14 November 2016

Trip ke Sabah 4 hari 3 malam bersama ibu mengandung yang semput!

Haha, haiii Assalamualaikum..

Hari ni tengah nak tunggu lunaskan basuhan basuhan hasil percutian ke Sabah, bolehlah mak buyung ni simpan cerita buat hari tua untuk dikenang..

Sebenarnya, tiket kami pergi Sabah ni hasil tajaan (hadiah kahwin) kawan hubby.. Dia dah bagi masa kahwin dah.. Tapi tiketnya bulan 11 baru dapat pergi!! Hahahaha mesti dia tak sangka begitu cepat aku akan mengandung... Alhamdulillah walaupun usia kandungan 7 bulan.. lepas je nak naik flight dengan ada tipu tipu sikit. Hehe..

Sedikit informasi.. Kalau ada ibu ibu mengandung yang nak naik flight, boleh. Tapi kandungan mesti 28 minggu ke bawah.. 28 - 35 minggu kena ada surat doktor.. Dan lepas 35 minggu, makanya HARAM lah bagi mu untuk menaiki kapal terbang..

Kandungan ku sebenarnya dah 31 minggu waktu naik flight hari tu.. Tapi disebabkan ada surat doktor (doktor itu, ibuku) yang kata kandungan ku 27 minggu maka mudah je la proses naik flight.. Cuma ada kena isi borang sikit sikit je..

mandatory picture masa inflight hehe

Berbalik pada trip ke Sabah, hari yang kami berangkat ke Sabah itu adalah HARI JADI SUAMIKU YANG TERCINTA.. makanya, dia jadi macam birthday trip lah jugak.. Hehe.. Tak sambut yang special special pun untuk hubby.. Maaf hubby...Sobsobs.. Cuma buatkan dia video hari lahir.. (dimana dia menangis, dan aku juga menangis melihat kenapa suamiku yang cool sentiasa itu menangis) Okay tiba tiba sebak.. Haha.. i love you Muhammad Rabani!! and yes!! the world need to know it Haha..

Kitorang sampai KK dalam pukul 2 lebih macam tu, kereta sewa sampai dalam pukul 3.. Kalau pergi sabah ni eloklah sewa kereta sendiri dari mentaxi.. Jimat pun jimat.. Rate kereta sewa kitorang ambik Viva Auto harga rm90 sehari.. Sebenarnya kalau rajin cari ada je lebih murah.. Jadi pandai pandailah  mencari.. Usaha tangga kejayaan!!

Dapat je kereta sewa paksa hubby cari Secret Recipe.. Birthday day takde birthday kek tak hari jadilah kan! haha.. Makanya lunch kami hari tu adalah di Secret Recipe di KK..





Makan special sikit sempena birthday....

Lepas dah makan dan lunch apa semua barulah kami bergerak ke Kundasang dimana tempat terletaknya Gunung Kinabalu... Dekat Kundasang ada dua hotel yang kami dah booking... Hotel Hotel yang kami duduk ni semuanya hotel hotel yang viral orang share kat Facebook.. hahaha.. Dua dua hotel view lawa.. Bilik pun not bad jugak,,Kejap lagi mak buyung share sekali dengan gambar k..

Perjalanan ke Kundasang ni mengambil masa 2 jam lebih kurang bergantung pada cara pemanduan.. Jalan nak naik dia macam jalan nak naik Cameron Highlands berliku liku berpusing pusing,, Dan kalau memandu waktu malam kena extra careful sebab KABUS dia berganda ganda lagi mencabar dari Cameron punya,,, Sampai susah la nak nampak jalan sebab kabus tebal sangat.. Baca doa banyak banyak semoga dipermudahkan urusan dan selamat sampai okay..

Tempat Penginapan Pertama yang kami singgah, adalah di Hounun Ridge Farmstay..(boleh search kat facebook) Jalan nak ke Homestay sini pun agak berliku tak macam hotel hotel yang lain sebab biasanya hotel hotel yang ada di tepi jalan sahaja.. Nak ke sini, kena hadap lagi jalan yang turun naik turun naik plus jalan dia sangatlah tak lawa dan berlubang lubang.. Tapi semuanya berbaloi... sebab....

1) Boleh nampak view 360 yang cantik gila SubhanAllah, dan nampak Gunung Kinabalu dengan dekat!
2) Tempat yang sangat privacy, tak bising.. unless orang orang yang datang menginap itu sejenis suka membuat kebisingan.. hahaha
3) Ada cafe, boleh order makanan panas, ada tempat masak dan barbeque
4) Staff friendly, and bilik kemas tandas bersih .. 
5) banyak pilihan bilik.. ada dormstay kalau datang dengan geng geng and nak bajet..boleh camping..tapi tak taula sekarang camping tak dibuka lagi..

 Receptionist
 Ruang legar di Tingkat 2
 Our Room for the night.. RM80 sahaja sebab weekdays lagi.. Cosy bed..
 Full image of the homestay
 Us.....hehe..
 Gemoknya daku usahlah dipertikaikan lagi..
Pose wajib sebab tak tahu nak buat pose apa lagi.. ahahaha.
 Makan malam kami di Cafe Homestay... Maggi tu prepared beli tepi jalan sebab ingatkan tak jual makanan panas.. 
Smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Lepas makan malam kami pun beransur ke bilik sebab memang penat.. Apa sahaja aktiviti melibatkan seorang ibu mengandung sangalat penat walaupun aku ni duduk sahaja tak drive pun! haha.. Lagipun sini subuh awal.. Dalam 4.50 macam tu dah subuh, dan dalam Pukul 6 dah terang. 

Satu lagi tips kat Kundasang, adalah dengan bangun awal pagi.. Sebab view view lawa hanya di waktu pagi sahaja.. Dari 6 hingga 9 Pagi.. Sebab nya 9 ke atas atau rezeki masing masing lah kan.. Pukul 10, 11 view dah tutup dengan kabus.. Sedih wooo kalau view tutup.. Nampak kabus je.. HAHAHA..

Hari second kami sepatutnya nak pergi, Kinabalu Park, Desa Cattle Fairy Farm, Nak pi Hot Springs kat Ranau dengan Luanti Fish Spa.. Tapi disebabkan aktivitti kami ni masa dia agak slow.. (sebab akulah itu!) makanya kami hanya ke Kinabalu Park, Botanical Garden, Desa Cattle Dairy Farm dan Crystal hill sahaja..

