28 July 2013

Pengancee (bahagian dua)


motif tunjuk makanan di atas? ini sebab dia. kamu semua kena faham. orang yang jenis tak reti nak masak sangat ni bila sekali dia masak dia kenalah tunjuk dekat saaaaaaaaatu dunia bahawa dia sesungguhnya telah masak. lagi lagi bila dia masak dekat negara orang pulak tu kan. miahaha. masakan ini saya dapat resipinya sepenuhnya dari otak berdebu saya sendiri, digelar "perancitoalpotatomaniaz" hamboi. ada tiga benda yang aku dapat pelajari setelah berulang alik ke supermarket di perancis 

1) bawang . bawang dia jangan buat main.  4 biji besar bawang merah bersamaan berbelas belas ringgit duit malaysia. mungkinlah ianya ditanam di angkasa lepas dan diimport bawa ke perancis. 

2)nutella. nutella dia mak aih muraaaaaaaaaah . kakaka kalau yang botol besar tu kira kalau dekat malaysia harga separuh boleh didapati disini. 

3) plastik. orang malaysia je baru tehegeh hegeh nak apply no plastics bag on sabtu . dekat sana hari hari no plastics bag. in shaa Allah great things take times kan rakyat malaysia. tak lama lagi kita boleh menjadi masyarakat prihatin yang menjimatkan penggunaan plastik. 

jadi lepas dah show off aku memasak di perancis. aku lega. dan kita boleh ke topik seterusnya iaitu berjalan jalan di Disneyland Paris. Dia punya terujaa masyaALLAH teruja . bukan apa. dah berkepam kepam duduk dalam bilik dua tiga hari . ape tak best lepas tu boleh jalan jalan melawat luar perancis ? 

 arisyah with her gigi rabbit dikelilingi dua lelaki gondol. KAKAKAKAKAKH.




semasa masih di luar kawasan . masih rasa happy dan excited  

 mama ayah tak ada sebab mereka pergi training Herbalife. 




i think this is the first game that  we play. dan rasanya dari berpuluh puluh game yang ada kami adik beradik perempuan hanya main tiga ke empat game je . menyesal memang menyesal tapi tak boleh nak buat apa . sejuk dia ya Allah , Allah je memahami lagi lagi buat kami para penduduk asia yang datang dari negara musim tropikal hujan panas je . Nak beratur panjang panjang satu hal , menggigil gila gila lagi satu hal. tak tahu lah kenapa dengan disneyland punya tempat ni, sejuk dia meragut segala keterujaan kami . lagi lagi bila ada arisyah . kesian gilaaaaaa dekat dia masa tu sampai saat nak menaip ni pun masih ada rasa sebak sebab dia kena beratur lama lama, bila tak larat kami kena dukung, dan bila kami tak larat dia kena diri. mengadu dia sejuk kaki dia sakit. tu baru first game. jadi gambar di atas ni teruja lah ambik gambar " PANDANG SINIII FIAA ARISYAAHH ". dan jangan tertipu dengan terang matahari menyinari kerna itu semua dikaburi dengan cuaca yang tersembunyi . nampak? macam sasterawan tak . *gelak tutup mulut*



 senyummmmmmmm sayang selagi mampu kau ukir garis senyummu



yang ini masa perarakan semua diney characters jalan berarak. semua orang excited sebab ni memang main show pun. takkurangnya kami bertiga . akulah paling cuba menerbitkan rasa eksaited dekat arisyah . " arisyah nampak tak tu? arisyah pandang sana! haaa sana sana! arisyah snow hwiteeee" kakaka. tapi memang masa ni fun sikit sebab ada sing along . meriah gitu ala ala orang kampung tengah buat rewang. 

lagi satu pengalaman adalah bila cari surau tak ada. haha. aku macam rasa dalam peta ada simbol surau untuk muslim tapi bila kitorang cari cari takde kitorang terpaksa mengigil ambil wudu lepas tu keluar cari kawasan tersorok. woi. best gila bila sejuk di basahi dengan air. hahahahaha. syahdu rasa. tapi ini semua pengalaman , mana nak dapat . kan.


ambik gambar ala ala tak pandang kamera ni semua orang boleh buat . ki ki ki 

Pemandangan pada waktu malam .

