27 April 2017

Gambar yang paling bersejarah dalam hidupku

Hai Assalamualaikum!

Pernah tak baca buku "women are from venus, men are from mars?" Tak pernah? Samalah kita bahahaha. Perempuan dari planet lain, lelaki dari planet lain, nak menunjukkan betapa berbezanya perempuan dan lelaki kan.

Samalah aku dan husband ku, some parts kitorang sama, the other many many many parts we are completely different. Salah satunya, in terms of ambik gambar.

I loveeeee to take pictures. And my husband tak suka. Hahaha bukan dia tak suka, dia macam kalau tak ambik gambar pun takpe. Kalau special occasions ambik jugaklah hehe. Tapi bagi aku, sayangnya kalau tak ambik gambar. Ini semua kenangan. Walaupun benda tu simple je. Hahaha. 

Contohnya, bila dia belikan chocolate bawak balik dari office. I have to take picture of it first. Sebab cokelat tu hubby beli effort nak pujuk isteri dia yang merajuk sebab tak sepehaman pendapat bahahaha. Walaupun coklat tu coklat kitkat atau yang murah murah je, tapi efforts tu penting! #bukantaksukayangmahal hahahaha

I have to take the picture of the Tomyam yang dia beli, sebab isteri dia mengidam sangat nak makan, jadi walaupun dia takde duit sangat dan gaji lambat lagi dia still belikan. #tomyamtutomyammahal

I have to take picture of Mee Goreng Mamak yang dia belikan, sebab walaupun dah lewat malam dia still belikan sebab isteri dia lapar. #danmengadangada

I have to take the picture of the breakfast he made for me during pantang, sebab nak mengingatkan betapa kasihnya dia pada isteri dia ni walaupun dia dah lambat pergi keje, dan cara dia hargai pengorbanan isteri dia

I have to take picture of him main dengan anak lepas balik kerja, sebab sepenat mana pun dia hari tu, dia masih cheer up dan main bila jumpa anaknya. #danmaknyatersisih hahaha

Hahaha, nanti bila dah tua tua ke, bertahun lepas tu bila terjumpa balik gambar gambar tu akan mengingatkan kita akan kenangan kenangan yang indah kan, dan seterusnya memekarkan lagi kasih sayang yang ada. ECEWAH. 

Thankyou sayang pengorbanan mu begitu ku hargai. I love you. 

Anyway back to main story. Hari tu bila dah habis bersalin kan, husband tetiba hulur fon dia tunjuk gambar kita yang baru je final push keluarkan Althaf, dan Althaf yang terus diletakkan atas dada tu. Mula mula macam terpinga kejap. 

"haaaa, ni hubby ambik ke" yelah siapa lagi dalam labor room tu hahaha

Macam tak percaya dia boleh ambik gambar tu sebab memang tak suruh pun. Sangat sangat terharu hubby yang tak suka sangat ambik gambar tu boleh ambik gambar di saat saat genting macam tu, Dan gambar tu sekarang sangat legend dan bermakna bagi aku. Sangatlah precious. Boleh jadi pembakar semangat kalau nak anak setiap tahun, lalu tengok gambar tu, dan tengok muka yang takleh bla sakit tu, lalu tanya diri sendiri "haaa tak ingat ke sakit beranak cemana" Hehe.

Taraaa inilah gambarnya! Thankyou sayang, next anak ambik video pulak ye. hahahaha



 Sekian sahaja, adios! Assalamualaikum :)




07 April 2017

Mengandung dan Berpantang bersama Nutrisi Herbalife

Hye Assalamualaikum semua!


Aku dah ambil Nutrisi Herbalife ni sejak Tingkatan dua lagi. Sekarang, tahun ni umur dah masuk 25. Lama gilaaaaaaaaaaaa kan. Dah 11 tahun. Kalau ada anak ni, mesti dia tengah cuak tahun depan nak UPSR.  Walaupun aku tidaklah sevogue atau secantik neelofa, bahahaha tapi Alhamdulillah. My life is seriously amazing with all of these products. More healthier walaupun suka makan macam macam sebab balance and detox balik.