Nak habiskan semua tempat sebenarnya dalam hari kedua tu.. Sebab hari ketiga ingatkan nak pergi balik Bandar balik sebab nak pergi pulau pulau di Sabah.. tapi disebabkan tak dapat cover semua tempat dalam satu hari..terpaksa la berada di kundasang lama lagi dari kk.. dan tak dapatlah nak pergi naik bot mandi manda di pulau... Sedih!! I loveeeeeeeeeee mandi mandi..

Hari kedua lepas check out dari Hounun tu..kami terus pi Kinabalu Park.. Masa tu masuk sekejap je.. ambik gambar sikit then keluar balik sebab mak buyung hampir pengsan (overrr) disebabkan kelaparan tahap ape dah.. Hahahaha.. 

Kinabalu Park
 suamiku suka melompat...hahaha
 belakang tu gunung Kinabalu tau...bukan Broga..hahaha k  tak lawak..
subhanAllah..


Susahnya kat pekan kundasang ni adalah limitednya kedai makan.... Kami decided nak makan kat Puteri Nabalu, harga agak pricey sikit tapi berbaloi baloi sebab lapar dan sedap.. Hehe.. Restaurant ni ada JJCM punya frame..agak ironi sekali sebab kedai makan tak banyak disana! hahahaa

 saya dan baby punya... RM15
Hubby punya.. rm10 kot ni..

Lepas breakfast je, kami terus bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm. Tak jauh pun dari pekan Kundasang, dan sampai sampai je terkejut sebab ramai gilaaaaaaaaa orang.. Terus mak buyung takde mood dan tiba tiba penat.. HAHAHAHA. Nak ambik gambar macam mana.. everywhere orang.. Ehh biarlah depa,, Haha.. Yela.. sebab baru Jumaat kan.. expectation tu macam hemm mungkinlah tak ramai orang. Sampai sampai je sana.. dengan matahari teriknya sakit kulit (walaupun sejuk) terus nak masuk dalam beli aiskrim dan duduk (lepas ambik 1/2 gambar)..Habis makan aiskrim nak keluar tu PFTTTTTTTTTT,view dah takda...takda langsung.. Tak nampak apa.. Nampak kabus je.. Putih menyelebungi kawasan.. Jadi kami decide pergi esoknya lagi dan kali ni datang lebih awal.. Masa tu dah pukul 10- 11 pagi macam tu.. Balik dengan kecewa.. hahaha 

 aiskrimmm dia sedaaaaaaaaap sangat! walaupun aku tak minum susu.. tapi...hahahaha
sebelum dilitupi kabus dan tempat yang takde orang hanya disini...

Harga masuk ke sini RM5 seorang... Bukak dari jam 8 sampai 5 petang.. Bestnya kalau diorang bukak dari pukul 6 ke 7 ke.. Mesti dapat view Kinabalu dengan lebih mantopp.. Hahaha.. Tapi best lah sini.. sebab ada jual susu pelbagai perisa..yogurt..puding..tshirt2..aiskrim..pizza and hotdog..

Lepas pergi sini, kami decide nak pergi Crystal Hill sebab nak tengok view pekan Kundasang dari atas.. Pergi sini pun sebab baca baca orang kata view dia lawa...Jalan nak kesini pun berliku jugak.. tapi okaylah, tak jauh sangat.. Odw nak pergi sini nampak pulak Masjid dah alang alang tu suruh hubby solat Jumaat jugak walaupun tengah bermusafir.. hahahaha.. Aku pun dapat lah solat and dengar khutbah sekali.

Crystal Hill
 Kalau tak berkabus bolehlah dapat pakej pekan dilatari Kinabalu..tapi tak dapat sebab dah tutup..

Lepas tu ke sini, kami singgah solat dan ready untuk check in Penginapan Ke dua iaitu di Nik Gold Garden Hotel.. Hotel ni korang boleh booking through Agoda, tapi hotel kat sini takda reception area so make sure kena call dulu respective person yang bertanggungjawab..Jangan risau..diorang friendly dan senang berurusan.. Bestnya hotel ni sebab dia privacy jugak..sangat sunyi... Jalan nak masuk pun mcama curam jugak... and oleh dapat view Kinabalu yang terasa sangat dekat depan mata..memang Superb.. Rate harga weekend masa book tu RM129 per night...


ni biliknya...
 area hotel waktu malam.. 
 sunrise yang hubby tangkap.. hehe

 cantik kan..... hemmmm subhanAllah
 area rehat boleh berbarbeque..
depa ada tanam sayur2 macam ni jugak.. menyejukkan mata..

Bilik yang kitorang booking (agak last minute juga) dapat twin bedroom... Keadaan bilik masa kami masuk tu bersih sikit lah.. cuma katil macam ada bekas serangga sikit.. dan tandas kami leaking.. Masa leaking tu waktu malam.. teruk jugak..Cakap dengan hubby takpelah hubby, esok nak keluaq dah.. Tapi hubby cakap jugak dengan orang tu dan terus kami dapat tukar bilik yang baru.. Padahal dah nak tidoq dah waktu tu.. HAAHA...Overall memang cantik tempat dia,, ada kolam ikan...banyak tanamana.... cuma takda food center.. Jadi make sure kena bagi perabih kenyang dulu perut baru balik hotel okay..

Lepas je check in keluar balik untuk ke Kinabalu park lagi...sebab dah tak tahu nak pi mana.. Nak pi Hot spring dah satu jam perjalanan.. dan hari pun dah lewat waktu tu... Jadi kami masuk balik Kinabalu Park and explore tempat tempat disitu.. Pergi Botanical Garden and Pintu masuk pendakian Gunung Kinabalu,,


Botanical Garden




 dapat minum air sungaiii... rindu terubat! sikit....sobsobs...
Muka sedih tak dapat naik Kinabalu....

Lepas tu kami pun pulang ke Hotel sebab hari dah nak gelap.. dan aku pun kepenatan sangat sangat.. Botanical garden ni kena jugak panjat panjat sikit.. Dapatlah exercise sikit sikit..Huhu.. Malam tu nak keluar cari makan... dengan sejuknyaaaa.. Air kat tandas pun macam air Ais.... sejukkkk everywhere... hahaha.. Tapi satu je sleknya Pekan Kundasang ni memang macam bandar yang tak hidup.. Kecik je pekan nya.. Pergi kedai makan pun banyak yang takda.. Haahaha.. Kedai makan pun tak banyak sangat... ke kitorang yang tak nampak.. Depa rajin masak sendiri kat rumah kot...huhuhuu...Hubby nak makan kfc (yaa kfc ja paling maju disitu hahaha) tapi kita cakap kat dia jauh jauh pi sabah nak makan kepci jaaaa? Pastu dia balas balik.. KFC sabah mana tahu lain.. hahahaha..