jadi keseluruhannya korang kalau datang perancis tak payahlah pergi disneyland ni. MUAHAHAHA. nak pergi boleh tapi dengan syarat kenalah summer, atau korang bawa semua comforter, pemanas, pembakar roti, oven, kuali dan apa apa alat yang boleh membuatkan korang bila pandang rasalah warm warm sikit. nak bawa mancis lagi digalakkan. kot kot banyak rumput kering boleh buat unggun api. tak silap semua orang boleh kongsi bersama. eh boleh dapat tak lawak bodoh aku nak sampaikan ni ? 


jadi disebabkan aku malas dah nak meulis, kisah di eiffel tower dan piramid aku cerita di bahagian ketiga, KAHKAH KAH. malas lah weh nak tulis panjang panjang. 


bai!

21 July 2013

pengance (bahagian satu)

sebenarnya mood nak update trip pergi perancis ni takde. biasanya kalau ada pun waktu waktu paling lengang santai santai tengah belek album baru lah aku ada rasa nak update entri yang bergambor dengan huraian huraian panjang. kau jangan ingat aku ni malas nak jawab exam 3 jam je. nak taip entri panjang panjang pun aku malas tahu tak. kakaka


astaghfirullah, sesungguhnya malas itulah sikap paling buruk ye dak. 

*sambil tegakkan bahu, buntangkan mata dan senyum seorang diri*

kita sambung trip pergi europe hari itu dengan kesudahan negara yang terakhir iaitu berjalan jalan di Peranciss. Jangka masa kami berada di perancis adalah yang paling lama iaitu sekitar 5/6 hari berbanding london 3 hari dan switzerland hanya dua hari dan kalau nak tahulah walaupun 5/6 hari kami berada di perancis, kami adik beradik (kecuali ibu ayah bapak ibuk yang dewasa dewasa ) ended up berkurung dalam bilik hotel je . haha. 


sebabnya, yelah tujuan nak pergi europe ni pun sebab mama ada event training herbalife dekat sana (perancis )  sekali dengan dapat award mark hughes bonus. gila kentang semalam je terus dapat berpuluh ribu us dolar. rezeki Allah. kira dari malaysia ada 3 couples yang dapat mark hugh bonus ni. rewards of helping people with good nutritions. kami satu keluarga dah menutrisikan badan kami dengan herbalife selama 7 tahun and Alhamdulillah feeling veryyyyyyy good. so masa diorang pergi training kami adik beradik duk melangut dalam bilik,online, tidur, masak haha.


ha! ingat lagi tak yang kitorang pergi mountain Titlis tu? lepas turun je dari kabel car Titlis, and main buat buat snow kitorang terus naik bas dan bergerak ke Colmar, Perancis. Jadi aku kira switzerland dengan Perancis ni dekat jela sebelah sebelah. aku pun tak pasti sangat peta dunia macam mana. Peta Malaysia pun aku tak pasti kan. apetah lagi peta Europe. kakaka. Perjalanan takdelah mengambil masa yang berjam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam lamanya. Hanya mengambil masa berjam jam jam je. So punggul pun tak kebas hati pun riang.



yang ini di colmar tempat bangunan bangunan ala ala venice gitu . tapi ingin sekali aku menekankan disini bahawa antara tiga tiga negara yang kami lawati ini Perancis lah negara yang paling sejuuuuuuuuuuuuuuk nak mam. tak ini memang nak mam betul ni sebab sejuk dia tak boleh bawa bergurau. aku sepanjang berjalan dekat Colmar ni duk tanya diri sendiri dalam hati " sains apa ni takde salji takda apa tapi sejuk dia nau' zubillah" sejuk dia boleh melawan sejuk di Mountain Titlis. iya. kaki badan kebas kebas. Nak mengurat perwira colmar pun takde mood jadinya. Kakaka. 






 maintain ya mama maintain haha 

cantik gila kan bangunan sini  









 Gambar di atas ni yang kena photobomb ni masa nak berangkat pergi ibu kota perancis iaitu ? ..................... haa situlah. bahaha. aku tak dapat nak beza ibu negara france dengan perancis. France ni bahasa english nya Perancis kan. Baiklah senang cerita, nak pergi ibu kota yang ada Eiffel tower tu haaa. Sebab colmar dengan ibu kota France ni jauh. Gare de Colmar ni stesen kereta api . Gila besar stesen dia dengan cantik betul design bangunan dia. Aku sebenarnya teruja nak naik kereta api dia supaya boleh lah feeling feeling dalam movie romantik yang sang lelaki bertemu jodoh dengan wanita dia dengan tingkap yang besar diiringi pemandangan yang cantik cantik. kakaka. Tapi faham faham jela , angan angan je. har har har. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam tak silap aku.




