07 March 2014

Ekspedisi Gunung Gerah, Bilah, & Bieh (GBB)

Assalamualaikum, hai there! 

Jadi pada masa peperiksaan yang lepas i was so eager nak pergi naik gunung and travelling sebab stress final punya pasal (kononnya), dan Alhamdulillah Allah kabulkan angan angan ku dimana saya telah pada hari itu  travelled a bit of India, which was at Hyderabad ( will update about it later or maybe laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaateeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeer) haha and naik gunung! Abang eddy ( kenal masa trip v1) selalu je invite dekat facebook naik gunung tu naik gunung ni tapi disebabkan kekangan masa, dan kewangan (obviously i am not working hanya duduk rumah melangut susahkan mama) and it was hard for me to chose the best event to go. Sebelum trip GBB ni adalah abang Eddy invite v2 but omg omg omg like seriously nak hike lagi v1+yongyap that waaaaaaaaaaaas naah, nevermind. Buahaha. Boleh je pergi but my otak has been telling my heart " gosh stupid dah gempal tak larat buat je cara tak larat ". Jadi ku sisihkan event itu, tapi yang tak seronoknya taklah dapat naik Yong Yap ( fat girl whos tryin to graduate G7 here!) 


Jujurnya, i have a bad feeling about this trip. Dengan tak fitnya, duduk rumah cuti sem ni seriously all i do was eat, eat, eat sleep, and eat again, watch tv, browse internet like all the times, not even tryin to spent time to read a book which i consider what is so wrong with me this cuti sem lah pemalas nak mampus punya pemalas tahap gajah patah kaki, gading remuk, gigi gongak mulut berbau terdampar di tengah bandar. Workout yang aku buat pun jumping rope, lompat bintang (buahahaha) and sekali zumba ( not gonna try it again mak aih sakit badan Allah je tahu lepas tu ). The odd thing was all the workout I've done is only making me in so much pain and suddenly i stop doing all the workout till the event arrived and so = TAK FIT DAN GEMUK. 


Dan lebih ironinya, GBB are more tougher dari V1. Trek dia mencanak mencanak mencanak dan punya mecanak dia bila kau pandang atas kau macam nampak menara condong yang kena naik tanpa tali. KAHKAHKAH over. im sorry. back to the story.

Trip kali ni di ikuti oleh taiko taiko gunung (excpt for me!) seramai 17 orang dan it makes me look so damn weak dan uhuk uhuk sumpah sedih tahap hape dengan prestasi kali ni. Anyway, kami berkumpul di stesen lrt Gombak ( amal knows betapa susahnya aku nak tahu jalan pergi sana kahkah) dan bergerak secara carpool ke Gerik, Perak pada pukul 11 lebih malam ( agak lewat ya disitu sebab tentatif kata pukul 9.30 gerak haha) . Sampainya di Perak, kami singgah di masjid untuk tidur ( tak tidur esok nak hiking memang outlah kan), solat dan breakfast serta beli makanan untuk lauk lunch untuk di Gunung nanti.


 Gambar tak bisa menggambarkan keadaan sebenar . hew hew 


Lepas tu kami berangkat ke Pengkalan Trojan, tempat parking kereta dan naik bot untuk ke seberang sana . Bot ada dua buah biji untuk 17 orang and sumpahlah sepanjang naik bot tu view dia subhanAllah sumpah spectacular habis. Gunung Ganang bersemayam di tepi tepi bagai mengalukan alukan kehadiran kami, dengan air yang merenjis renjis sejuk masuk ke dalam bot. UHHH asyik. Asyik kau ya qila. Tak tahu apa jadi dalam 3 hari lagi . kahkahkah. Terberak masuk balik perasaan dia (uewww sangat ?) Dalam sejam perjalanan menaiki bot akhirnya kami sampai ke Jeti Pos Kemar lalu menaiki kenderaan four wheel untuk tiba di trek balak bagi memulai perjalanan yang diselindungi kesesangraan yang belum terungkai hijab nyaa oleh mataku.