Nasi goreng daging yang penuh dengan daging RM6

Hari ketiga.

Kami masih di Kundasang, dan hari ketiga ni kami pergi balik Desa Cattle, Hot Springs di Ranau dan Luanti Fish Spa juga di Ranau.. Dalam 1 jam lebih perjalanan juga ke sana.. Yang ni gambar gambar before check out di hotel... Nice background and view...






Desa Cattle Dairy Farm
Kali kedua pergi puas hati jugakla.. sebab dapat jugakla tangkap gambar dengan view walaupun takbukak penuh.. Kami datang belum bukak pun lagi tempat tu! hahahaha.. Kali ni dapat bagi makan lembu... lembu pun dekat. dapat rasa Susu Coffee yang tak rasa coffee!Thankyou hubby paksa minum.. sedap! and dapat makan hotdog cheeseeeeee yang marvellous!

muka happy...
 cair tengok husband sendiri... hehee
 gituuuuuuuuuu

maternity photoshoot saja


 hubby suka bagi orang makan...lembu pun dibaginya hahaha


Lepas tu kami pergi ke Ranau untuk naik canopy walk di Hot Springs.. Jem jalan masa tu.. tapi aku dah tak larat (loll) dan tertidur sepanjang perjalanan.. Tiba tiba hubby kejut kata dah sampai.. Cian hubby ite... drive sorang sorang takde penghibur (padahal dia okay je! hahahaaha!) Kat Hot Springs ni semuanya berbayar... hahahaa dalam Hot Springs Nature ni ada mandi air panas, ada taman rama rama, ada waterfall apa entah, ada canopy walk.. dan pelbagai lagi..Nak masuk setiap tempat ni ada bayaran nya.. Kamera pun kena bayar jugak.. HEHEHE.. Bayaran masuk area ni rm3, nak masuk canopy tak ingat berapa rm.. Tapi sebenarnya nak naik canopy walk ni kena hiking sikit! loll.. Tak terfikir pulak aku waktu tu..yelah dah nama pun canpoy walk mestilah ditempat tinggi, dan mestilah kena memanjat bukan? hahaha so noob. Alhamdulillah takde apa pun rasa nak terberanak masa naik tu.. Baby behave sangat. Thankyou baby... Cuma nak turun je ada rasa sakit sakit..

hahahaahahahaha... Hubby boleh buat muka serius hadap muka tidur ku yang astaghfirullah nau'uzubillah tu.. 

Hot Spring 

nak mandi nak mandi!!


 dengan laparnya... naik jugakla...hahaha






Ada 5 jambatan semuanya... Naik yang pertama acah acah je berani goyang goyang jambatan tu.. Sekali jambatan ke dua..pergi tengok bawah tiba tiba gayat!! hahahaa! Lepas dah turun apa semua ingat nak pi waterfall ape ke nama.. tapi kena trekking lagi dan disebabkan kami belum lunch dan aku sudah menggunakan banyak tenaga untuk hiking,makanya kami decide untuk pulang sahaja dan menuju ke tempat lain...




Tempat Luanti ni dari Poring Hot Springs tu dalam 30minit ke 40minit.. Berbaloi? Emmm yes..kalau anda sukakan ikan... tapi disebabkan aku dah penat aku rasa macam biasa biasa je.. Tapi okaylah not bad sebab first time dapat rasa ikan banyak banyak mai hisap kaki.. geliii sikit..Dekat sini ada jual makanan panas, goreng goreng apa semua..

Yang best Ranau ni pekan dia lagi maju dari Kundasang.. Banyak kedai makan.. Stesen minyak pun yang setara dekat bandar punya.. Kalau kat Kundasang tu alahai kesiannya.... satu je stesen minyak dengan tak majunya...Tak tahu kenapa kawasan sana tak dibangunkan sedangkan tarikan pelancong yang ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kot! Pembaziran sungguh.. Kalau dimajukan mesti penduduk sana dapat kerja , dan pendapatan..

Selepas ke Luanti, terus sahaja kami berangkat ke Kota Kinabalu balik..Dah siap siap check out kan... Perjalanan dari Ranau ke KK ni bolehlah dalam 2 jam setengah.. Di KK kami menginap di hotel Tabung Haji.. lebih kurang 10-15minit je pergi Bandar.. Hotel TH ni sangat recommended sebab sangat islamic... Dari segi bilik, dan persekitaran..Boleh dengar azan setiap kali waktu solat, ada alquran, ada doa everywhere. Rate pun berbaloi baloi... Dapat breakfast lagi.. Last minute booking jugak hotel ni rm13+ selepas diskaun dari rm17+... Book dekat Agoda jugak

 soooooooooo nice kan!
they got big mirror like thissss! hubby if you read this..i want one too pleaseee hehehe

Malam sampai tu mengagahkan diri jugak kena pergi makan seafood kat Pasar Filipin.. Ramai peniaga tepi kiri kanan berusaha nak ajak makan kat gerai diorang.. Akhirnya makan kat satu gerai ni.. Bolehla not bad,, Harga bagi aku mahal je... Tapi hubby kata okaylah tu hargannya.. Hubby kata lagi tak fresh sangat pun seafoodnya (aku sejenis tak reti rasa fresh ke tak ahahah main bedal je).. Tapi alhamdulillah dapat lah makan seafood sabah.. 

 butter prawn 4 ekor
 sotong goreng tepung..
ketam 2 ekor

Kami order 2 pinggan nasi, Air Jagung, Air kelapa satu biji semuanya RM84.... Hemmmm mahal ke murah? hahahaha.. Sebab baca ada yang makan 5 orang 100+ je sebab tu rasa gerai ni mahal.. Lagipun hubby ku jalan dengan isteri,, hahahaha semua dia kena bayar la tak boleh kongsi kongsi. Thankyou sayang.. semoga murah rezeki..amin..

