28 January 2014

the hidden side of me

Pernah tak kamu merasa marah sampai menggigil gigil tapak tangan semua.

kelmarin, setelah sekian lama tak marah macam tu, terjadi kembali .

i was being so over acted actually.

aaahh dah besar macam ni tak mo lah tak mo jadi tak penyabar sangat. walaupun bukan kau yang salah, the way aku hukum orang tu macam over acted sangat. Terlalu ikutkan emosi.


doakan saya menjadi sangat sangat penyabar kerana marah itu buruk . 

19 January 2014

self bragging of knowing how to cook Nasi Beriani.

I AM ON A HOLIDAY BABYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY ! this baby boo is so happy cause this baby boo can run miles away from all those educational books which  baby boo doesn't like very much because baby boo is more interested in early marriage and all those sorts of detective thingy and bahasa melayu which sounds so odd cause baby boo now writes in English. but baby boo cares nothing. hak hak hak

kahkahkah

anyway, hari tu baby boo  masak nasi beriani uolls (im sorry, this baby boo self's nickname is so contagious like a morphine but baby boo don't do drugs hakhakhak) it was a self satisfactory moment in my life. sebab. hoi nasik beriani kot babe. like siapa je tahu masak nasi beriani dalam dunia ni? mak saya, all those Indian's people, mamak's, and obviously not you. it was actually so simple but i can't tell u the recipe because then u olls will not be jealous of me knowing how to make nasi beriani. kahkahkah

so yeah baby boo pandai masak nasi beriani.
the point of this entry : self bragging of how to cook nasi beriani. 
haaaa what a good title. just so uolls know, baby boo selalu taip kasi habis baru baby boo fikir nak letak title apa. ke korang pun sama juga. NAAAAAAAAAAAAAH, don't be so typical one, let baby boo laa be the rare one. 






14 January 2014

Departing





Yesterday was one big event for me. 13 january of 2014. My last paper for semester four and a celebration dinner as i will be leaving shah alam in a few days. Not coming back next semester here, instead will be continuing my studies in Seremban 3. 


Apapun cakap pasal perpisahan yang bakal berlaku ni adalah satu benda yang amat sukar sekali. *muka serius* kadang kadang waktu solat banyak kali aku nangis suruh Allah tabahkan hati aku. Kadang kadang malam waktu semua dah tidur air mata meleleh lagi mengenangkan semester depan balik balik kelas tak dapat tengok housemates, tak dapat meluahkan perasaan dengan housemates, tak dapat nak gelak ketawa dengan housemates. Dalam tandas pun menangis. It is hard to accept this reality. Tengah berak pun kadang kadang menangis. 



They are one of my sources of strength. They are... They really are..


If any of you, housemates, reading this. Please know that i am sorry for not being a good friend at the times we lived together..for times like i suddenly became moody, or anything that made any of you sufferred. 

 And i love you all so much. So much.. And thanks for all those good memories that coloured my life while i was here. You girls are really great and i know all of you will stay great like that. May Allah will always take care of all of you whenever and anytime as HE always does. 

I just hope this relationship will not end. Lets keep contacting, meeting, as we grow olders, dont just attend to my wedding, be part of it, take care of me when im pregnant, love my childrens, support me when im facing troubles and be with me at the time of my happiness, come to my children weddings, look out for my grandchildren and we gonna share all of these moments together, as i will do the same to all of you too. 




I love all of you,
Sincerely deep from my heart - Aqila Safuan.

11 January 2014

Kepala bana dia

Kalau nak selesaikan matematik simple macam ni pun kalut!! Aaaaa apasal apasaaaaal 


Salah formula ke salah calculator ke salah apa ni. Mendalah stuck kat sini je sejam sebab tak sama dengan jawapan. Haiiih hahahahahhahaahhahah

09 January 2014

Jawab paper tak mandi

Kalau yang dinamakan takdir Allah ta'ala itu bila kau dah tidur agak awal untuk nak ke final esok paginya, dengan segala persiapan tiga angkatan alarm, 5.30, 6.30 dan 7.30 tapi kau tetap bangun pukul 8.22 bila mana peperiksaan bakal bermula lagi 8 minit. Aku tak pernah lewat nak ke final weh. 