Trek balak yang kena lalu kali ni agak landai sedikit berbanding trek balak di Chamah yang mula mula lai dah meragut kebetinaan betisku. kahkah. Dalam beberapa puluh minit berjalan akhirnya kami mulai memasuki hutan dan rata rata nya aku rasa saat masuk hutan tu terus nak buat sujud syukur sebab panasnyaa ya mashaAllah. Habis merah merah muka semua. Dalam dua jam kot akhirnya kami sampai ke perhentian pertama untuk makan, gain energy dan solat, serta rehat di Kem sungai Y.

Di kem Sungai Y, air jeramnya deras dan jernih menyejukkan hati 

Lepas rehat tu lah bermulanya pendakian yang sebenar benar benar tiada yang benar melainkan yang benar mendaki. Sebab mostly mencanak je. Aku punya latihan workout dahla jumping rope je. Betis tak kuat ohhh nak melakukan hike secara tinggi berterusan, tapi aku sebagai wanita yang berwawasan (kahkah dah mula dah) sematkan dalam diri yang "u chose this road, if u complain complain, bukan menaikkan semangat, but instead meruntuhkan semangat so jangan complain!". Jadi hari pertama pendakian memang aku tak komplen. kahkahkah. Aku hike steady, slow je. Lepas pendakian yang mencanak agak lama, tibalah masanya untuk kita menurun. Menurun dia punyalah lama macam highway. Aku bukan tak suka kalau turun ni, masalahya kalau dah lama sangat menurun, nak balik nanti kena daki balik. TT. Dia punya lama tu sampai aku rasa give up sumpah. Tak tipu hahaha. Punya lah pejam mata kuat kuat nak bagi air mata mengalir sebab rasa jalan ini tiada berpenghujung dan akhirnya baru lah nampak Kem Agek, tempat kami bermalam untuk hari pertama. Dah sampai Kem Agek tu baru aku tahu yang kitorang mendaki mencanak tadi adalah Bukit Bongok. Bongok tak Bongok tengok je rasa down dan bongok je sebab tu ianya digelar Bukit Bongok. Ha ha ha. Tiba di kem Agek tu sikit lagi hari nak malap. Jadi malam tu memang kepenatan, dan kroooh krooh je mampu aku lakukan. Nak borak sangat pun kenal abg eddy je jadi menjadilah aku sang wanita yang hipokrit pendiam, dalam bergelora kepoh. 




Hari kedua


Hari kedua perjalanan target kami adalah untuk ke Kem Kunyit -> Kem Perodua -> Kem Sarsi. Perjalanan dari kem Agek ke Kem Kunyit agak lama juga mungkin sejam dua jam lebih macam tu. Lepas dah sampai Kem Kunyit, kami berehat sebentar aja dan meneruskan perjalanan ke kem Perodua yang hanya mengambil masa setengah jam lah paling lambat. Aku pun terkejut jugak eh dah sampai ke kem Perodua. Di kem Perodua ni kami berehat lama sikit, aku beria ia turun sungai naik sungai turun sungai naik sungai sebab nak minum air dengan isi air sebab rasanya situlah last water point yang senang nak capai sebelum tiba di Kem Sarsi. Aku tak tahu pun yang ada seorang dari pendaki ni rupanya kaki dia dah terlalu injured cramp semua dan plan terpaksa dirombak kembali iaitu berpatah balik ke Kem Kunyit. Fuuuuh, nasib baiklah jarak antara dua kem tu dekat lah jugak dan aku juga dapat tahu yang disebabkan rombakan ni, pendakian ke Kem Sarsi dan puncak Gunung Gerah dan Gunung Bilah dan Bieh akan bermula pada waktu 1 malam. Masa tu teruja weeh, abahahahaha sebab baru pukul 1 petang, dah dapat balik ke kem dan rehat semua tu. Mendaki waktu malam supaya Aiman dapat berehat. Kesian kat dia, tapi dia sakit sakit pun jalan laju ==' hahaha. 




Aktiviti kalau makan memang meriah gila. Kak Mell badan kurus keding punyalah kecik tapi laju dia macam kuda. Aku tak tahula rahsia dia mungkin budu, petai, terung dan ikan masin. HAHAHAHA. Seriusss kak mell bawa segala makanan ni dalam gunung dan rupanya rupanya ramai peminat petai dan budu. Kelakar gila berebut budu dengan petai.