Malam tu tidur dengan kepenatan sangat sangat.. Esoknya last day pergi balik Pasar Filipin tu sebab sederet tu ada jual barang barang kraftangan boleh buat ole ole la... KK sangat sangat laaaaaaaaaaaaa PANASSS sampai rasa energi dah habis hadap matahari.. Tiba tiba bersyukur tak dapat pi Pulau pulau kalau tak mesti penat gila dan muka burn.. HEHE..Then pergi singgah Centre Point Sabah kejap sebab adik aku yang gedik tu minta carikan gelang silver tapi tak kejumpaan. Pergi Airport, pulang kerete dan check in....


Haaaaaaaa tu diaaa penat aih.. menangis masa nak balik sebab mak buyung dah tak larat dengan tak selesanya duduk lama lama dalam keadaan sempit.. Baby pun banyak mengerassss rasa tak selesa sungguh..Perut dah rasa nak meletup sebab rasa macam besar sangat...

Apapun... terima kasih banyak banyak Allah bagi peluang jalan jalan buat kami dan jaga mak buyung dan kandungannya tak kasi ada apa apa, dan murahkan rezeki kami.... Alhamdulillah..Alhamdulillah,,,Alhamdulillah,,,Thankyou hubby.. bawak jalan jalan jaga mak buyung dan baby bagaikan menatang minyak yang penuh.. Thankyou mummy for your dua dan duit belanja (insists nak bagi jugak walaupun dah tolak habis habisan..) dan thankyou baby behaveee tak nak keluar lagi! hahaahhaha..

Tamat la sudah...adios! Assalamualaikum! #nakjalanjalanlagi #afterbabykeluarhehe #jomhubby









21 October 2016

and..... our baby is a...

Boyyy youuuu! Hahaha

Hai Assalamualaikum..

#ifyoucanseetheBebird lol

Parents instinct are always the best. Baby belum lahir lagi tapi kami dah ada instinct mak ayah sangat. Hahahaha. Memang selama ni rasa baby dalam perut ini bakal menjadi anak yang berjantina lelaki.. Walaupun mama kata dia 100% sure yang baby adalah perempuan sewaktu mengusap usap perut ku (it turned out that she wants a granddaughter hahahaha) dan juga makcik ku. You know... i want to believe my mom.. she is a doctor afterall and got 7 childrens already. So "experienced" in pregnancy la kononnya haha. Tapi tak taulah setiap kali mama sebut baby dalam ni perempuan, setiap kali kata hati kata "no it is not, it is a boy!". Walaupun sedikit la dalam hati nak kan baby perempuan sebab boleh pakaikan dia baju baju and accessories pink! ya Allah! Obsessed gila dengan warna pink haha.

Muhammad Rabani lagilah... Dia memang mahukan anak lelaki.. Hahaha jadi dia asik kata yang baby dalam ni lelaki.. Instinct ayah ayah sangat.. Hehe.. 

Jadi hari kejadian buat 3d Scan tu... Nervous jugak sebenarnya.. Nervous nak tengok baby..  Mama punyalah marah...katanya bahaya scan.. baby boleh hyperactive etc.. Lepas tu aku terpaksa lah google dan sumber sumber google kata tak bahaya pun scan baby, boleh tahu keadaan baby macam mana.. Kalau ada masalah kita boleh detect and prepare awal awal and so on. Yang bahayanya kalau Xray.. Lepas tu bagitaulah mama pasal tu...Respon mama kesayanganku...

"haaa haaa! percayalah sangat dengan doktor google tu! I know la i am an experienced doctor"

"kenapalah nak sangat scan.. tak sabar sabar ke nak tahu muka baby...tak surprised lah nanti etc etc" 

Lepas tu kita diam je la takmau berbantah bantah. Hehe. Jujur nak buat 3d scan sebab nak tahu kondisi kesihatan baby je dengan nak tau jantina. Taknak pun tengok muka dia... Biarlah rahsia sampai dia keluar nanti kan.. Hehe tapi ter- Tahu juga.. Hahaha

Masa scan tu, masuk masuk bilik doktor, doktor suruh baring terus. Uuu alamak doktor ni tak kasi peluang bertenang langsung. Haha. Mungkin sebab ramai patient kot. Memang ramai.... Appointment kami pukul 5.20...Dapat jumpa doktor dalam 6.30.macam tu.. 

Bila doktor start scan tu.. terus doktor kata

"alaaa...baby tak tunjuk muka la" 
"Maaf ya saya goncang sikit perut awak ni"

Lepas tu doktor goncang perut ku ni sampai aku speechless. Speechless sebab macam kuat gila doktor tu gegar nak kasi baby bangun.. Hahaha.. Mummy dia punya la jaga perut dari terkena gegaran..

Lama jugak doktor goyang goyang tu.. Rasa macam nak bagitau doktor, takpelah doktor.. Saya taknak tengok muka baby pun... saya nak tahu jantina je.. Tapi tak terbagitahu sebab seronok pulak tengok baby. Dapatlah tengok muka baby.. Alhamdulillah..

Lepas tu proceed nak tahu jantina...Tanpa memerlukan tenaga langsung, baby terang tang tang tunjuk jantina dia. Hahahaha. Lepas tu baru rasa lega sikit... Alhamdulillah its a boy.. Hubby kat belakang doktor dah senyum senyum dah.. Keluar keluar bilik dia kata

"SEEEE I TOLD YOUUU IT IS A BOY!! YAYY nak belikan dia baju arsenal banyak banyakkk"

pfttttttttt. 

Tapi kitorang sebelum tahu jantina memang dah treat baby as a boy.. Masa pilih nama pun berselera tengok nama nama lelaki. Ada satu nama ni aku suka sangat. Hubby pun suka sangat (i love you so much lah) hahaha. Jadi kitorang dah start panggil baby nama tu lagi sebelum tahu jantina.. Bila dah tahu tu.... hemmm asik dipanggil panggil je lah.. 

Dan dulu dulu masa awal pregnancy, dua kali mimpi lahirkan anak lelaki. Walaupun mimpi tu weird betul.. Haha.. 

Itu sahaja coretan pagi buta ni... Lagi sehari nak masuk 29 minggu.. Dan trimester ketiga bakal menjelma. Sikit lagi hari... In shaa Allah..

Doakan ya semoga semuanya dipermudahkan..diberkati Allah... Nervous dan sangat teruja nak dapat zuriat yang bakal Allah pinjamkan.. Semoga kami dapat menjadi mak ayah yang baik buat anak anak kami.. Dan anda yang membaca juga! Aaamin...

Adios! 

13 October 2016

SO TERUJAAAA!

Haiii Assalamualaikum  !

