way through Petaling jaya, both of our kids was so cranky. Althaf nangis almost 30mins upon arrival yang real tantrum nangis nak keluar dari carseat tu berleleh hingus dan airmata dia habis basah mandi. Maryam pulak nangis nangis nak tido tapi panasssss sangatt sangat. Lepas tu dia marah ape entah dia, bila dah tido, dah sampai kedai pulak.. Nasib baik dia okay je time kitorang makan tu. Time nak makan kek dia dah kurang sabar KORANG TAK TAHU KE AKU NI BABY AKU NAK TIDO LA KEJE AKU KAN TIDO SUSU TIDO SUSU JEEEE. hahahahaha. Kita pun rasa nak tantrum jugak sebab aircond kereta tak okat dan tengah pakai kebaya ni memang rasa huaaaaaaaa. What happeng what happeng.

Tudiaaaa turun keta pun mood tak okay lagi.


Jadi beli kek dan makan cepat cepat, sebelum tu nyanyi happy birthday song walaupun husband ku malu haha. I love you sayang.


tengokla si maryam dah cranky, althaf dah tak tentu arah..


cutie pie maryam and cinnamon ayang, hahahaha


Masa makan birthday treat tu kita tanya la dia sedap tak yanggg. Suka tak yanggg. Jawapan dia? "Kenapa tak bawak makan tony romas je" Pulak dah. All my effort...... hahahahaha. Sebab meal yang kita beli tu banyak daging lembu dari daging kambing.

inilah nya menu yang hari hari usya tu.

Nama kedai : Beard Brothers BBQ, Petaling jaya
Star : okay la sedap for me, sebab memang jenis berpuas hati hahaha
Price for this set : Triple Treat rm17+

Okay. Suami aku suka daging. Tapi DAGING KAMBING BUKAN DAGING LEMBU. Ingatkan dia suka apa apa daging je..... hahaha. Bagiku rasa daging lembu kambing sama je kenapa tak rasa lainnnn sobs. Rasa menyesal pulak tak ajak dia join untuk pilih menu. Sebab hari hari usha instagram bbq tu dah target nak makan tu. Taknak husband pilih takut dia pilih murah murah..... sobs i menyesali perbuatan i yang. Haha sorry.. next next time kita beli seekor kambing buat bela eh? Hehehe.

Lepas tu kitorang pun pergi ke hotel yang telah ku booking dua minggu awal tu. Upon booking, akak tu boleh kata nak bagi bilik dua bed with single size. Terkejut lah kita. Kita kata dah booking king size sesuka jeee nak tukar tukar. Pastu dia kata tak boleh nak buat apa sebab king size dah habis tapi kita tak sanggup nak terima kenyataan tu lalu berdrama lah kejap...

"But it is my husband birthday today.. why...please..."

Haha. Lepas tu dia cek la komputer tu kerut sana kerut sini

"Em.. we have a king size room, but it is a suite room. It is more higher price than the room you book. But worried not you only have to add up rm35"

"Rm35? Haaa okay la okayla" hahaha nasib baik duit ada sikit lagi.

And that is the best thing ever. Sebab bilik tu besar sangat. Katil dia sangat comfyyyy. Ada dua tv lagi haha. Everything was so perfect and i hope my husband love it. Hehehe.


kenapa gambar ni kabur!! hehe tapi serious besar gila bilik dia, dan sangat comfy boleh tengok video kat instagram ada upload

Nama hotel : Eastin Hotel
Services: Sangat best layanan dia from counter, lepas tu dah kat bilik dia tanya bilik semua okay tak, masa makan pun best banyak varieties etc.
Harga: pepandai lah Agoda. hehe

Bila kita cakap kat husband kita tak tahu nak bagi apa, since ayang suka tidur kita kasi la tidor hotel semalam. Lepas tu jawapan nya...

"Tidur kat rumah pun bolehh." Hahahaha wehhhh. All my effort again.......