Teruja gila masa dah nak sampai sebab nampak pemandangan dekat luar putih betul betul. like Subhanallah cantiknyaaaaaa. Terasa suci betul bahahaha.


Masa dah sampai france ni lah baru feel berada di eropa sebab ada salji turun weh. Masa dekat uk and swiss mana ada salji turun dari langit. masa dekat paris je tau. Ya Allah baru aku ingat paris ha paris namanya. akakkaka. 


bergambar di luar hotel. Hotel dia sumpah best sebab ada tempat masak bagai. duduk pula dekat dengan supermarket . depan hotel pulak ade kebab muslim. AMBOI. seronok menjadi warganegara perancis walaupun untuk 5 hari . bolehlah.



gamba gamba yang tak rotate ni bukan aku saja. dah memang macam ni. malas aku nak rotate rotate hew hew hew...er..... em.



aku rasa macam dah panjang je aku cerita ni . Jadi aku nak buat dua bahagian trip france ni. Satu lagi bahagian ai kongsi kisah bupy (buruk dan happy) kami di disneyland dan ofkos kisah kami di eiffel tower!


dadaaaaaaaa assalamualaikum. 


30 June 2013

kenapa

disebabkan kadang kadang aku ni penggemar segalanya tentang logik, aku selalu juga menyusahkan orang orang disekeliling aku dengan perkataan "kenapa".
sampai satu hari tu, ada kawan aku cakap "nanti suami qila mesti kena tahan dengan pertanyaan

"kenapa kena macam ni kenapa macam tu"

kadang kadang aku sapu rumah, aku tanya

  "kenapa habuk kena wujud dalam dunia ni, bagaimana terjadinya habuk" .

 bagi aku pemahaman tentang sesuatu perkara itu sangat penting dalam kehidupan seharian sebabnya kadang kadang benda yang membuatkan fikiran terbantut ni boleh menyebabkan proses kumbahan juga terbantut. jadi pada satu hari dalam kereta berkumandang lagu fourteen yang seperti dulu tu. dalam kereta waktu tu ada mama dan adik adik aku. lagu dimulai dengan


"sehari terasa bagai seminggu, sebulan terasa bagai setahun"

jadi. cuba fikir balik. dalam dalam dengan penuh deep.

kalau sehari = seminggu
1 = 7

kenapa sebulan = setahun
30 = 365

bukan sepatutnya 30 darab 7 bersamaan dengan 210 hari ? aku tanya terus kat mak aku matematik atas ni waktu tu. pastu mak aku jawab apa " ah biarlaaa" sambil senyum manis. abang albert einstein terangkanlaaaaaaah :(


kejap. takkanlah fourteen nak nyanyi " sehari terasa bagai seminggu, sebulaaaaaan terasa bagai DUA RATUS SEPULUH HARIIIII" . kanz ? sounds legit. klah


Published with Blogger-droid v2.0.10

21 June 2013

Switzerland! aku nak datang lagi boleh tak? haha


bagaimana dengan hadiah entri pembukaan kali ini ? kakaka . baiklah kali ini aku ingin menyematkan secebis lagi memeori aku dan keluarga serta temen temen aku di tanah switzerland di blog yang penuh hina lagi daif ini . muah! ayat nak down to earth je kau ni qila. berkisar tentang gambar di atas bukan saja saja aku letak. kalau Yuna boleh guna slogan " di setiap gambar, ada lagu " , aku Aqila juga ada pendirian, iaitu " di setiap gambar, ada motif" motiffffffffffffffff sangat .