Hari kedua dan hari Ketiga

Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. Inilah hari paling seksaa. Aku start start mendaki malam tu dah pewai (out of energy) Kitorang memulakan perjalanan malam tu pada pukul 4 pagi. Dahla tak boleh tidur malam tu, tidur lewat lah kiranya, bangun pulak time diorang semua tengah siap siap jadi memang tak sempat nak breakfast kecuali air teh seteguk. Memang punca semua ni. Dengan perut kosong, mengantuk, aku menjadi makhluk dalam gunung yang paling pewai dan tidak bertenaaga sama sekali. Nak sampai ke Kem Sarsi tu punyalah sengsara sebab walaupun jalan dia ada landai landai, mencanak canak pun banyak dan tinggi gila. Aku tak salahkan jalan dia yang mencanak, yelah kalau tak mencanak bilanya nak sampai puncak. Sebab tu namanya mendaki gunung ye dak. Cuma aku out of enrgy and mood sampai lah satu masa ni aku rasa nak pitam je. Bayangkanlah badan gempal nak pitam. Silap hari bulan abang eddy campak je aku sebab berat sangat (kalau pitam betul betullah) KAHKAHKAHKAH. But at last, sampai juga ke kem Sarsi yang ditunggu tunggu. Sources of water takda masa ni. Air yang dibawa memang kena jimat jimatlah. Oh ye, kitorang mendaki free body masa ni. Tak bawa bag. Sebab tu dah rancang hari ni memang kena kerja overtimeeeeeeeeeee. 



Kem Sarsi ni silapnya takde orang sudi nak buat name tag, Abang Eddy pulak lupa nak buat tu yang dia sesal gila tu. 


Dah habis rehat di Kem Sarsi tu, barulah mendaki dengan niat yang sebenar iaitu menawan Gunung Gerah, Bilah, dan Bieh. Serius masa ni masih pewai tahap giga. Aku daki sikit je aku berhenti. Yang kesiannya bukan aku taapi lelaki lelaki kat belakang nilah yang menunggu. Aku suruh jalan dulu taknak. Haa menghadaplah kau dengan semput semputnya aku mendaki. 5 meter jalan stop 10 saat. Bayangkanlah perjalanan jauh lagi tapi aku jalan macam engine kereta tak start 1000 tahun. Pasrah je dengan prestasi kali ni. Abang eddy berulang kali mempersoalkan kenapa aku kelihatan begitu lemah di trip kali ni. Sumpah rasa segan dan nak je balik masa tu sebab dah menyusahkan orang. Hemmm. Tapi budak budak ni pandai juga menghiburkan hati masing masing dengan menyanyi nyanyi dan berlawan kentut, siap bertanding kentut siapa paling busuk lagi. Semua pun kelakar dan sewel. Tapi dah lama lama lepas tu, give up dah budak budak ni nak tunggu aku. KAHKAHKAH. Semua minta diri nak naik pecut dulu dan tinggalah aku dan abang eddy (sweeper) Terima kasih la bang, dan maafkan saya juga. Saya takdak niat nak jadi lembap macam ni. 


Tiba di Puncak Gerah! Yeaaaah. Masa nak sampai tu semua bersorak " go qila go qila!" aku dah rasa makin down je. BAHAHAHAA tak tahu la. Sebab semua otai gunung rasa bersalah je buat trip ni jadi lambat. Tapi mukaku relax je kan tersenyum ambil gambar. KAHKAH. Haruslah tunjuk muka gumbira, penat kot naik. 

Tapi alhamdulillah selepas Gerah je, pewai aku dah berkurangan sebanyak 85%. Padahal masa sebelum sampai Gerah aku dah bertekad nak stay je situ, taknak pergi Bilah dengan Bieh. Sumpah. Au dah fikirkan consequences nya, bahahaha tapi bila aku acah acah mengutarakan idea bahlul ini kepada abang Eddy , dia punya reaksi terus buat aku bagaikan kerbau dicucuk subang. Dan ended up Allah bagi kekuatan, kira laju sikitlah aku jalan nak pergi Bilah dengan Bieh ni . Aku pun rasa tiba tiba ada tenaga masuk dalam diiri. Miahahaha. 