Tapi ofcourse la, dia hargai dan dia suka. Dia cakap macam tu sebab tahu, dia taknak orang susah susah untuk dia.


Malam tu i dah bankrupt jadi mampu order mamak je. hehe. Sorry ayang, next time kita dine in eh. Dine  in wang solo haahahaha.

Dia suka tido bukan jenis yang tido memanjang je tau dan tak kisah anak bini. Tapi kalau dah selesai apa semua dia suka rehat rehat kat rumah je instead of pergi jalan jalan time ramai gila orang kat mall tu.


breakfast best.



layan Althaf mandi. Dia kalau boleh 24jam nak mandi


Harap harap tahun depan dimurahkan lagi rezeki untuk celebrate sayang.
Happy birthday sayangku. I love you so much. Sayang sangat sangat. Maaf lately ni suka merajuk sebab benda kecil. Mungkin sebab dah ada anak dua penat tu makin menjadi dan emosi jadi tak stabil. Terima kasih banyak selalu ada di saat senang dan susah. Selalu ada untuk anak anak. Selalu tolong kita itu ini. Cari rezeki untuk kami..

Semoga Allah balas segala jasa sayang. In sha Allah amin..


Oh ! It was also Maryam's 100 days

Cutie pie mummy papa

That is all for the memories. Assalamualaik








15 October 2018

Weekend's Routine






Thankyou Encik Rabani

This month is a bit tight in terms of financial because my husband got into an accident and he has ofcourse has to fixed the car, the saman, etc

In addition, we went to JB for my husband interview and had to stay for 2 nights instead of 1 night due fo unforsee circumstances. And that costed him a lot too. 

Furthermore, we have an wedding invitation of one of my broccolis. Tahniah ain! So we (me ofcourse!) have to go there to Pahang to celebrate her because she did for me too, celebrated my bachelorette party , engagement day and my wedding too. Kena balas balik!!

Thats a lot of expenses!! Dahla dia je yang kerja ...i menternak lemak dekat rumah.. sorry sayang.

Every weekend, him, knowing me alwayssss wanted to go to jalan jalan , makan makan amd everything. Yela dah seminggu duduk rumah ternak lemak kena lah keluar hilangkan stress :( (padahal hari biasa pun kadang kadang jalan je jugak malam tu) tapi this weekend, i tak sampai hati nak ajak dia keluar memandangkan memang dah mayday financial dia. Tapi at the same time kita cannot bendung kesedihan kena duduk rumah so kita macam bermuram durja sebentar walaupun cuba lawan perasaan "kesian la kat husband tu...." haha. Jadi dia macam merajuk tak merajuk. My husband pun takde nak ajak keluar ke apa. Tapi dari pandangan mata dia he KNOWS WHAT I WANTTTT!! HAHAHA. Asyik tanya je "kenapa ni yang..."

So sabtu tak keluar..
Ahas pun keluar kejap je siang tu hantar baju kat tailor. Malam ahad pun tiba....

Daku makin stress ni tak boleh keluar kejap jalan jalan.. sambil pegang maryam yang kebelakangan ni susah nak tidur lama.. datang lah suami ku kepada ku

"Yang kita nak mandi kejap..solat kejap... boleh eh? Tunggu kejap tau" laaaa mandi je la. Hahaha tapi perasan la selalu kalau nak solat awal mandi awal awal tu mesti nak keluar somewhere. Ku diamkan aje..

Lepas habis dia settle , maryam masih belum lelap, dia datang kepada ku kembali "ayang jomm. Kita pergi minum boost" 

Berbunga sekejap hati tapi at the same time kesian jugak..huhu kesian kesian pun sis laju je siap. Hahaha. 

Dia ajak minum boost dekat shell seksyen 8 tu. Shell situ best sebab ada boost, fuel shack, costa and deli2go. So okayla. 

