14 September 2013

Resipi Oreo Cheese Biskut Kek

amboi. yakin, re si pi. kakaka

sebelum beranjak ke hadapan, nak bagitahu resipi ni aku dapat masa bekerja separuh masa dekat MPH, kawan nak berhenti kerja bawa kek ni masa last day dia and sumpahlah rasa dia sedap gila terus minta resipi tak penyabor nyabor kau. padahal dah dapat resipi bukan terus buat pun. gebang je memanjang. kehkeh. anyway, aku mencuba melakukan kek ni masa kali pertama pun apabila tiba masa berhenti di MPH, gitu. a student must follow the teacher doing. kau rasa betul tak grammar ni? macam nak taknak je aku tulis tapi aku tulis je lah. tak faham, faham fahamlah kan

masa nak bawa kek ni pergi tempat kerja last day tu memang rasa berdebor tu lain macam, yelah dahla first trial, bangun pagi terus hadap dapur, keluarkan kek dari peti ais, potong, bagi mama rasa. aku nekad! kalau tak sedap toksah lah ada hati nak bawak pergi kerja. jangan sampai majlis perpisahan jadi majlis kedukaan.  tapi alhamdulillah, kalau dah licin tu kira okaylah kan?

amboi panjang nau intro, 

bahan bahan


1) cream cheese 500g
2)susu pekat f&n (guna setengah tin je, )
3) biskut hup seng/biskut marie the mawriew
4)fresh milk apa jenis pun
5) )oreo
6)grated cheese (boleh guna yang halus, atau yang macam kena potong2 tu) 
7) eh tu je ke?! haa tu je la


kalau korang tak dapat bayangkan macam mana lah bentuk bentuk bahan tu meh sini aku tunjuk guna gambar, yelah aku ni memahami kadang kadang orang yang jarak masuk dapur susu f&n pun mana dia tahu bentuk macam mana. 





Cara- Cara

1) mula mula, adukkan dan gaulkan creeam cheese tadi dengan susu pekat setengah tin. gaul sampai dia kembang. dan kalau boleh kalau dah keluarkan creem cheese keluar peti ais tu beri dia masa cair dan menenangkan diri dulu, susu pekat pun sama. biarkan mereka berdua meleburkan diri untuk menjadikan suhu badan mereka di paras suhu suhu yang tak sejuk. ini demi mengelakkan bila pergaulan berlaku, tak akan jadi ketul ketul. 

beginilah rupanya nanti,

2) lepas tu dah settle, korang boleh letak tepi gaulan cream cheese dengan susu pekat. sekarang ambil biskut hup seng atau biskut marie rendam dia dalam frsh milk tadi. timing masa merendam ni sangat penting. tak boleh lama sangat, nanti lembik gila nak angkat jadi dia pecah pecah, tak boleh jugak cepat sangat nanti keras sangat takde lah bentuk macam kek pulak kan? memang. dia memang mengada sikit biskut biskut ni. tapi tak boleh nak buat apa , jangan leka bila merendam takut nanti berendam air mata tengok biskut jadi lembik sangat sampai pecah.

bila dah rendam susun cantik cantik dalam tray atau bekas simpaanan, atau tupper ware, ikut suka hati, ikut kreativiti masing masing lah. 


jadi macam ni kalau guna biskut marie, kalau boleh gunalah biskuthup seng, bila susun sama rata je takde lubang lubang jahanam macam atas ni, tapi adik aku paksa guna biskut marie. katanya hup seng takde rasa. ikut suka kau lah dik 

3)  sekarang dah boleh ambil kembali, gaulan cream cheese dgn susu pekat yang diabaikan tadi, sapu elok elok atas permukaan biskut biskut yang telah disusun tadi. jangan berkasar. sapu je dengan tenang kalau tak nanti buruk. 



4) lepas dah sapu cream cheese tadi, tibalah masa untuk sekalian oreo untuk beraksi. sebelum tu, oreo tersebut haruslah dipecah pecahkan menjadi kecil kecilan. kalau aku aku guna lesung batu tu tumbuk badan badan mereka sampai hancur. korang nak guna meriam punb oleh kalau nak hancurkan oreo, jimat masa dan tenaga. lepas dah hancurkan, boleh dah tabur oreo atas lapisan teratas iaitu atas cream cheese tadi.