#27weeks


Nampak jer besor perut tu.. Tapi selalu insecure sebab tengok perut kecik je. Haha. Padahal dah nak masuk bulan ke-7.. Tapi perut yang kecil tak semestinya baby tak membesar atau tak sihat. Banyak je baca pengalaman ibu ibu yang insecure perut kecil, tapi baby keluar alhamdulillah sihat dan besar je.. Jadi Aqila... dont worry too much and keep praying ya ..   

Pagi tadi lepas solat subuh.. tengah nak sambung tidur balik sambil bersandar pada suamiku, gigihla cari balik facebook post yang dah ku saved. Post pasal 3d/4d scan muraaah berharga rm70 je.. Selalu scan ber d d d ni beratuih kan. Tengok review and orang komen pun semua kata best best.. Doktor peramah, bagi keterangan details etc... Tiba tiba je ada perasaan yang begitu terang, nak jugak scan baby.

Alhamdulillah terjumpa klinik yang menawarkan dengan harga murah dan okayla not bad dekat jugak dengan Bangi. So sebabkan nak save no tu saja la ambik fon hubby, save no klinik tu dekat fon dia. Masa tu beliau tengah tidur (atau pura pura tidur!) ahahaha. Lepas dah tengok tarikh untuk minggu ni masih ada, berharap nanti nak call untuk booking dan sekaligus tengok baby! Hehehe.. 

Tiba tiba tengahari tadi hubby call, dan tiba tiba tanya kandungan dah berapa minggu dengan hari Ahad ni tak buat apa apa kan. Suspicious betul soalan beliau "eh hubby nampak ke apa yang aku lakukan pagi tadi.."hahaha..

Sejam lepas tu.... beliau mesej ini..


SUNGGUH MENERUJAKAN BUKAN!?? AHAHAHHA..

Kalau tak faham simbol tu.. ianya bermaksud scan, 3d... hahahaha.. Thankyou so much suamiku... Yayy hari Ahad ni boleh scan tengok baby.. Harap harap lah baby tunjuk jantina dia.. Senang sikit nak beli baju baju ke barang barang dia.. dan bagi nama! Nak kena buat solat hajat ni.. hehe..

Thankyou Allah..
Thankyou husband..

Adios! muah! hikhik

09 October 2016

Hadiah kejutan buat suami

Haiiii Assalamualaikum!!

Ini kisah seorang suri rumah yang nak belikan hadiah untuk suami yang dicintainya. Semuaaaaa orang mestilah sebegitu bukan? Nak kena kerja keras, demi nak menlahirkan kebahagiaan untuk orang yang tersayang. Betul, duit bukan segalanya. Tapi segalanya memerlukan duit! Tapi jangan jadi mata duitan yaaaa.  Mintalah apa apa pun dengan Allah. Yang lain terserah pada usaha.

Jadi hari jadi suami ku bakal tiba pada bulan sebelas ini. Tapi aku tiada apa apa untuk diberi kepadanya. 

Aku bercadang mahu memberikan beliau sebuah handphone baharu. Kerana kasihan aku melihatkan handphonenya. Sudah agak agak hampir 2 tahun. Kadang kadang hang. Nak ambil gambar pun tak bernafsu. Jadi, Aku teringin SANGAT SANGAT NAK BELIKAN DIA SEBUAH HANDPHONE!!!! Keperluan > kemahuan.

Bukanlah beliau tak mampu nak beli sendiri, tapi dengan tanggungan yang itu ini itu ini, dan preparation untuk baby kami lagi nanti... makanya biarlah aku sahaja yang saving untuk beliau. Haha

Tapi memandangkan bajet ku hanya ciput, Target dalam rm500 ja 😭😭😭. Suri rumah ja gaissss.  Gigihla aku survey handphone yang bagus ada 100mp camera 1terabyte memory, processor laju bagai halilintar dan sebagainya tapi harga rm500. Memang dalam mimpi la jawapannya. Hahahaha.

Survey punya survey, baca blog itu ini, baca review, tengok youtube apa semua. Akhirnya aku berjumpa satu handphone yang menepati ciri ciri yang aku mahu. Jenamanya memang rata rata semua orang tak pernah dengar. Tapi dalam blog kata, para youtubers comment. 

"This handphoneee is so good for a budget phone! "




Tengok review pun okayy sangat sangat. Makanya aku nekad. Aku mahu belikan beliau Handphone Xiaomi Redmi 3s yang mempunyai fungsi

♡ 3gb ram / 32gb memory
♡ 13mp camera and 5mp front camera
♡ HD screen apetah
♡ Battery 4100 mh ka eh entahlah yang penting 2 ciri kat atas tu sudah membuatku jatuh cinta. 

Harganya pun
.
.
.
.
.
.
.

RM599 untuk 2gb/16gb memory

dan RM699 untuk 3gb ram/32gb memory. This one got fingerprints scan gaisssss!

Worth it right!! Tapi dah lebih RM100 dari bajetku itu. Huaàaaaaaaaaaa!! Jadi bagaimana????

Jadi usaha usaha yang aku lakukan adalah seperti di bawah. 

Bukanlah beliau mengharap sangat hadiahku. Tapi untuk membuatkan beliau rasa dihargai, kerana beliau terlalu menghargai ku.. apalah salahnya aku bekerja keras sedikit untuk

1) tidak menghabiskan duit bulanan yang beliau bagi, supaya dapat beli hadiah beliau. Hahaha. Tahukah anda semua aku mempunyai pelbagai 1001 barang yang aku inginkan (uolss pun) tapi demi kebahagiaan suami ku haruslah aku saving sebulan dan menahan nafsu untuk membeli makanan yg lazat lazat dan barang barang yang ku inginkan. Sebulan je pun! hahahaha

2) bekerja sebagai volunteer untuk satu acara di Sepang. Dan kerja itu memerlukan aku harus berdiri selama lamanya (acah je) di tengah terik panas (alhamdulillah ada khemah dan bumbung sikit ) . Suami ku membantah habis habisan, begitu juga dengan mama ku. Tapi apakan daya. Aku harus berusaha. Berusaha mendatangkan hasil. Jadi kerana terpaksa aku relakan. Alhamdulillah rakan rakan volunteer yang lain super caring terhadap mak buyung ini. Tolong bagi kerusi, tak bagi buat kerja (tapi kena la buat jugak), suruh duduk je dan marah kepada orang yg duduk di kerusi mak buyung! hahahaha 

Nak dijadikan cerita, betapa Allah nak bantunya niat seorang isteri ini. Tiba tiba kawan mama memberikan cash money sebagai hadiah kahwin sebanyak rm100. I AM MARRIED FOR 6 MONTHS ALREADYYYYY ahahaha thankyou auntie Umi for giving me cash gift at the right moment. 