"Kenapa ajak minum boost kenapa tak ajak tempat lain?"
" sayang kan suka boost"
" tapi orang suka semua
Hahahahaha
Eeee bagi kepak kau nak kaki gajah pulak kan!!

And off we went there to get boost and fuel shack. Hehe tapi sis tak order fuel shack, rasa bersalah nak order banyak banyak. Tetap Alhamdulillah masih mampu makan dan minum lebih dari orang lain. 





Terima kasih banyak encik rabani. Saja simpan memori ni dekat sini. Banyak sangat dah kebaikan hubby tak terungkap dan terkira.. semoga sentiasa dikurniakan rezeki dari segala aspek sebab selalu gembirakan hati isteri dan anak anak , mak ayah dan semua.. amin.ya rabbal alamin..

12 August 2018

Pengalaman bersalin anak Kedua di Hospital Serdang




My everything in one picture. 

Alhamdulillah sangat sangat dah selamat bersalinkan anak no. dua, terima kasih sangat ya Allah kurniakan kekuatan dan kudrat melahirkan Catalina Maryam. Sakit sangat sangat sangat sangaaaat sangat sangat ya Allah tak tahu macam mana nak describe. Sakit yang sampai tak boleh jalan and gerak. Tapi semua tu dah lepas dah. Haha meh nak cerita kisah di sebaliknya.

Bismillah hirahmaaa nirrahim..

30july 2018
-keluar spotting darah and lendir coklat. Tapi sekali tu je la. Takda tanda contractions keras sakit sakit tu. Braxton hicks ada. Tapi normal lah kan akhir2 trimester. 

2nd August 2018
37 weeks 6days
( gap 3 hari dari tarikh spotting darah) 

Terasa nak selfie berdua hari tu. Rupa rupanya gambarterakhir before bersalin. I love you sayang walaupun you kerut dalam senyum 

- 8pm Masa tu tengah ada trip Ikea dan Kaison. Kita saja saja lah nak ikut walaupun barang orang order tak banyak kali ni. Lagipun kena pergi Kaison, jadi taknak susahkan suami gigih jugak nak ikut. Lagipun orang kata banyakkan berjalan supaya senang beranak. In fact, pregnancy kali ni dari start mengandung memang kuat berjalan pun sebab aktif ikea trip tu kan. Cuma rehat masa dah 7-8 bulan sebab tak larat nak bawak althaf. Kadang kadang tinggal dia plus bila rasa dah tak larat memang tak pergi pun. 

Masa tu nak solat maghrib dulu before ke Kaison. Barang ikea dah setel dulu masuk kereta apa semua. Then datang mengeras yang memang kerasss dan tak boleh jalan tu.

11pm - masa ni dah kat rumah. Tengah borak borak dengan fia, datang lagi contraction keras keras tu. This time contraction yang mengeras plus sakit sekali. Tengah borak borak sempat cakap lagi "kau sabaaaajap aku tengah sakit ni" sambil gelak gelak. Sebab memang tak sangka akan beranak esok pagi nya. Dahla esok nya birthday fia!! Hahaha. Punyala cakap dengan dia nauuzubillah min zalik anak aku nak lahir sama tarikh dengan kau. Hahaha sekali sama daaaa 😂😂

Ingat kan contractions tu datang kejap kejap je la kan. Sekali dari malam tu sampai pagiiiii. 8pagi memang dah start sakit sangat sangat nak gerak pun susah.

Kerap dalam 10mins. Lepas tu ada yang tak record sebab sakit sangat 😅


The worst thing adalah lapar tapi tak selera makan. Makan dah la last pukul 4petang tu. Lepas tu makan fries mcd , lepas tu makanan yang lain masuk semuaaaa muntah. Shake muntah, nasi muntah. Bila contractions tu dah kerap datang taknak hilang gigigla nak makan kan sebab taknak masuk labor room dengan perut kosong. Tapi perut kosong jugak ku bawak masuk labor room. Huhuhu.