5) lepas tu korang boleh susun balik ikut step 3 , ikutlah korang nak buat berapa lapisan pun. ikut selera dan kegilaan masing masing. biasanya aku buat sampai oreo tu boleh letak dua kali lapisan. nanti potong adalah bentuk kek sikit sebab nampak tebal. yang penting di lapisan terakhir wajib letak cream cheese kembali dan disinilah grated cheese itu berfungsi. taburkan ianya di permukaan terakhir supaya menutup segala celaan celaan cream cheese tadi. 


oh dan jangan gelojoh! dah siap semua simpan dulu dalam peti ais semalamam. nanti dah semalamam bila potong rasa senang dan makan rasa sejuk dan enak gilaaaaaaa. dengan izin Allah. ha lupa, sambil sambil buat tu bacalah selawat banyak banyak sikit. menggaul je baca selawat, susun biskut baca selawat, in shaa Allah menjadi. okay kawan kawan?

hasilnya?


ni la hasil dia kalau potong lembik lembik

yang ini masa dia keras sedang sedang , 


all the best kepada yang ingin mencuba!

assalamualaikum : )

05 September 2013

Tentang fakulti

assalamualaikum,

*mengira*

oh lebih kurang 4 hari lagi sebelum kuliah bermula. to be honest. i don't feel like coming back to Shah Alam. The past semester has brought me so many tears, it was so miserable. it affects my study and i don't feel like i belong to the faculty. The only thing that makes me survived during the final moments is my housemates. They gave me endless supports, they lend their ears,  and now im all teary lah macam ni teringat kembali. Haha


The faculty and the people beneath it. I feel like i don't have friends there. Of course i do have friends. But the real one. i always felt emptiness whenever i come to classes or do an assignments. Macam mana nak terang eh. Macam kau bukan tergolong dalam komuniti tersebut. Macam tulah. Its like we become friends because there is something that tied us together. Tapi bukan macam kau boleh luah segala susah senang. Just, makan sama, borak kosong sama, tukang gelak dalam kelas. There is some awkwardness lah senang kata. Nevertheless some of them still helped me, and I'm very thankful to those people sebab sudi membantu.


Sebenanarrnya naklah balik shah alam. Muahahaha. Gila kau dah berapa bulan tak jumpa housemates. Hilang pengubat duka lara. Cuma taknak jumpa the people yang dekat faculty tu je. Macam sebab tadilah. No sense of belonging. But still, perjuangan harus diteruskan. Lagi tiga sem lepas tu dahboleh kahwin.

dah










boleh














kahwin.

















YEA!

29 August 2013

Jelajah Makam Makam Wali Songo (Yogyakarta, Surabaya)

bismillah,

sebelum memulakan bicara, ingin sekali aku berkongsi tentang ajaibnya kebetulan. haha. hari tu waktu kami adik beradik meluangkan masa dengan ayah aku, beliau menyuruh kami adik beradik membacakan cepisan cepisan karya yang didalam proses pembikinannya tentang "ibnu Batutta". Ibnu Batutta ni merupakan seorang pelayar dan pengembara agung yang diiktiraf dunia kerana hasil catatan catatan yang menakjubkan. Jadi, esoknya semasa aku sedang bekerja, aku perlu menyusun buku buku yang baru keluar untuk di-displaykan dan terdapat dua buah buku tentang "ibnu Batutta". dan aku ketika itu " oh ayah baru je suruh kitorang baca kuat kuat semalam!!" 

dan tadi pagi, aku yang baru pulang ke tanah air semalam dan terus bekerja pada hari ini, sekali lagi didalam proses penyusunan buku buku yang perlu disusun, ada duah buku tentang "senyumlah seperti Wali Songo" lebih kurang macam tu lah tajuk dia. dan saya sebegini terkejutnya " waaaaaaaaaah, kebetulan amat ini!" ke ke ke. dan aku juga aneh kenapa aku perlu merasa sebegini teruja dengan kebetulan kebetulan ini. seperti ada aumm. eh?



Perjalanan meziarahi makam wali songo ini mengambil masa selama 8 hari. Aku dan ibu tercintaku telah mengikuti rombongan dari Malaysia seramai dua bas ke tanah seberang ini demi mengambil barakah dan pengajaran pengajaran yang dapat membina jati diri sebagai seorang mukmin yang sentiasa mencari redha NYA. Sebelum itu, engkorang pasti ada yang tak tahu apa itu wali wali songo bukan? Nah.... disini aku kabari 