Lepas ke Gerah, kami berjalan dalam sejam lebih nak ke Puncak Bieh, jalan elok landai, mencanak canak sikit, tapi okayhlah laluan ke puncak tak susah mana. ( Yong Belar susah nak mati). Puncak Bieh ni memang ah tak nampak view apa. Ditutupi habis , aku pun dah penat tak fikir apa nak duduk tidur je. 


steady bang eddy steady! hahaha

Lepas ke Bieh bermulalah kami ke Puncak terakhir iaitu Puncak Bilah, Puncak Bilah ni lain sikit jalan dia, kitorang kena turrrrrrrrrrrrrrrrrrrruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuun turun turun. Down ah apa lagi aku fikir nak balik nanti kena naiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik. HAHAHA tapi acah acah steady je lah yang mampu aku pasrah. Puncak Bilah pun sama je macam puncak Bieh dilitupi dan tak nampak pun view.



Gambar ramai ramai takde pulak paku upload. Yang penting dah lepas gunung last ni apa yang aku fikir adalah nak balik rehaaat. Masa last dekat puncak Bilah tu dah pukul lima lebih jadi nak turun balik naik ke Kem Sarsi, Perodua dan Kunyit sangatlah mengambil masa yang lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nak sampai bawah ke kem Sarsi pun dah mengambil masa yang lama apatah lagi ke kem site. Lagipun masa tu abang Baha kesian gila tak sihat, demam teruk yang teruk gila. Jadi perjalanan kami nak balik tu akhirnya melarat sampai pukul satu pagi. BAYANGKANLAH! keluar mendaki gelap, balik mendaki gelap. 21 JAM lamanya kitorang spent masa mendaki hari tu. Air mata ku masih belum keluar masa ni walaupun seratus kali aku jatuh yang mengakibatkan keesokan harinya i was in a very bad condition: kaki injured. 

Sampai kem site pukul satu  terus mandi dengan wan (otai) dan kak mell (otai otai) dan berselubung dalam sleeping bag. Tapi lepas tu perut lapar. KAHKAHKAH . Lapar gila, jadi bila aku fikir tak elok tidur dalam keadaan lapar, lagipula mengenangkan abang eddy yang bersusah payah tetap memasak walaupun dah satu pagi aku pun keluar dari sleeping bag lalu makan minum dan KROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOH. 

Hari ke empat

Hari keempat adalah hari PULAAAAAAAAAAAAAAAAAAAANG!! Si Fikri dah siap bermonolog dalaman dah " sikit je lagi ni, aku nak balik aku nak balik, aku taknak dah naik gunung . duduk rumah lagi bagus" Lepas tu aku terpinga lalu bertanya " kau tengah bermonolog dalaman ke ni?" yelah, aku ingat dia cakap kat aku. KAHKAHKAH. Lelaki otai macam dia pun rindu rumah apetah lagi makhluk seperti ku yang kudratnya secebis. Kaki pagi tu bukan nak cakap apalah, berdiri je dah menggeletar. HUAAAA. Tapi aku fikir taknak susahkan siapa siapa, ku gagahi juga. 

Tapi semuanya tidak berkesudahan baik, bila mana sebelum aku terjatuh tersentak satu kayu keras ni, aku masih mengekalkan step one two one two one two, tapi segala galanya berakhir. Aku dah terfikir sakit dia bukan kepalang. Walaupun aku tak meraung atau tunjuk, tapi sumpah nak jalan selangkah lepas tu kena seret kaki. Rasa macam kuku dalm dah tercabut (takpun). 

Pace aku lepas lalu kampung orang Iban memang sangaaaaaaaaaaaaat sangat lambat. LAMBAT GILA. Banyak kali aku ingatkan dalam diiri " no qila, u can do this, jalan lebih cepat kesian orang lain nak balik cepat" tapi kesakitan aku tu dah sampai tak boleh nak paksa. Sampai lah abang Eddy tanya sendiri kat aku " qila, tak boleh laju sikit ke, nanti lambat terlepas bot ni kesian diorang nak balik kalau kena bermalam kat sini, dah pukul 3.20 ni, bot 5.30" MAAAAAAAAAAAK AIH. Aku terkejut bukan kepalang bila abang eddy kata dah 3. 20 tu sebab sungei Y tu jauh lagi, dan kaki aku sakit gila tak tipu . ya ALLAH tak tipuu sakit. hahahahahaahahahha.