Mama cekkan ve dua kali masa tu. Dia tak bagitau pun dah berapa cm. Cuma mama kata kepala baby masih terapung lagi dan tak masuk habis. Rupanya rupanya dia tau dah 5cm bukak masa tu. Haha time contractions kerap pagi tu dia cepat cepat ajak pergi hospital. 


3rd August 2018
Officially 38weeks
(8pm lebih to 10pm lebih)
- Sampai hospital, tengah nak daftar ni nurse tu tengok macam tak boleh tahan sakit, dia suruh masuk dulu. Masuk masuk kena interview dulu tanya itu ini oleh nurse and doctor. Ambil ujian air kencing, tukar baju dan kena pasang untuk cek ctg baby tu. Doktor cek ve dah 5cm bukak. Lepas one hour contraction makin kuat dan cakap tak tahan sangat ni , nak push cakap kat nurse situ sebab sebelum tu depa kata labor room penuh kena tunggu. Doktor cek lagi ve, masih 5cm, pecahkan air ketuban dan disorong masuk ke labor room


Cucuk jarum ni pun aduh lahai sakitttt. Masa ni kat ruangan PAC tak silap. Tempat cek contractions dan ctg dah berapa. Kali kedua di sini. 

10.40 a.m

Masuk masuk labor room, dia suruh pindah katil tapi sangatlah tak boleh, nak gerak seinci pun tak boleh punyalah lain macam sakit dia ni!!!!!! Arghhhh. Last last akibat desakan dari pihak nurses boleh jugak mengengsot pindah katil lalu doktor datang dan cek bukaan dah 8cm. SEEEEE SAKIT SANGAT SAMPAI BEBERAPA MINIT JE DAH BUKAAN BANYAK.

Doktor tu suruh try push masa tu lepas tu dia marah sebab "awak ni reti push ke takkkk, push macam nak berak bukan push macam tu" apa ntah lagi dia cakap. Haha dah sakit kan mana reti lah nak ingat cara push apa semua.

Bila tak reti nak push tu dia kata "kalau macam ni in one hour lagi lah kita datang tengok boleh push ke tak" kita masa tu dah "HAHHH ONE HOUR SAKIT SANGAT SANGAT NI MANA SANGGUP NAK TUNGGU LAGI ONE HOUR" tapi cakap dalam hati je. Huhu.

Contractions memang kerap sangat time last few minutes before beranak tu. Nurses cakap kalau ada rasa nak push cakap, setiap kali contraction datang memang nak push sampai satu tahap ni memang dah tak tahan sangat. Rasa nak push. Jerit kat hubby "hubby nak pushh ni ya Allah sakitnyaaa arghhhhh cepat lah panggil nurseeeee!!!" Kali ni pegang pegang tangan dia sampai nak gigit tapi dia sempat tarik. Hahahaha lawakkk je bila ingat balik. Sampai nak gigit orang dia punya sakit. 

Doktor dan nurse pun datang siap siap apa semua, bila cek ve kata dah full ni boleh dah push. Kali ni doktor pelatih dan nurse je datang. Beberapa kali push dengan jeritan "ARGHHHHH!!!!!!!!!" banyak kali sampai kena marah jangan jerit nanti takda tenaga nak push. Tapi sakitt :((( 

Time nak final push tu sambil sambil jerit, sambil ingat Allah balik, jerit jugak "ya Allah ya rahman, ya Allah yang maha pengasih bantulah ya Allah kasihanilah ya Allah" sakit sangattt sangatttt walaupun tak kena induce. Huhu. Contraction datang sebab sakit sangat terpaksa lah push jugak sehabis daya. Walaupun dok fikir boleh ke ni aku buat..


Memang kali ni tak taula asyik nangis je, rasa tak boleh buat, rasa tak bersedia. Nangissss je sepanjang malam tu dengan husband dengan mama cakap "i dont think i can do itt". Memang lemah semangat tak tau kenapa. 