Apa yang otakku dapat imbas kembali apa yang dapat ku serap,sewaktu jelajah, adalah wali songo yang ada kesembilan semuanya ini merupakan wali wali yang terakhir dan mempunyai hubungan berkait rapat dengan para para wali yang asal iaitu wali wali yang dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah ke tanah jawa untuk menyebarkan Islam. Mereka merupakan orang orang yang begitu pentingnya dalam penyebaran ajaran islam yang pada ketika itu di tanah tanah jawa didominasi oleh ajaran Hindu Budha. Dan dah namanya pun Wali, mereka dikatakan mempunyai hubungan yang terus dengan Rasullah s.a.w dan mukaramah serta barakah yang Allah berikan kepada mereka sangat tinggi sehingga mereka mampu mengadakan pelbagai keajaiban. Contohnya didalam kisah kisah yang tercoret dalam sejarah mereka dapat menukarkan pasir kepada beras, menjadikan air laut kepada rasa air tawar, dan pelbagai pelbagai keajaiban lagi yang semsetinya di-izinkan oleh Allah s.w.t untuk memberikan pengajaran dan bukti terhadap ke-besaran Allah.

Jadi demi mengambil sedikit keberkatan yang Allah telah berikan kepada mereka, kami menziarahi makam makam ini disamping berdoa dan berzikir di makam wali wali songo ini dan semestinya doa dan zikir tersebut hanya pada Allah. Cuma mengambil sedikit keberkahan yang ada pada mereka.

"Walisongo" berarti sembilan orang wali. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, serta Sunan Gunung Jati.

jadi disini aku selitkan beberapa kenangan kenangan gambar yang ada sewaktu menjelejah di tanah jawa. 






Seperkara yang aku ingin kongsikan tentang pengembaraan kali ini adalah ahli ahli rombongan ku yang begitu zuhud dan alim terhadap Allah s.w.t, setiap masanya zikir, zetiap masanya fikirin Allah. Hatta naik beca, naik kereta kuda pun berlumba lumba memuji Allah yang Esa. 

Dapat dilihat dari segi pemakaiannya juga begitu, begitu menutup aurat, begitu menjaga segala yang harus dijaga. Yang perempuannya ada yang berkata " malu laa nampak dahi" sampai pakai purdahnya nampak mata ja. TT . aku pula colourful mengalahkan pelangi. Ha ha ha. Ada sewaktu ketika, seorang kanak kanak yang masih berbelasan umur tahunnya sedang memakaikan pakaian kepada anak buahnya yang masih belum setahun sambil menyanyi " siapa suruh pakai stokin? Allah...." tskk. Sentap lah. sentap . hahahahaha. Semuanya pengajaran dan teguran dari Allah. Allah hadirkan diri ku dirombongan ini kerana Allah sayang/ Sebabnya? Aku pergi kerana dipaksa Mama yang menggunakan kuasa vetonya. Bahahaha/ Tapi sungguh apa yang aku dapat pelajari amatlah berharga. Pengalaman yang tak dapat dengan senang wenangnya.

Harus bermalam di bas kerna jarak antara makam bukan dekat. Ada yang berbelas belas jam, ada yang berjam jam. Hotel pula kami singgahi hanya untuk tukar baju dan lelap sebentar walaupun bayar penuh, kena daki Gunung Muria, kena tak mandi dua hari, hahaha pengalaman weh pengalaman!









Sewaktu sampai di Puncak Gunung Muria berpeloh peloh kau 












itu sahaja yang dapat dikongsikan! 

assalamualaikum :)

12 August 2013

penganceee (bahagian terakhir)

jadi sebagai misi menjadi manusia yang tidak suka bertangguh aku nak habis kan penceritaan berada di peranciis bahagian terakhir di  alam tanpa sempadan ini. tanguh lama lama nanti dek tiba tiba terhantuk bucu di meja tak ke naya kalau tiba tiba lupa ingatan?

jarak antara hotel yang kitorang duduki dengan jarak eiffel tower agak jauh jadi kami berangkat ke sana dengan menaiki keretapi bawah tanah. sebenarnya pelbagai pesanan dan amaran telah diberikan bahawa orang orang yang tinggal di perancis ( walaupun tak semua), suka mencuri secara senyap dan mampu dipanggil penyeluk saku professionals .kasihan rakyat perancis" kerana nila setitik rosak susu sebelanga" perkara ini tidak dapat disangkal lagi kerna terdapat seorang ahli rombongan kami  duitnya telah dicuri tanpa disedari oleh segerombolan remaja perancis. tak sekarang ni masalah dia kenapa macam berita sangat gaya penulisan aku ni. gampang betul bahahahaha.