gambar makanan di atas aku tangkap masa baru sahaja sampai di lapangan terbang switzerland sewaktu hendak menuggu bus dan tourist guide datang, tak ingat apa nama airport tu. disebabkan aku ni penggemar gila gila anything pasal bakery food atau roti roti yang dibakar dalam oven. ok tak  pentingnya untuk diceritakan . next

so we were basically visiting luzerne, zurith? and mountain titlis di daerah mana entah celah celah switzerland. maafkan di atas khilafku yang selalu lupa nama tempat ni semua gara gara fobia dapat geografi B masa PMR padahal dah buat latihan past year berbuah buah buku. pun boooooooleh. 

upon arriving kami sekeluarga yang baru tapi tak baru sangat turun dari bus setelah dibawa selama  1 jam lebih menuju ke daerah ini .  

sebab Malaysia tak ada pokok macam ni jadi kitorang semua beratur nak ambil gambar duduk dengan pokok melengkung ni. *geleng geleng kepala* 


 smart tak smart tak ? jkakakakakakaakakakaka/ --'

switzerland merupakan sebuah negara yang begitu menyayangi alam sekitarya kerana basically penduduk penduduk di sana banyank menggunakan pengangkutan awam seperti train atas jalan ni dan basikal. kalau pergi sana beribuuuuuuuuu ribuuuuuuuuuu basikal ada di sana dan laluan memang tak sesak dengan kereta . 


swiss juga hari ahad dan sabtunya adalah hari bersama keluarga so most of the kedai tutup pada weekend and memang hari kitorang sampai tu macam datang melawat kawasan terbiar yang amat cantik. tak banyak orang dan sepi tetapi tenang. gituuuuuuuuuu. 


 some random beautiful kids in Luzerne. 

 daerah yang gambar atas ni dan gambar di atas jauh sekali antara satu sama lain. okay. maksud aku yang gambar atas ni dah jauh dengan tempat gambar diatas. ke sama je maksud dia? akakakakakeling. aku rasa ni kat lucerne. yang ada train macam gambar di atas tu dekat zurith. yeah. ini betul . 

 kalau korang tengok gambar di atas, di belakang tu ada jambatan kan? haaa itu jambatan paling tua di europe. sangat klasik dan antik . 

yang ini semasa dalam jambatan . bergambar dengan penuh tipikal dengan bendera swiss so that i can show " hamaigaadd i was at swiss!"  pigidah pigidah. 

kak long bangi dengan penolong kanan beliau. miahaha.  eh nampak tak swan kat belakang ? aku sebenarnya masa tu pandang swan tu lama lama dengan harapan pandangan aku tu dapat merubah mereka menjadi seorang wanita yang jelita seperti dalam cerita barbie swan tu . harapanku lebur di tanah swiss.

dekat lucerne ni cantik gila subhanAllah seperti sebuah tempat yang dikelilingi gunung gunung. bukan seperti memang dikelilingi gunung gunung dah pun . jadi kau jalan je kau amazed kau kelip mata je kau amazed kau nak kentut pun rasa bersalah macam " ehboleh ke membuang di tempat cantik sebegini ?" oveeeeeeeeer. hahaha


so this is at mountain TITLIS EVERYBADYHHHHHHHHHHHHHHHHHHH. HAMAIGAD!!! tempat ni subhanallah cantik sangat sangat sangaaaaat sebab dikelilingi gunung gunung salji . jadi sekarang anda berada di mountain Titlis dimana saljinya tak pernah surut , sentiasa ada sepanjang tahun . dan orang pun selalu main main ski di gunung ini . so, gambar? letssss


 this is how batak we are . baru je turun bas dah berlari lari ketepian untuk meramas dan memegang ais ais snow . seriously batak . serius matter punya batak dia. hahaha. except for our parents lah sebab diorang dah biase *matapandangkeatas*

seperti biasa, ketibaan kerabat royal dari tanah bangi membawa segulung harapan dan keceriaan di mountain titlis yang tersergam indah lagi megah menidakkan segala kehiduapan hidupan yang lain . jap. apa maknanya? engkorang fikirlah sendiri. miahahaha

 this the cable car that bawa us to the top of the mountain. kalau lah everest ada cable car. kalaulaaah. 



jadi aku nak kongsi sikit, selain sikap terlalu teruja aku terhadap snow, aku juga teruja dengan sikap dan perilaku abang aku yang keterujaan dia kalau diukur mampu sampai ke cakerawala . kakakakaka. aku perati je dia dengan segala keterujaan dia