Zikir dah, istighfar banyak banyak apa semua. Minta maaf dengan mama dan suami, tapi tetap rasa down. Sampai terfikir nak czer je. Huhu. Alhamdulillah Allah perkuatkan diri ini. 

11.05 am 

Alhamdulillah setelah 20mins plus dalam labor room, lahir lah seorang bayi perempuan. Lahir lahir terus doktor letak dekat dada sambil depa jahit jahit kat bawah tu.

Time dah selamat melahirkan tu sumpah rasa tak percaya sebab rasa tak boleh buat lagi. Tapi dah selamat melahirkan. Rasa bersyukur sangat sangat lepas tu nangis lagi kat husband. Menangisss je lah kita huhuhu. 

Terima kasih encik rabani tolong tenangkan, ajar teknik pernafasan, ingatkan diri ini pada Allah, walaupun sebenarnya tak ku endah sebab tak tertanggung sakitnya. Haha. Thank you ucapkan kata kata semangat, Thank you teman walaupun kali ni tak lama mana dalam labor room. 

"Good job sayang, u re a fighter" eicehh meh sini nak lawan cam ultraman. Haha. 

Encik rabani tengah azan dan iqamatkan baby. Masa ni dah habis jahit. Walaupun tenaga dah takda. INI SEMUA KENANGAN. GIGIH AMBIK GAMBAR JUGAK TAU TAKK!!! 



Tapi azab dia bukan sampai situ je.. azab nak dijahitkan tu pulak ya Allah. Mula mula nurse tu kata sikit je. 

"Nasib baik awak tak angkat punggung sangat"

Tapi sebenarnya...lamaa gilaaa dia jahit dan sakit sangat sangat. Setiap tusukan jarum yang macam bulan sabit tu terasaaa. Setiap kali benang tu berlari di atas kulit nya ya Allah rasa nak meraung. Dengan kena seluk seluk lagi nak keluarkam darah beku apa semua. Lama sangat diorang jahit rasanya banyak je kena jahit tak sikit pun. Huhuhu

Time althaf koyak lagi besar tapi tak rasa sangat bila dijahit tu. Rasa peritt sangat kali ni tak taula bius tu tak berfungsi ke apa. Sampai kena pegang tiang katil, nangis nangis jugak. 

Sebenarnya doa dari entry lepas banyak jugak makbul. Dapat lahir baby awal ontime at 38 weeks, tak perlu di induce. Cuma kena jahit je. Terima kasih banyak ya Allah. Tanpa Mu memang tak berdaya diri ini. Huhu bersyukur sangat sangat sangat. 

Terima kasih atas doa doa suami dan mama dan keluarga. Atas doa doa tu lah, Allah perkenankan sebenarnya, Allah permudahkan. Nak tengok diri ini yang banyak dosa pun huhu..

Kali ni sama je bersalin di Hospital Serdang. Dapat nurses and doctors pun semua perempuan. Walaupun sebenarnya banyak je doktor lelaki kat luar labor room tu.

Semua baik baik alhamdulillah. Kali ni husband pilih wad kelas pertama, four bedded. Jadi dari lahirkan althaf rm26 wad kelas ketiga (masa tu katil tak cukup, ramai sangat orang bersalin) lahirkan adik ni rm700+ hokay. Bila tau husband bayar deposit rm800 tu rasa macam nak marah pun ada. Haha kenapa membazirrr ambik je la wad kelas ketiga tu. 

Tapi okaylah, sekali sekala beranak. Waris perempuan dapat teman bila bermalam, tandas takyah kongsi reramai and tandas bersih dan besar. Makanan sedap lagi (kot? 😅) tak payah beratur nak cek luka, doktor sendiri datang kat kita apa semua, boleh panggil nurses dengan buttons je. Emm oh ye dan beraircond. Katil power sikit guna button je nak adjust. Haha. Lepas tu nurse mandikan baby betul betul. Yang ini semua masa kelas ketiga tak dapat rasa. Itu je la kot perbezaan dengan kelas ketiga. Plus sunyiii sangat sangat. 