masa dibawa ke tempat atas ni aku tak tahu apa benda sumbangan yang bangunan di belakang poster biru ini wujud di atas muka bumi. (rujuk gambar di bawah untuk gambar yang lebih close up. ) jadi disebabkan sifat tidak keprihatinan aku disana yang main ambik gambar je without tahu apa significant nya tempat tu, aku pun mengambil sifat ilmiah yang masih wujud dalam diri demi menjadikan blog ni nampak sikit berilmiah aku pun sennag hati  mengoogle " via vatores quareit" malangnya wikipedia tak ada pun menafsirkan apa apa. ni nak buat aku keliru lah ni .  tapi nasib baik aku suka tengok conan. jadi aku menyelidiki poster / kemah sementara di atas dan mendapati dibawah 850 avs years tu tertera perkataan "notre dame" dan wikepdia pun menyatakan 

 Notre-Dame, is an historic Roman Rite Catholic Marian cathedral on the eastern half of the Île de la Cité in the fourth arrondissement of Paris,France.[2] The cathedral is widely considered to be one of the finest examples of French Gothic architecture and among the largest and most well-known church buildings in the world. The naturalism of its sculptures and stained glass are in contrast with earlier Romanesque architecture.
maigad. wikipedia broh wikipedia. bahaha. face palmbetul dah bebrulan bulan lawat tempat notre dame ni baru tahu ianya adalah church yang terbaik dan antara terbesar di dunia. tapi err.. er... em. oklah next. 


inila church nya. kita orang islam tengok je tak teruja pun . 





menunggu keretapi datang menjemput kami  untuk ke tempat berikutnya iaitu eiffel tower.



punya lah teruja, belum sampai dekat dah start ambik gambar. bahahaha this is eiffel tower everybadyh. aku rasa yang teruja dengan eiffel tower ni perempuan je . yela adik aku insan masa sampai sana dia kata " weh, ni je ke? apa ni? apa yang specialnya? " aku pun tak tahu nak jawab apa yang specialnya dengan eiffel tower ni. eleh . padahal adik aku ni kalau nak tahu selain gambar terbnyak di eiffel toer dimenangi aku, dialah no. dua. gebang je. kakaka. merujuk kepada persoalan adik aku tadi,  melalui apa yang aku dapat observe ketika melayari tumblr atau menonton tv bukankah eiffel tower ni adalah lambang kepada "romantik" err macam lebih khusus kalau nak bercinta gitu lah. ke engkorang nak aku wikipedia sekali lagi ni? bahahaha. apa tah lawak nya sampai nak bahahahahaha? bahahahha. okay bah hah. 





 Eiffel Tower (French: La Tour Eiffel[tuʁ ɛfɛl]) is an iron lattice tower located on the Champ de Mars in Paris, named after the engineerGustave Eiffel, whose company designed and built the tower. Erected in 1889 as the entrance arch to the 1889 World's Fair, it has become both a global cultural icon of France and one of the most recognizable structures in the world. The tower is the tallest structure in Paris[10] and the most-visited paid monument in the world; 7.1 million people ascended it in 2011. The tower received its 250 millionth visitor in 2010.
so that is eiffel tower is all about. dan aku juga diceritakan disana bahawa bangunan bangunan disekeliling eiffel tower ni tak boleh melebihi berapa kaki tah. supaya apa? supaya eiffel tower ni boleh ternampak dari jauh even dari rumah kau pun. sekarang cubalah pandang luar tingkap mesti nampak eiffel tower. haaa. biasalah selain dinobatkan orang kedua paling hambar antara izza hazira, aku juga selalu digelar suka membuat lawak bo-***. 





















eiffel tower design dari jarak dekat atau di bawah perut eiffel tower


monalisa buat gambar peace ni boleh dapat dekat paris je.



 ni lagi satu bendalah aku tak tahu apa dia punya significant. sekarang nak wikipedia pun aku tak tahu nama dia apa. tapi yang lutsinar triangle ni kalau tengok dari bahagian atas akan jadi seperti ( rujuk gambar bawah), selain itu. gambar diatas, disebelahnya terletak museum yang menempatkan gambar asli "monalisa" tapi kami tak lah beratur nak beli tiket masuk dalam. sebab kami rakyat malaysia ada "monafendi" jadi kenapa perlu teruja dengan perancis punya "monalisa" ? 




















krik...krik....



ha! lutsinar triangle ni seingat aku diceritakan merupakan the center of bandar tu. kot.. itu je aku ingat.


  cantik betul bangunan bangunan di sekeliling ni. rasa nak peluk peluk




mengakhiri penulisan kali ni aku hadiahkan adegan romantik aku dan asfia.

adios assalamualaikum! ^^



10 August 2013

perasaan setakait ini



semenjak menjak aku kerja dekat kedai buku ni,
banyak benda betul aku dapat pelajari.