Lepas tu, aku buntu. Aku masih kekurangan rm140 ringgit lagi. Tskkk bermacam macam cara aku fikirkan bagaimana nak cari duit lagi. Perlu tak pinjam mama? Bulan depan boleh ganti. Pinjam Asfia la, eh dia ada duit ke? Kalau minta hubby lagi 100 je aci tak. Hadiah tu untuk dia jugak. Hahahahaha. 

Tiba tiba esoknya lepas habis event volunteer. Kawan ku whatsapp kata kakaknya mahu membeli Herbalife. Sudahla masa tu aku baru habis mandi. Masa tengah mandi runsing mana lagi nak cari duit ni. Makanya aku minta betul betul dalam hati, pada Allah supaya murahkan rezeki ku.. 

Jadi bila dapat whatsapp tu...Astaghfirullah.. Alhamdulillah sangat sangat rasa masa tu. Murah rezeki hubby... Thankyou kakak kawanku yang beli herbalife tu. Akan ku consult kakaknya seelok boleh supaya mendapat berat yang beliau ingini.

Makanya cukuplah duit untuk membeli sebuah handphone bagi suamiku.

Tapi tiba tiba.

Aku tak jadi membeli handphone Xiaomi Redmi 3s tu. Sebaliknya, aku memilih untuk membeli Xiaomi Redmi Note 3 yang lebih berskrin besar, mempunyai 16mp, 3gb ram dan 32gb memory dan berharga sekian sekian. Memandangkan nak pakai lama kan. Alang alang beli, biarlah yang terbaik dan mampu menggembirakan hati. Makanya tutup mata ja la waktu nak bayar tu. Hu hu hu.


nampak elegan bukan?tehehe

Malangnya sekali. Xiaomi di Malaysia website nya asyik kehabisan stok sahaja. Dan mereka masih tidak mempunyai outlet yang tersendiri, sebaliknya hanya menjalankan perniagaan dengan Parti ketiga untuk para pelanggan mendapatkan handphone mereka. If the company needs employees,Gais.. Malaysia is the place laa..duh.

Dan salah satu Third party yang bekerjasama dengan Xiaomi Malaysia ni adalah Lazada Online Shopping. Bedebah betul. Dahla kat Lazada tu ramai gila sellers. Tak tau mana satu nak beli yang Original from Malaysia Set punya.

Tapi kalau uols nak beli handphone ni kat Lazada, bolehla pilih yg memang sell and fully authorised by Lazada sendiri. Dan tengok review review pelanggan. Ini sangat penting.

Aku beli bukan dari Authorised Lazada (sebab selalu out ofstock juga, dan jual kaler yang aku tak suka) tapi dari Seller yang lain. Banyak gila review beratus kata seller ni fast delivery dan terpenting sekali Ori Set Malaysia. Dan harganya lebih diskaun dari seller lain. Tapi tidaklah melampau diskaunnya. Kalau melampau sangat murahnya ketahuilah dikau itu Import Set. Hahaha. Jadi sepanjang menunggu handphone sampai ,aku tidak berhenti berdoa suamiku bakal mendapat handphone yang kualiti bagus dan Ori. Tskkkk. Nerve wrecking betul.

Punyalah seksa nak tunggu handphone tu sampai. Sebab aku ni jenis segala benda nak kena share dengan hubby ku tu. Tak reti nak simpan simpan rahsia. Haihh susahla senang cerita. Jadi proses pembelian yang berlaku terpaksa la aku hapuskan bukti buktinya, terpaksa sorok, sebab kadang kadang suami ku selalu main handphone ku ini. Kalau kantoi tak jadilah surprise nya. Kalau dia tengah pegang handphone ku je, mesti jantung ku berdetak detak takut kantoi. Hahahahahaha.

Setelah tiga hari berlalu dari hari pembelian , beli hari Rabu, sampai Sabtu pagi makanya aku yang tengah ketiduran di bawah menjaga Ali tiba tiba dikejutkan dengan bunyi loceng disertakan sekali dengan suara lelaki bagi salam. Sempat dalam kegugupun aku berharap itu abang posmen. Hahaha ternyata iaaa!

Dahla hari sabtu, hubby ku kena kerja pulak weekend itu. Makanya aku membuat keputusan untuk terus memberikan hadiah itu kepadanya walaupun birthday nya lambat lagi. Demi menggembirakan hatinya lah kekeke. Aku memang lemah bab bab nak simpan rahsia lama lama ni. Hadiah tu pun cukup duit terus beli sebab takut nanti terguna beli sushi di Empire Sushi. Lol. Sejenis manusia lemah godaan. hahahaha.

Dan kini, Alhamdulillah lega berlapang dada lah sudah hati ku ini. Dapat memberi sesuatu walaupun bukanlah apa apa, yang tak dapat dibandingkan dengan kasih sayang nya kepada ku..

Oh! dan alhamdulillah!! Hadiah ku itu sampai dengan kualiti yang memang Ori. Dah cek dia punya Ori dekat Official Website, kotak pun cantik sealed lagi dengan sticker Thorus. Everything was good. I hope my husband will love it la sejujurnya dalam hati.. Dia cakap dia suka ja bila ceq tanya depan depan. Haha.

Panjang betul entry ini.

Adios! Assalamualaikum :)





29 September 2016

Oh bantal....

Hai... Assalamualaikum..

Penghibur lara ku #almost6months


Semenjak menjak ni jiwa ku semakin kacau. Sekejap kejap menangis.. Nampak je aku ni okay kuncang kancip sembang di Twitter. Ternyata hidupan seharian nya penuh dengan tangisan..
Emm sometimes la sometimes. Haha

Ni mesti gara gara tidur malam ku yang semakin lama damainya semak
in hilang gara gara kesakitan pinggang yang tak dapat dikawal kawal lagi. Sebelum pregnant lagi dah dapat ku rasakan pinggang ku ini makin lama makin tak boleh nak bagi can buat kerja lebih sikit. Itulah.. dulu kuat sangat menggunung. Bawa beg berat berat. Rasakan lah kau. Rasakan!