Kalau nak wad kelas pertama single bedded rm1200 kot deposit. Tapi yang itu suami boleh teman bermalam. 😊 

Malam lepas bersalin tu mama temankan tidor situ, memang membantu la sebab Maryam bangun setiap kali berak etc. Haha. Kita dah la tak larat sangat lepas bersalin..bila ada keluarga tolong tu rasa Alhamdulillah ringan sikit beban. 

I love you so much dear mama. 😭😭😭

Emm lagi apa ye? Oh dan Alhamdulillah semalaman je di sana. Hari ni bersalin. Esok tengahari tu nurse kata dah boleh discharge. Alhamdulillah.

Nak bersalin lagi tak? Nak. But nope in 2 3 years. Biarlah anak anak besar. Yang ni pun dah kalot dengan Althaf tengah nak menyesuaikan diri. Jealous nak susu tiap kali adik dia menyusu. Padahal dia pun menyusu je lagi. Lebih kuah dari sudu. Haha

Alhamdulillah sebenarnya althaf nak menyusu lagi, sebab kurang sikit lah bengkak susu dan bocor bocor. Plus masa tengah contraction malam tu pun i dok menyusukan jugak dia. Nama pun mak. Sakit sakit pun tak sanggup tengok anak meronta nak susu.

----

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 10 berpantang. Beria la nak kumpul duit untuk ambil confinement lady hikhik tapi tak jadi sebab bila fikir balik sebab ada pembantu rumah mama boleh tolong, dan ada suami sekali nak urus baby dan buat air mandi apa semua just ambik tukang urut, untuk urut, mandi bayi dan tungku untuk tiga hari. Lepas tu yang lain Alhamdulillah mama, encik rabani dan kak ros ada tolong. Thankyouu sangat sangat mama tolong tengokkan althaf, masak hari hari, bawak adik pergi cek kuning, mandikan baby dan semua semuanyalah!! Thankyou encik rabani sediakan ait mandi pagi petang, mandikan dua anak pagi petang, belikan dan sediakan itu ini huaaaa semua semualah.Terima kasih banyak banyakkk 😭😭😭

Pregnancy kali ni naik 10kg, dan pantang hari ke 9 dah rid off semua 10kg tu. Tak diet pun. Makan macam biasa, shake jugak, kudap kudap jugak. Tapi mungkin sebab menyusu dua orang jadi it helps kot.

Plus kali ni suka bertungku hari hari sebab bila tungku badan rasa segar dan tak sakit sakit. Huhu.








Sekian sahaja coretan untuk kali ini, Alhamdulillah ya Allah untuk segalanya. Sungguh, nikmat mu tidak Terhitung. Alhamdulillah.


Assalamualaikum! 




26 June 2018

Our Second Baby is a baby.......



Hai Assalamualaikum semua!



Rasa dah tahu kot... 😄 based on previous entry, alhamdulillah our second precious baby is a Girl. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Four doctors. All said "ni perempuan ni". Tak tau macam mana nak kasi yakin dan hilangkan ketidak percayaan ini. Alhamdulillah Allah beri kami amanah ini lagi. Semoga kami dapat menjadi ayah dan mak yang baik buat anak anak kami. Dapat menjadi mak ayah yang dapat menjadi contoh dan dapat mendidik amanah amanah Allah bagi dengan jayanya. AMIN YA RABBAL ALAMIN. 