Aku tak tahu la masa aku bangun tu aku fikir apa. Terdiam kejap tengok jam, lepas tu didah yang dihantar Allah untuk menyelamatkan aku suruh pergi gosok gigi dan tak payah mandi. Aku bagai lembu dicucuk subang pun pergi la gosok gigi dan menukar baju seperti berada di musim sejuk di rusia, tanpa mandi.

Turun tangga berlari, pegi dewan berlari time nak masuk tu pehh pandai betul aku berlakon acah acah tenang. Rilek buat catwalk masuk dewan tanya mana tempat semua. Padahal masa nak tulis nama id bagai semua tu terketar2 tulis. Lewat 10minit je pun. Kahkahkah

Tapi aku down jugak jawab paper law tadi. Rasa malas nak jawab tu tiba tiba menghilang bagai angin tengkujuh yang datang di musim panas. Sumpah malas gila. Ke sebab aku tak ingat segala provisions dengan cases yang ada. Bendalah apa nak jawab law kalau kau faham  pun kau takda bukti nak tunjukkan argument kau tu betul. Lepas tu apalagi aku tulis dengan cepat gilos semata mata nak habis jawab cepat sampai kalau ayam nampak tulisan aku ni dia nak umum satu dunia pergi tukar peribahasa "tulisan bagai cakar ayam" kepada " tulisan bagai makhluk aqila". Down betul betul sampai nampak crush sekolah menengah dalam satu dewan pun takde perasaan.


Hemm begitulah hari ni. Atleast ada lah benda nak cerita ke cucu aku di masa tua " nek dulu pernah je masuk dewan lambat 10minit, tapi nek siap buat entri nak satu alam"


K sebelum aku start hambar baik aku mengundur diri. SALAM SATU LEWAT!






05 January 2014

Perangai masing masing


Kahkahkah 


It was good to be at Shah Alam again during the final examinations. Semangat nak study tu tak perlu kau puja puja, tak perlu dirayu rayu untuk meresap kedalam diri kau. Datang berlari lari pun ada.


Di dalam kesibukan menelaah demi final ni ada satu norma masyarakat khususnya golongan pelajar yang bila datang perpustakaan tatkala nak berbual dengan kawan sebelah pun menggunakan teknologi pintar. Woi duduk sebelah sebelah mengumpat pong pang orang keliling bukan tahu pun hahahahaa. 

Ni antara cebisan cebisan perbualan antara aku dengan izza hazira. Duduk sebelah meja je ni. Bahahahhahaaha


 Mampu ke tak selfie untuk motif apa pun aku tak tahu, padahal boleh je toleh sebelah. Hakhakhak manusia manusia. 



Dan bila nak pergi tandas pun tunjuk arah



🙋

03 January 2014

Cicak

Gap paper 5 hari pun apa gunanya bila kau start belajar malam sehari before final. Dugaan betul bila tak ada rasa nak belajar ni. Macam macam benda kau dah buat seperti sepahkan buku atas katil. Keluarkan pen letak atas meja. Bawa kertas note sambil tengok walaupun yang sebenarnya berlaku kau menduakan kertas tu. Tapi sebenarnya semester lepas aku belajar paper SOMA petang dan malam before final dan esok paginya dah paper. And thats the only paper i've got an A. Kelakar benda ni kelakar ya aku tahu. Mungkin aku punya carry marks tinggi ngahngahngah. Tengok dah terbagitau result yang memalukan diri. Makhluk lain fakulti medic architect engine pun kumpul A berkepuk2 kau selamba buat impian 'asal lulus sudah'. Aaaaaaaaaa


Sambung pada topik asal




Sedang sedang aku dalam cubaan memaksa diri ada mood nak study tengah malam ni, di kedinginan bawah kipas (aku memang alah pada sejuk tapi tetap impian aku nak immigrant duduk london kahkahkah), di seliputi kesunyian mega luar biasa, tiba tiba waktu tu lah cicak cicak dalam rumah kau nak berbunyi.