Lepas tu aku cubalah jalan cepat, tak boleh jugak. Tiba tiba abang eddy dengan Joi kata, bagi bag dekat Joi supaya kurang beban sikit. Bukan main lagi aku membantah " eh tak payahla! ada beg ke takde beg ke sakit jugak kaki ni, ni bukan masalah beg, ni kaki ni sakit" Abang Eddy pulak boleh tahan degil " yelaa, kalau takde beg tu bolehlah kurang beban sikit" Lepas seminit dua aku berlawan pedang dengan diorang (kahkahkah tipu) akhirnya aku rela bagi beg tu kat Joi. Kesian kat dia. Tapi dia kan otai, setakat beg cikai tu kacang je dia bawa shoot orang lain. 

Jalan jalan jalan jalan lagi tak sampai jugak ke sungei Y tu, tempat kitorang sepatutnya tunggu semua ramai ramai. Abang eddy pulak dah sampai request kali ke tiga supaya suruh aku cepat, lalu aku pusing dekat dia dengan genangan air mata " kaki saya sakit sangat ni bang....." Sumpah bila aku pandang depan balik cepat cepat aku sapu air mata. Naik gunung haram tunjuk air mata kat siapa siapa tahu. Jangan tunjukkan kita ni lemah!kahkahkah. BUKAN KU PINTA LEMBAP SEBEGINIIII BANG EDDY. kahkah, tapi abang eddy kata " tahu...takpe jalan sikit je laju, kita dah nak sampai ni sungei Y, nanti sampai sana tukar kasut, pakai selipar". Pastu aku gaduh lagi dengan dia " pakai selipar? licin lah bang dan bla bla bla blaa" last sekali mestilah dia menang dan aku jawab " okay" dan teruskan berjalan.


Dan bila sampainya di sungai Y, aku terus cabut stokin double stockin okayh aku pakai nak cover sakit, dengan kasut semua dan tunjuk kat muka abang eddy betapa banyaknya aku melecet. Semua kat situ pun dah " uissssssssh, sakit ni uissssssssssssh sakit gila ni" Haaa tahu pun. BAHAHAHA. Lepas tu gantilah pakai sandal Wan warna pink (i like pink) dan setelah bertali arus soalan " kena tak tempat melecet? ketatkan sikit  bla bla bla" aku isi air dan sedia untuk shoot untuk balik. Tapi abang eddy dengan muka tegas kaata " makan dulu" bayangkanlah mendaki dari pukul berapa sampai petang tak makan, tapi aku pun tegas juga " takpela, saya dah minum air". Lagi tegas lima ribu kali ganda abang eddy " M A K A N" terus aku duduk makan chocolate seketul dan berlari tinggalkan abang eddy. kahkahkahkah. Takdelah aku fikir nanti terlepas bot. Taknak aku jadi punca mereka semua terlepas bot. taknak......


Alhamdulillah Allah bagi kekuatan lembu tengah marah, sebab perjaalanan kena lalu hutan dan trek balak tu aku boleh jalan like laju jugakla (tadi kaki sakit sangat) dan aku siap berlari lari anak nak cepat sampai. Sejam lebih aku berjalan laju merentasi masa dan hutan, dan trek balak akhirnya. AKHIRNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA nampak kenderaan four wheel. Semuanya selamat tak terlepas apa pun. Alhamdulillah. Lepas tu dalam bot cabut sandal baru ku sedar berdarah darah kaki ku melecet sebab pakai sandal berlari takde stokin. Redha.


Balik te sepelaung aku kena bebel kena bahan dengan abang eddy dan otai otai gunung yang lain. Suruh beli bag lain. suruh beli kasut elok sikit, beli carry mat. Bebel dia bukan sikit, banyak woi. aku tadah je dengar memandangkan aku seorang hiker yang amatur lagi lemah ini.


Ya Allah aku tengah tulis diari ke ni . bahahahahahah. TAHNIAH ANDA SURVIVE BACA ENTRI NI!


No comments:

Post a Comment

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...