The first scan masa nak tau jantina baby tu rasanya masa 22 weeks. Nervous sangat sangat. Scan di Klinik Dr Maria, Putrajaya sebab dekat KK biasa doktor "malas" nak cari jantina dengan alasan baby kecik lagi. Heee takpelah. Sedih dengan pengalaman 2nd baby ni sebab dapat doktor yang macam nak taknak je dekat KK tu. Tapi kalau pergi swasta pun ada jeee ramai doktor yang treat patient nak taknak walaupun kita bayar servis mereka. Apapun, redha je lah. Hehe ( redha ke?? Wahaha, meroyan jugak la kat twitter kenkadang)

Okay sambung. Masa first scan tu bila doktor scan scan memang baby tengah terkangkang. Nampak lah di celah kelangkang dia tu terang terang kan. Encik Rabani mula mula ingat boy. I lagi lah tak tau boy ke girl blurrr okay scan scan ni. Pastu doktor terangkan yang baby ni perempuan sebab ada bentuk burger dan takda bebird (boleh refer video dekat instagram, kita ada upload 😄) Masa tu macam "ye ke ni doktor, girl kee" terkedu dan speechless sangat sangat. Tak percaya. Huhu

:)

Keluar keluar bilik doktor, i pandang hubby, hubby pandang i "hubby.. is a girl" #berairsikitmata lepas tu we hugged each other briefly keterharuan sangat punya pasal. Haha. 

Anddddd! That explains why my 2nd pregnancy ni macam lain macam sangat peel dia. Naik jerawat bagai. Pelik pelik ngidam (taklah pelik sangat) hehe.

So far dah masuk 8bulan ni baru 7/8kgs naik. Time Althaf dulu 40w 18kgs tau. Jadi kali ni macam tak kena suruh minum air gula pun. YAYY. omgee tetiba next appointment kena pulak habislah haha. 

Peel mak dia pulak, nak beli barang semuaaaa pink. Nak beli almari pink la, accecories pink la apa la tapi duit nanhadoo. Jadi berangan je lah dulu. Nanti kita usaha kumpul duit dan cari duit ye. Papa dia suruh pakai baju althaf je :(( katanya baby bukan tahu pun dia pakai baju apa. Omgee tak tahu macam mana nak bagi encik Rabani faham!!???? EXCITED TAUU!!!! 

HAHAHA. Sekarang dah masuk 31weeks.
Baru jugak buat detail 4d Scan dekat Klinik Dr Maria Putrajaya tu jugak. Sonographer dia best la lembut dan terang satu satu. Harga scan dan details sahaja rm200. Dapat cd dan gambar serta kertas terperinci hasil details tu. Kalau nak pergi kena call buat appointment dulu, sebab ada hari Ahad sahaja. Mahal memang mahal tapi redha je lah. 


Dating kejap pergi berdua je. Althaf tak ikut sebab memang tak boleh duk diam tiap kali scan mesti nak naik katil sekali haha


Harapan mengandung kali ni biarlah dapat bersalin di 38 weeks dan dapat bersalin normal dan tiada jahitan dan tidak di INDUCED. Besar sangat harapan ku ituhhh. Hahaha semoga Allah perkenankan. Amin ya rabbal alamin.

Yang penting baby keluar dengan selamat, mak nya pun melahirkan dengan selamat. Sebab every birthing is a battle. Jihad seorang mak nak melahirkan zuriatnya. It is seriously not easy and anything could happen. Jadi memang kena sentiasa ingatkan diri supaya bertenang, doa banyak, zikir banyak banyak minta pertolongan dari Allah. Huhu

Emm itu je kot nak kongsi. 

Jumpaa lagi next entry, adiosss Assalamualaikum!! 

13 May 2018

Review : Beli Baju Baby directly dari NextDirect.Com

Hai assalamualaikum semua!


Belah kiri from Next , belah kanan beli di BabyRedhut

Since, dah tahu jantina, rasa excited gila nak beli baju baby. Macam dah takda hari esok. Duit dalam bank tu hajat nak simpan tapi memanggil manggil untuk digunakan. Rasa macam kalau tak guna untuk beli baju baby, rasa berdosa!!!!!!!!!!! hahaha. OVER.