" fia fia fia! ambik gambar abang tengah pegang ais ni"
 " fia fia fia " cepat abang nak baring ni ambik gambar!"
sambil dia baling baling snow tu ke serata tempat,
sambil dia letak ais tu atas kepala dia,
sambil dia baring baring atas snow.

i was like ? " broooo... " lepas tu gelak besar gila gila . haha sebab abang aku ni ada masa dia serius ada masa dia gilagila dia tak boleh nak handle. kami layan jela. aku agak malam tu dia tidur berkroh keroh sebab dia punya teruja sampai aku pun dapat rasai kepenatan dia. but secara jujurnya kitorang memang terujaaaaaaaaaaaaalah. sekarang. kira berapa perkataan teruja di atas.








SubhanAllah 732487354759748975967x . sejuk dia pun gilaaaaaaaaaaaaaaa kentang rebus penyek punya sejuk sebab bibir kau tiba tiba jadi hitam sebab darah tak mengalir ke macam mana. kau dah tak dapat rasa bila memegang, kau rasa kalau kaki kau waktu tu dipotong mesti tak rasa apa sebab kebas gila and susah gila nak  berjalan. haaaa macam tu dia punya sejuk!!

my beautiful snow little man  


bajet jewwww dapat buat snow man besar besar. dia ingat dia kreatif? kakakakakaka 




and ini masa kami on da way masa nak pergi perancis melalui jalanraya je sebab sebelah sebelah kot. haha. cantik bukan ?

next update will be the finale one, which is in pengaaanceeeeeeeeeeee


jadi bertemu lagi di lain hari, pada waktu yang lain, jam yang lain dan penulis yang sama ! as salamualaikum! *buang peluh*


08 June 2013

minggu yang tidak terancang

ini pun post tentang " imbas kembali ". hek hek . hari tu aku ada pergi satu event water rafting. aku sebenarnya curious nak tahu water rafting dalam bahasa melayu orang panggil apa tapi aku punya malas nak capai kamus atau nak google translate tu punyala menjulang julang naiik ke udara. 


kita sambung balik, 


hari kejadian pada masa itu berlaku pada hari jumaat. aku sememangnya tak tahu pun tentang event water rafting ni. dalam otak masa tu memang balik kelas aku nak tidur je. sebab semalam punya hari iaitu khamis dia punya sibuk dan penat macam dalam sehari tu kau hanya ada 5 jam. sebabnya? ada elective subject punya event yang agak besar untuk dikendalikan. 

jadi berbalik kepada bagaimana takdir telah menemukan aku, yang ketika itu berada di shah alam akan bertemu dengan perak di petang hari ialah dengan satu unknown number yang mengajak pergi event water rafting ni.

" sape nak ikot.. jom pegi whte water rafting kat gopeng weekend ni.. byrn murah je.." bunyi dia sebjik macam ni sebab aku memang rajin pegi salin balik message tu. 12.38pm, hari jumaat . (lagi 2 jam setengah before bas bergerak )

mula mula aku buat bodoh je. hello? jadahnya water rafting? kakaka. sebab aku ingat mula mula dalam otak aku water rafting ni macam naik kayu buluh, kita berakit rakit tu . lihatlah dunia, lihatlah betapa ceteknya ilmu pengetahuan ku . haha. dan memikirkan aku ni seorang hiker yang amatur jadi hati aku waktu tu rindu gunung je. water water ai tak suka sangat. waktu tu ah waktu tu.

alkisahnya, terdetik aku teringat balik perihal water rafting ni lepas aku dah melahap lunch,dan tengah   relek relek rehat perut dekat ruang tamudan berfikir hari sabtu ahad nak buat apa. jadi aku pun acah acah je la balas message unknown number tadi 

" hari apa dan berapa ringgit" 1.45 pm

lepas tu dia balas

" hari sabtu..ahad...bla..bla..blaa.rm 30 blaa..blaa..blaa"

lepas tu aku macam ter detik sikit la "macam menarik", aku balas lagi yang pada ketika itu baru je lepas bentang tilam, siap selimut bantal ready nak tidur dalam bilik farah syahidah. kemain relek je sambil baring aku tanya lagi 

" oh kalau nak pergi macam mana" 2.02 pm

pastu aku berusaha fokus nak tidur, yela acah acah je balas woi tengah sedap nak dilamun mimpi ni tiba tiba hanset berdering . aku dah fikir amende ni serius nau orang yang berususan dengan aku ni. aku angkat . lepas tu dengar suara lelaki, dan kami pun berbual .... 