Cet cet cet cett 

Ceeet ceett ceeeeetttt.


Aku wonder betul bendalah apa yang diorang sembangkan. Entah entah diorang cuba nak sampaikan pesanan kepada aku

"Woi study jangan nak terkangkang sangat jaga adab"

"Woi tutup lampu lah aku nak tido ! Kau nak pekse pekse lah yang kau ganggu aku punya bed lamp ni apesal"

Ataupun cicak cicak tu sedang bagi amaran

"Jaga jaga lipas melah datang nak terbang bawah kain kau ni"

"Ada lipas di sudut 65 darjah sudut barat laut datang bawa anak dia sekali cubaan nak melintas atas meja"


Takpun diorang memang sedang berbual bual tentang masa hadapan diorang yang tak bersekolah tinggi macam aku. 




Hahahahahahhahahahaha. Hambar gila post ni apa kesah aku bai

01 January 2014

Kesalah fahaman di malam hari

Macam biasa kalau malam asfia balik kerja tu berbuih buih aku nak cerita dengan dia. Dia macam biasalah layan acuh tak acuh. Kahkahkah tapi aku buat tak tahu dan teruskan bercerita. Dan pada ketika itu aku sedang terbaring bagaikan seekor dugong sedang memegang kertas ob (organizational behavior) , aku meluahkan perasaan " asfiaaa test aku alhamdulillah sem ni tinggi tinggi" kahkahkah. Sem ni je weh, izinkan aku riak sikit dengan adik aku. 


Lepas tu tiba tiba dia cakap "kau ni tak baik lah, kau tahu tak makcik **** dulu selalu cerita dulu dulu yang dia test selalu tinggi tinggi akhirnya dia dapat suami pendek. 


Lepas tu aku merasakan masa tiba tiba terhenti. Aku terfikir apa benda budak ni sedang katakan. Apa kena mengena test dengan suami pendek? Apa...kena....mengena.....



Lepas beberapa saat aku tanya "kau ni dah kenapa? Apa pulak kena mengenanyaa" 


Lepas tu dia diam je. Wooo menyirap aku dah buat aku konfius dia boleh diam memperlakukan aku seperti lepas makan kacang kulit pula dibuangnya (aku lemah sikit nak ingat2 peribahasa ni)


Lalu aku pun fikir sendiri. Test-suami pendek..... 



bahahahhahahahahahahahahahahhaha

Engkorang dah tahu dah ke?

Dia salah dengar test equal as taste.
Cita rasa dengan ujian. 




Duhhh. 

30 December 2013

What did i do in year 2000000013?

Sebab tadi aku penat merapu dalam menjawab subjek final Asean paper. Jadi alu letak gambar je dari buku lovely ku sebagai pengisian tahun 2013 ini. Malas ya malas lagi aku dari snail lemas dalam lautan. A great year indeed Alhamdulillah :)

Tidak ku pernah lagi jejak ke bumi para anbiya jadi yang umrah 12 hari tu berikutan permergian mama ke tanah Mekah. 


antara nak abaikan atau faham faham jela perempuan. --'


Assalamulaikum :)

25 December 2013

Hari hari menjelang peperiksaan Akhir

Study week as it seems, bawa buku everywhere, bacanya peh selak selak je. Jual mahal katanya. Kahkah apa punya perangai jual mahal dengan buku pelajaran. Binatang pun malu dengan perangai tak semengah macam kau ni.