Jadi bila pregnant ni kesakitan pinggang ku makin lama makin tak dapat nak dibendung apetah lagi dibawa berbincang. Selalu tak dapat tidur malam dengan lena. Kalau tak dapat tidur je tak mengapalah. Ni Tak dapat tidur, tambah lagi dengan tak selesa satu badannya. Baby pula semakin aktif menumbuk kicking kicking lagi. Takpelah, baby dimaafkan. Pinggang ni sampai akhir hayat pun taknak lah kawan. Tskkk

Jadi semalam post dekat Twitter nak sangat sangat pregnancy Pillow tu. Sebenanrnya memang dah lama nak. Sejak Bulan 3 ke 4 pregnancy entah. Padahal tak tahulah betul ke tidak bantal berbentuk C atau U itu betul betul boleh cure kesakitan pinggang ibu mengandung. Baca testimoni katanya semua gegempak.

Selalu cakap kat husband, atau tunjuk tunjuk gambar kat dia tentang Bantal tu. Dia pun senyum je selalunya. Baru baru ni dia kata sambil buat muka sedih, nanti kalau dia belikan isteri dia ni dah tak peluk dia malam malam. Hahahaha. Im gonna hug you 19hours just give me the 5 hours of my beauty sleep puhlisss. Haha.

Tapi terima kasih hubby... selalu urut malam malam dengan minyak panas. Siap beli stok baru in case minyak panas dah habis. Selalu menenangkan diri ini yang tak keruan malam malam, siang siang kalau emosi.. Kita tau dia tak beli belikan lagi sebab banyak komitmen.. Aku pun jenis malu dan tak memaksa bila bab bab barang beratus ni. Selalu minta macam macam pun perihal makanan. Kalau barang barang, selalunya sebolehnya taknak minta. Sebab taknak susahkan hubby...  

Tapi malam tadi luar biasa sakit pinggang. Sampai ke pagi lah asik terbangun bangun sebab tak selesa. Padahal hubby dah urut dah sebelum tidur tu. Dapat lelap sekejap pun nak pukul 4 macam tu. Bangun bangun sakit sakit lagi, dengan tak cukup tidur, tak selesa apa semua..

Maka, berjujuran air mata la daku sewaktu bersolat subuh. Tiba tiba mogok dengan hubby. Merajuk. Eh alahai... Kesiannya suami ku itu. Dia tanya tanya aku kenapa aku hanya mampu menangis. Lepas dah solat, try nak tidur tapi tak boleh. Jadi Nangis lagi. Sebelum hubby pergi kerja nangis lagi. Dia offer nak belikan nasi lemak pun aku tak mau. Padahal lapar!! ahaha Aku pun tak tahu kenapa hubby ku jadi mangsa. Maafkan la diriku ini. Sobsobs. Dia call masa zuhur, pun aku menangis lagi. Menangis sahaja. Kecelaruan emosi betul..

Nak dijadikan cerita, hubby ku call kata dia dah masukkan duit. Gaji dah masuk. Maka pergilah hilangkan kedukaan mu. Bayarlah bil telepon dan Belilah bantal yang ku ingin inginkan tu. 

Terdiam ku sebentar. Ni nak makan ke tak pujukan ni. Nak reject taknak beli, tapi aku memang amat amat perlukan. Makanya aku diam ajer. Hahaha. Tapi lepas tu dah tak merajukla.. 

Thankyou suami.... Semoga Allah membalas segala jasa jasa dan pengorbanan mu... amin... 

Makanya! lihatlah!! Aku sudah mempunyai sebentuk Bantal C!!


Alhamdulillah ya Allah.. Bagi rezeki bakal mummy mudah terluka ni... Alhamdulillah sangat sangat. Dan ianya berwarna pink! dan berharga rm 160! The cheapest la setakat survey ni. Lagipun tak perlu postage postage. Beli kat kedai Bangi sentral je. Huhuhu... Thankyou Allah.. Thankyou suami...


welcome my babyyy ^^


20 September 2016

Minta maaf session

We always have this minta maaf session before going to sleep every night.

So yesterday night. I asked him to forgive all my wrong doings, forgive me that if i am being too pretty and too cute for him to handle. Forgive me if he cannot stands all of that because i was borned like that.

And that night i cannot sleep.

Balasan Allah.

TSKKKKKKK

15 September 2016

Perkembangan bayii ^^

Hai Assalamualaikum!

Hari ni nak cerita tentang perjuangan seorang ibu untuk mengetahui jantina anak di dalam perutnya. Kenapa dikatakan perjuangan seorang ibu? 

Kerana seorang ayahnya tidak mahu tahu tapi lebih kepada mahu menjadikan jantina itu satu kejutan saat dilahirkan nanti. Begitu juga dengan nenek kepada bayi di dalam perut ini. 

Tskkkk betul.

Sejak tahu fakta kalau bayi tu dah berusia empat bulan boleh tahu jantina, sejak itulah aku ni setiap hari request nak scan nak scan nak scannn kat hubby dengan mummy. Tapi jawapan yang diterima sama je setiap sekali

"kenapa nak scan.."
"nanti scan selalu, bahaya untuk baby la.."
" alaa tak yahla tahu jantina.. beli barang barang unisex je nanti.. Baru surprise! heee"

Hishhh. Tak nak lah surprise surprise. Hahahaha. 

Oleh itu disebabkan perjuangan nak tahu jantina bayi ini diperjuangkan oleh aku sahaja, makanya menunggu hari lah nak tunggu mummy ku bekerja. Sebab?

Sebab kalau mummy ku bekerja, bolehlah dapat scan freee plus dapat di scan oleh ibu sendiri kan tak janggal. Nak tanya apa apa pun boleh. Hehe. Dapat juga jimatkan wang suami.. Hehe....

Jadi semalam, mummy ku akhirnya BEKERJA juga, locum di sebuah klinik. Jauh okay klinik tu. Dekat Sepang sana. Sekarang ni ya MasyaAllah susahnya seorang Aqila nak dapat tidur malam yang berkualiti.

Susah sangat nak tidur.. Bila dah dapat tidur, sikit sikit terbangun sebab sakit pinggang, kadang kadang tak tahu sebab. 

Baby pun Alhamdulillah makin aktif.. Paling aktif masa malam.. Sekarang ni semua pergerakan dia hubby dapat rasa juga. Jadi rutin tiap malam tangan hubby di atas perut nak rasakan pergerakan anak kami..

Takpelah nak, aktif la semahu mu. Mummy tak kisah langsung. Asalkan baby aktiffff selalu ya. Tanda baby sihat dan tanda itu sudah pasti lah tanda yang menggembirakan ku yang sentiasa risau ni.