" bila nak bertolak ? apaaa!!! 3.30 petang ni?? jumaat ni ? hari ni laahhhh ? berapa hari ? naik apa? oh jumpa dekat teratai... tapi.. benda ni macam terlalu sudden.... sudden! terlalu tiba tiba ... haa takpe? saya tak packing lagi ni.. ahh?? ahhhh nanti saya konfirm balik"

aku letak je. pastu aku termangu. biar benar ni biar benar. lepas tu tepat 2.24 pm aku balas

" haab bolehlah, nama saya aqila safuan" 

*sebenarnya aku nak salahkan jugak orang yang ajak aku pergi tiba tiba ni . kot ya pun kau ajak sehari dua tiga hari punya awal tak boleh ke? gemuruh darah aku packing.* 


lagi satu aku menyirap juga bila dah pukul 3.17 p.m aku tengah dalam kereta nak odw ke teratai ni dia boleh kol tanya aku kat mana. consideration takde betul. aku dahla gelabah betul nak packing dengan tak kenalnya siapa yang aku tengah berurusan kan. 

sekali aku sampai kat teratai tu punya rushing dari jauh aku dah nampak orang ramai dekat bus stop teratai pakai baju biru gelap ada line kuning ramai ramai, bersatu punya baju. aku dah macam ? " what the nyaaaa.." punyala aku fikir event ni macam orang lain lain fakulti pergi sekali sampai sana tahu benda ni under palapes punya program. 

satu perihal lagi dengan orang yang aku berurusan ni , dia kabar kat aku

" nanti dah sampai, cari saya, saya pakai baju biru gelap lines kuning " korang nampak tak permainan dia sesuka nak main cari benda tersembunyi didalam kalangan ramai orang yang sedang memakai baju biru gelap line kuning . very the something kan . veryyyy

haha.

alkisahnya kita sambung dengan gambar. oh jadi jadual aku kat gopeng ni kira tentaif dia menarik jugak. sebab aku bukan sahaja dapat mencuba sesuatu yang baru tapi aku dapat panjat bukit which is still hutan dan kerinduan yang terbuku lama dapat direleasedkan dengan tenang dan damai, and dapat lagi masuk gua tempurung and barbeque gila kentang sedap betul ditambah lagi punyala sporting and best budak budak palapes ni.


usai tiba di tempat kejadian. benda ni best gila. naik lori ramai ramai macam kambing untuk pergi ke camp tempat kami bermalam. 

mendengar acah acah khyusyuk di dalam khalayak rakayat palapes and buat tak tahu ke kau tu bangsa asing . haha.

the sporting trip mates. u guys awesomee. walaupun aku jenis yang hanya reti memerhati dan gelak jekorang punya karenah . maklumlah anti social . kakakaka

ni lah orang yang aku banyak cakap dan gelak banyak. juga bangsa asing yang kami kenal di sana. kami dipersatukan dalam satu group yang sama kerana keasingan kami . haha. and sumpah diorang ni kelakar and best gila. gelak je  24 jam.

this is akma. dan dia ni  cool gila tahu tak. relek je cara dia cakap . haha, my new fghennn. somehow aku adore jugak dia ni sebab entah, cara dia cakap tu calming and memandangkan aku ni seorang yang kepoh dan gelabah. haha



masa jungle trekking. peh kepanasan yang tiada tolak bandingan tu membuatkan aku membeuat mimik " panas la banggg " kakaka. 

together we tawan the puncak!!

lepas dah panas panas bertrekking kami water main main air weeeeeeeeeee. gila best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa water rafting. sumpahlaaa... nak pergi lagi


 the last day tawan gua tempurung walaupun aku jenis tak suka masuk gua sebab aku tak tahu nak cakap apa dan impress apabila kat dalam gua . yela memang la indah and unik  tapi..tapi aku punya pemikirian " oaky tu batu tu bentuk macam drumstick...dah tu ? hahahaha




sekiannnnnnnnnnnnnn

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...