Final ni satu je bagus dia. Yang tak bagusnya infiniti. Kahkah. Yang bagusnya lepas final dapat cuti lama lama. Aku memang begini ya perangai. Alah kepada pelajaran. Cita cita aku pun tak ada. Ingat nak jadi suri rumah yang murni dan mulia ja nanti itupun kalau dapat suami yang nak kau duduk rumah dan layan engkau macam maharani. Tapi maharani sekarang pun giat teman suami buat hubungan diplomatik satu dunia. 


Aku tengah fikir sebenarnya macam mana nak handle perangai suka belajar last minute aku ni. Yela, semalas malasnya aku ni aku tetap nak berjaya macam manusia lain. Kau ingat penat lelah aku follow budak budak study overseas tak membuahkan hasil ke untuk aku jadi serajin dan sepandai mereka? Mestilah, walaupun untuk sedua tiga minit. Hah hah.


Perangai last minutes study ni dah lama sebati dalam diri. Masa final lah rasa nak mati. Hidup mandi makan kau dengan buku. Nak update instagram pun lupa instagram tu bendalah apa. Twitter tak lupa lah dah tu kalau tak meroyan kat twitter takkan nak meroyan dengan makcil jual coconut shake bawah rumah. Berteleki dekat library acah acah je. Padahal time final je. Kalau tak.... 


Jadi harapan aku pada budak budak yang tak seperti aku, teruskanlah usaha beljar bersungguh sungguh, demi memartabatkan agama Islam, nak ke umat Islam duduk merempit, hisap dadah, tahu menyusahkan mak ayah, berfoya foya, ambil gambar masuk insta, tapi pencapaian akademik macam beruk banyak kutu? 


Atleast, kalau tak pandai pun tak rajin pun hidup jangan susahkan orang, jangan malukan mak ayah, jangan kurang ajar dengan semua orang hatta bayi baru lahir pun. Eh ada okay orang kurang jahar dengan baby. Disuruhnya baby itu "diaamlaaaa!!" . Otak letak lutut tu letak lutut. 


Sebenarnya nasihat atas ni untuk aku. Eh tapi aku sayang baby, aku tak suruh baby diam tau. Itu contoh je contoh.



*berlari pergi baca buku demi Islam. Dan mama* 


09 December 2013

I am 21 today!!

Alhamdulillah, sudah dua puluh satu aku diberikan peluang merasai detik detik sebuah kehidupan yang kadang ada ranjau dan durinya, yang kadang tiba tiba jalannya penuh dengan burung burung bersiulan dan berkacauan merdu mengalunkan bunyi, yang kadang - ok dah hahahahahha 


Malam detik nak ke dua belas tu aku steady cek facebook demi memastikan aku punya birthday set ke private 'only me' sebab aku tak suka betul jenis orang orang yang wish tak ikhlas ni. Hahahaha. Bajet jeeewww


Jadi malam birthday jejak 12 malam yang menandakan saat 9 hari bulan bermula dipenuhi dengan nyanyian nyanyian sumbang dan merdu hahahahaha mama ku, arisyah, dan asfia sofwa. Sumpah tak tipu diorang nyanyi balik kali yang ada satu part ni diorang nyanyi sebelum pukul dua belas dan aku suruh stop kejap. Masuk je pukul dua belas like a boss dengan muka tak malunya aku cakap "okay dah boleh nyanyi, start now" bahahahaha. Lepas tu sambil aku gomol gomol perut mama, mama tiba tiba cium dahi kuuu which aku rasa "aaaaaaaahhhhhhhh" gembira tak terkalang! Lepas tu aku paksa adik adik perempuan aku cium jugak dahii ku. Benda benda yang menggembirakan memang kadang kadang kita kena paksa. 


Okay hal family wish birthday dah settled, dan tiba masanya aku tunggu kawan kawan pulak wish. Tahu tak aku dah berdukacita gila especially dengan housemates sebab aku ingatkan diorang taknak wish aku lagi macam tahun lepas which they did wish me after 2/3 days after that dengan diiringi surprised yang aku macam heeeehhhh. So malam tu alu ingat diorang taknak wish lagi macam tahun lepas sampai aku tulis diari kottttttt hahahahahahhahahaha. 