First baby, apelah yang tak merisaukan bukan? Semuanya serba risau. Semuanya serba penuh dengan persoalan.  

Eh sambung balik cerita scan tadi. Jadi Semalam tu baby dah 23weeks 3days. Hubby tak dapat ikut sekali sebab dia kerja :(. Jadi mentateh la aku memandu dalam pagi yang penat gara gara tak cukup tidur. Dan LAPAR juga. Punyalah tak sabar nak tengok baby sampai lupa nak breakfast. Bawa kereta pun macam nak terlelap je. Huhu

Sampai sampai klinik, tengok mummy busy lagi. Jadi bersegeralah aku ke Speedmart untuk membeli makanan bilamana kelaparan yang ada tak boleh dibawa berbincang lagi. Milo kotak dan roti jagung Gardenia. Cukuplah untuk membuat kan ku bertenang. Hehe

Hendak dijadikan cerita.. Baby tak mahu tunjuk lagi dia jantina apa. Ataupun mummy sudah lelah mencari hahahaha. Nak measure baby pun tiba tiba jaa machine scan tu takmau bekerjasama. Sedih kita. Jadi aku hanya dapat melihat badannya yang semakin membesar dan sudah fully manusia. 

Taraaa! SubhanAllah kuasa Allah tak dapat digambarkan dengan kata kata..

Alhamdulillah ya Allah untuk nikmat merasai ini.... Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Sekarang ni sangat sangat tak sabar nak tunggu baby depan mata mummy. Nak main main dengan baby.. Nak jaga baby elok elok.. Hari hari menghitung hari. Lagi 4 bulan in shaa Allah..

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.. In shaa Allah amin...




07 September 2016

Masa masa yang paling lemah

Hai Assalamualaikum... 

#5months

Rasa macam dah lama tak update blog. Lama kan? Lama tak? Lamaaaaa laaaaaa. Huahuahua. Yelah, kalau aku update pun pasal encik Husband je. Nanti orang meluat. Tapi sebenarnya lantak la kan.. Sebab takde orang pun baca blog ni. Hahahahahaha. Jadi baik buat simpan memori memori manis dan pahit dikala masih boleh. 

Masa masa paling lemah yang aku alami adalah saat saat Hubby ku bertolak pergi kerja. Ya Masya Allah...... Saat saat tu lah...

"Do you really have to work hubby?"
"hubby... kita demam.."
"hubby kita rasa kurang sihat laa"
"Hubby hari ni company hubby tutup la"
" Hari ni bukan public holiday ke?" 
" Hari ni kan sabtuuuuu????"

Penuh dengan muslihat yer aku bab bab tak kasi suami kerja sebab nanti rasa lonely kat rumah 😭.. Kau ingat suami kau itu budak budak? Tskkkkk

Tapi janganlah begitu wahai sang isteri. Kadang kadang bila datang waras fikiran aku ni..

"Haaa nanti Allah makbulkan kang, Allah tarik keupayaan dia nak kerja ke? Asyik sakit je nak ke??" Monolog dalaman ku berkata

" Kena lah kerja... nak cari rezeki yang Halal dan dirahmati Allah.."

Jadi aku selalu pesan kat Hubby kerja rajin rajin.. be Happy je selalu masa kerja.. Supaya segala usaha dia kerja diberkati Allah.. Maka baiklah sumber rezeki nanti...

Tapi setiap kali beliau lambat balas mesej aku ker, mesti aku akan tanya beliau

"Hubbyyy! lambatnya balas... busy ke *emoticon nangis"

"Haa busy la... kata suruh kerja rajin rajin..?" 

Emm ye tak ye.. hahahahaha. Jadi..

Itu je lah.. Bebelan dan rengekan seorang Suri Rumah Tangga yang comel ini. Hewww 

Sebenarnya hari tu, kalau ada rasa masa masa dia macam tak pembawaan dah penuh energy, datang la semangat nak kerja sekejap. Atleast sebelum kandungan sayang mummy ni mencecah 8 bulan ke.. 

Sebabnya.. bolehlah mummy ada duit sendiri sikit tolong tolong beli barang baby ke.. Kesian kat hubby... Yelah, nanti dah beranak memang taknak kerja. 

Nak jaga anak sendiri. Taknak hantar kat pengasuh. huhuhu. Takdelah nak cakap ibu ibu yang hantar anak kat pengasuh ni tak bagus atau tak sayang anak ke. Tapi bebanan kehidupan kini memaksa mereka untuk bekerja. Demi anak anak juga kan? Bertabahla dan kuatlah para para ibu yang bekerja... 

Dan juga sebenarnya... Hari jadi suami ku semakin dekat.. 

Tapi aku tidak ber-uang makanya apa yang harus ku hadiahkan untuk hari jadi beliau nanti!?? 

Mungkin nanti aku ikat reben aje la perut ku yang bakal boyot, sambil berkata

"Sayang.. inilah hadiah paling bermakna buat mu bukan?" Ahahahaha. Ataupun menjadi isteri yang solehah dan sentiasa mendoakan beliau? Bukankah hadiah juga? Tskkkkk 

Bila tengok kehidupan kawan kat instagram, yang bekerja.. dan gigih juga buat business online banyak order masuk rasa macam

"aaaaaaaaa why am i not like her?" Padahal aku ada business tudung ku sendiri.. Buatlah business business online dropship ke.. Menjana income jugak kan?

Tapi itulah.. dari hari tu aku fikirkan.. Nak jugak buat. Mungkin nafsu nak jual tudung dah mundur, aku boleh jual benda benda lain? Tapi apa!? Apaaaa?! 

Berfikir je aku ni... Action nya takde.. Tskkk.. Doakanlah aku supaya sentiasa bersemangat di balik tabir menjadi seorang isteri ya.. 

Atleast online business pun okayla sebenarnya. Cuma tengah fikir lagi nak jual apa.. Taknak jual beauty product sebab aaa takmau. Herbalife boleh. Sebab aku pengguna tegar. Hahahaha

Hemm ibu buyung penat la menaip. Makanya sampai sini saja la yah. 

Doakan agar semuanya dipermudahkan... Doakan juga semoga semuanya selamat, mummy , baby dalam kandungan serta papa.. dan juga buat mummy ku dan adik beradik ku serta eh semua semuanya lah! 

Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan Rahmat-Nya selalu..

Amin..

Adios!!

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...