1. manusia manusia yang datang bahagian 'self help' adalah memang manusia memang yang perlukan pertolongan dari segi adab. kau tahu tak. benda takat tengok buku tu kalau tak letak tempat dia balik dan main tempek tempek atas bawah buku lain bukan ke memang kshidfjdfdfj. dan setahu akulah orang yang ke bahagian self help ni adalah orang dewasa dan bukannya kanak kanak yang memerlukan buku seperti "300 ways to be happy" "the power of positive thinking " "law of attraction" bagai  dan sebagainya. ada ke? ada? tak ada. yang diorang pergi cari buku boboi boy adela. 

2. bahagian 'children'. ni memang bahagian yang aku cuba teramat amat cuba taknak jejak sebab aku cepat stress. aku stress bila aku nampak buku buku yang budak baca ramai ramai atau berseorangan dan diorang buat buku buku tadi macam longgokan baju seminggu tak basuh. tapi takdir. aku memang sellau kena suruh buat kerja dekat bahagian tu. sebenarnya tak ada orang suruh pun buat. inisiatif diri je. 





tapi yela. hidup ni ertinya mengajar. hari ni aku punya fed up dengan budak  budak tu sebab aku tengah pening nak cari ruang kosongd alam shelves yang memang dah tak muat tapi stock buku alat alat children hari hari masuk sebab ingat kedai buku ni besar agaknya macam padang bola. phew. jadi apa aku buat?

imbas kembali....

dua orang kanak kanak perempuan memakai tudung sedang berlumba lumba pot pet pot pet bercerita tentang kehebatan yang buku mereka pegang. aku pandang mereka lama lama. pandangan yang bukan kosong. aku ibaratkan dalam minda aku, aku ingin melontarkan rasa jengkil aku dengan pandangan tersebut. harap harapnya sampai. 
hem. 

mereka pandang aku kembali. aku pandang mereka. tajam. tak berkelip. lama lepas tu perlahan lahan diorang letak buku yang mereka pegang. letak merata rata. ya maacam kau dah habis makan aiskrim paddlepop lepastu plastik tu kau buang bawah lantai. padahl terang terang ada tong sampah didepan. manusia. suka melawan apa yang baik. fitrah orang kata. 

lepas diorang dah pergi. aku pun mengagahkan diri susun buku yang diorang buat macam plastik asikrim paddlepop tadi. tak lama lepas tu! datang balik woi. datang baliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik . tak lama kedengaran suara emak diorang memanggil mereka. berlari lari mereka ketakutan sampai buku yang diorang pegang tu diorang campak atas lantai.

aku memang waktu tu dah berasap habis,
aku cakap terus terang " eh apa main baling atas lantai ni!!" aku tarik nafas berulang kali. rasa nak ambik wudu . lepas tu aku tengok balik atas lantai ada tak buku yang diorang baling tadi. tak ada. tu maknanya sampai lah amarah aku ke diorang lalu diorang tak lupa untuk kutip dan baw alari bersama dalam ketakutan dipanngil ibu mereka.


nampak dekat sini aku ni cerewet dan bitchie kan? eh engko orang cuba duduk dekat tempat aku. bayangkanlah kita dah susssssssssssssun cantik kemas teratur tiba tiba ada orang buat onar pulak sesedap dia? walah walah. perbandingan dia senang cerita macam kau baru beli rumah baru dan dah siap decorate semua cantik letak wallpaper letak lampu bersinar sinar bling bling pasu lima ribu semua, sekali waktu hari raya datang kawan kau ada anak kecil 10 orang buat pesta keramaian. habis air tumpah, pasu pecah. eh tak nikmat kan? tak... 

tapi dah namanya kedai buku . takkan lah nak expect buku semuanya teratur. takkanlah nak expect buku tu tak boleh dipegang atau dibaca. takkanlah nak expect manusia ni semua tawaduk beraqdab punya akal panjang. lagi lagi budak sesuci yang tahu meriah dan gembira pabila melihat warna warni di kertas yang dibukukan kan? what to expect when you are expecting ?

jadi aku ni sebagai pekerja kenalah pasrah dan terima seadanya. dah nama pun pekerja, takkanlah nak duk bersenang lenang kan? takkanlah cik abang oi. hah hah hemmmm..


" bila kita kurang berharap, kegembiraan itu lebih senang dikecapi "  

Life would be less complicated if we stop expecting.

- diambil dari ayat yang aku pernah baca kat tumblr . muahaha

okay assalamualaikum, ini hanyalah luahan yang penuh dengan negativity, jangan diserap yang negatif, ambil yang positifnya ajah walaupun takde positifnya melainkan "assalamualaikum" itu tadi. muahahaha

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...