Ini pun beli senyap senyap tanpa pengetahuan encik rabani. Omgee the feeling takut kena bebel oleh suami sendiri.... hahahaha. Bukan dia tak bagi beli. Tapi dia selalu marah sebab beli bukan untuk diri sendiri. Lepas tu meroyan tak dapat beli baju sendiri. Hahaha. #mummypunyabajucanwait

Sebenarnya dah selalu usha website ni sebab baju baby dia cantik cantik. Baju dewasa, household pun banyak jugak jual tapi tak bukak sebab fokus kat baju baby je. Plus ada cawangan dia dekat Malaysia kalau tak silap. Sebabkan kita ni tak suka pergi mall dekat kl. Jauh satu, rimas satu ramai orang, dan tak retii jugak satu. Jadi selalu pergi IOI, atau Alamanda je. Alamanda tu second house ok. Favorite sangat sebab tak ramai orang. Hehe

Akhirnya, pada pukul 12 malam hari apa entah. Jari ni memanggil manggil untuk window shopping kat website tu untuk kali ke berapa. Tiba tiba dah ter check out. Omgeeee!! Hahaha. Baju dia cantik sangat........ pastu tak mahal sangat macam mothercare.

Ni baju baju yang sesaje terbeli tu.. Takdelah banyak pun, cukuplah melunasi royan mummy. Hahaha

Payment boleh guna Visa atau Master Card dan dua lagi option tak ingat. Kita pakai visa debit je. Memangdangkan kalau beli over rm150, FREE SHIPPING . PLUS WILL BE DELIVERED IN 4 DAYS WAKTU BEKERJA. Kita pun termakan umpan dan terbeli.

Ingatkan dari Malaysia je cawangan hantar barang kan. Tiba tiba dapat email memang dari UK. Wow. Dari UK nak sampai Malaysia dalam empat hari? Betul ke ni..

 
Esoknya dapat email barang dah despatched

Memang cepat. Malam ni order, esok dah dapat confirmation email yang kita dah beli. Lepas tu petangnya dia hantar email lagi, barang dah despatched. Dan memang betul. Dalam masa empat hari je barang dah sampai. LAJU GILA.




Pernah dulu beli baju dekat Carters US, tapi time tu beli , hantar dekat rumah kawan. Family dia dok US. Then, kawan ni pi bercuti sat kat sana, balik Malaysia dia tolong bawakkan balik. Tapi time beli kat Carters tu pun ambik masa berminggu jugak nak sampai rumah kawan tu. Memang lama tak macam beli kat Next ni. 





Tapi baju kat carters banyak gila lagi pilihan and lawa lawaaaaaaaaaaaa. Memang kalau nak beli dari Carters cari jelah ig yang ambik pre order. Sebab tak ada yang direct shipping to Malaysia macam Next ni. Sedih, plus boleh je nak beli sendiri dari Carters sendiri, tapi rumit sikit lah proses dia and shipping mahal. 

Overall, kita suka sangat kualiti baju  baju baby dari Carters ni! Lembut dan memang cotton as per description. Lawaaaaaaaa sangat. Nak beli lagi tapi duit dah pergi.... Hahaha. Hari tu (dah lamaaa gila lah ) tengok insta story Ameera Zaini beli jugak baju Next ni untuk baby dia. Sekotak besar tau terus. Semoga mummy pun nanti dikurniakan peluang cari rezeki business woman macam dia. Boleh shopping baju anak anak macam shopping groceries dapur setiap minggu. Hehehe. Amin. 

Itu je kot yang nak dishare. Hehe. Padahal semua orang tahu cara nak beli cemana.. kecoh je mummy ni

Kalau keluar boy macam mana mummy? ALHAMDULILLAH BERSYUKUR JUGAK PAKAI JELA BAJU PINK PINK NI HAHAHAHAHAHAHAHA

Adios! Assalamualaikum!! 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...