Bukti. Hahahahahhaha. Happening atas tu aku maksudkan "meriah" tapi aku tak dapat word yang sesuai. Kahkahkahkah. maaflah grammar english aku ni tahap nazak dah. kakakakaka


Lepas tu tiba tiba hanset berbunyi dari kejauhan which aku tunggu ianya berbunyi and segala kegalauan aku pun musnah dan aku pun terkidum kidum membaca ucapan wish yang dimulai dari ain farhani , first housemate yang wish, ain nyanyikan laguuuuu birthday, lepas tu izza hazira, lepas tu didah, lepas tu yan, lepas tu farah syahidah, lepas tu shazlia, dan esok paginya baru amalina suhaimi. Im indeed happy with this kiddo behaviors this year. Hahahahahhaa. Love you so much girls.


Dan pagi tuu dengan mata tersasau sasau aku tengok instagram izza hazira upload insta video mereka nyanyi ramai ramai like " wooaaaaahhhh kenapa sweet sangat niiii ". Terharu gilaa sebab budak budak tu ada mooting yang penting tapi masih tetap spent masa rakam video, izza hazira yang berjiwa kental menghadapo subject subject 4 credit hours diaa dan didah yang super busy dengan assignments sumpah terharuu ulang tayang banyak kali okaaay. Hahaha 



Esok paginya, mama bawa pergi makan pizza hut. Hati rasa walang juga sebab tak dapat makan kek. Kena decide nak makan secret recipi ke pizza hut tapi aku tak suka makanan secret recipi jadi ..... 




Hah ha. 

Lepas balik je makan pizza, mama pun bergerak ke perak. Rasa sedih sikit sebab aku berfikiran mama should spent more times with her birthday girl isn't tapi erti hidup mengajar aku sentiasa bersyukurrrr. Kakakakakakakka


Jadi bila dah tak mama dekat rumah, rumah pun mestila dah tak rasa rumah hahahahaha tak ada lah lepas tu aku pun drag diri sendiri paksa balik shah alam. Dah malam maghrib macam tu waktu nak pergi diskusi group tiba tiba didah panggil dalam bilik dan bagi sebondot hadiah. Sumpah la rasa macam "ahhh kenapa didah macam niiii" thank youuu did. She understand me so well, bagi hadiah anak patung girly girly which i named it "kazuha". Shes gonna be my ran's bestfriend!!! Yeaaa ran dah ada kawaaaan. Hahahaha and books!!!! DIDAH JUST GAVE ME BOOKKKKSSSSSSSSSS!!!! And a birthday card. Rasa nak jerut jerut je dia kenapa kena susahkan diri beli semua ni. Anyway thankk youu did :) love youuuu muchhhhh!!




Saya rasa didah tulis tak guna pembaris ni. Hahahaha! 


Lepas tu pergilah diskusi group dengan hati yang gembira, wajah yang terkidum kidum, dan masa tengah buat diskusi tu tiba tiba fikir nak ke taknak beli kek makan sendiri. Sebab tahun ni mama tak beli kek, and it is a birthday day jadi kalau tak de kek rasa tak complete je hari jadi. Mengada ngada kan. Tahuu. Dan tiba tiba bagai bidadari muncul dari kayangan amal kol suruh tunggu kat luar, and dia bagi KEEEEEKKKK!!!!!!!!!!!!!! Ni budak lagi sekor tak tahu macam mana nak respon, memangla gembiraa tapi tahu tak dia sanggup keluar pergi beli kek dan hantar kat luar Giant walaupun banyak kerja. Ahhh nak nangis TT thanks gila gila amal. Love youuu so muchie muchie hahahahahaa






In the end thank youu Allah for all these people who makes me so happy, to these beautiful people in and outside. I love youu Allah, i love youuu humans! Muaah muahh muaaahh!!!! 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...