 Dulu masa form 2 tu mama paksa minum sebab aku ada masalah jerawat yang sangat terok (sebab pakai skincare yang taksesuai dengan kulit). Kulit dahla memang sejenis sangat sensitif. Pakai sabun badan salah pun confirm gatal gatal. Dan lagi satu, aku ada masalah Asthma yang teruk jugak sampai kena bawak inhaler tu everywhere. Lepas tu selalu tunjuk surat doktor menyatakan asthma, jadi boleh skip latihan sukan! Kah kah licik betul aku dulu. Lepas minum beberapa bulan, alhamdulillah asthma tiada lagi forever boleh panjat gunung sesuka hati, dan masalah jerawat memang improve. Kalau ada gamba bolehlah tunjuk, tapi manalah nak cari sekarang ni. Dulu mana ada gadjet nak selfie2. Hehe.


ingredients inside formula 1 shake, yummyyy!! 

Dengan Herbalife ni, semua orang boleh minum. Dari masalah kurus sangat atau overweight, atau nak tambah tenaga, atau masalah kulit, eczema, dan pelbagai lagi, sebab dia bukannya ubat. Dia nutrisi. Nutrisi yang dah lengkap diperlukan untuk badan. Jadi kalau anda bukan sejenis yang suka makan sayur and buah, ambik je Herbalife ni dah balance balik, cukup apa yang diperlukan oleh badan.

Even pregnant ladies pun tersangatlah boleh minum Herbalife. Tak tahu kenapa some 'malaysian' kata  ibu mengandung tak boleh minum based on soy product? Kenapa dengan soy product?? Kenapa!? Hahahaha. Dari makan benda berminyak dan kurang khasiat, fast food etc semua tu, way moreeeeee better minum Herbalife. 

  • Herbalife pun bukanlah dibuat dari kilang cabok belakang kampung atau di pinggiran highway. Pakar pakar perubatan and doktor yang berperingkat Phd, M.d dan pelbagai huruf lagi hahaha, yang formula Herbalife ni. Ingat senang ke nak jadi doktor?They took yearssssssssssssss okay, dengan segala teknologi yang canggih dan lengkap untuk formulated Herbalife. 
 Pakar pakar in Herbalife! Trusted, dah xyah fikir elok ke tak produk ni unless you are pakar yourself hehe

  • Herbalife pun ada ladang and makmal dia sendiri. Dah ada branch kat 94 countries in the world meaning ada one stop centre for people to join and consume herbalife. 

  • Dan sudah beroperasi selama 36 years! banyak lagi sebenannya you all can refer to this website okay, http://www.herbalife.com/ and nilai sendiri.


Okaylah cukup cukup. Aku nak share pengalaman minum Herbalife ketika mengandung and berpantang, dia melalut pulak cerita lelebih pasal Herbalife. Hahaha. Kena explain untuk orang orang yang kurang faham. Sesuka je nak kata orang mengandung tak leh minum Herbalife. Sis emo k! HAHAHAHAHA. 

Masa mengandung naik 18kg. Punyalah power aku ni. Bahahaha! Mana taknya ibu mengandung kan, dia bawak nyawa yang sedang nak membesar. Jadi  memang nafsu makan tu meriah sekampung lah katanya, dan aku memang kuat makan sejak azali pun. Kalau kat kedai mesti order dua dishes k. Tak percaya tanyalah kawan kawan sis, hahaha dan ofcourse husband sis. Kalau takde herbalife mesti sis dah tahap obesiti sekarang ni. Tapi takdelah aku melantak makan je 24 jam. Cuma kalau pergi kedai je lah. Breakfast shake, then lunch and dinner shake and another meal. Lepas tu minum air banyak banyak. 


Kepentingan minum air bebanyak! Go drink now! Air kosong tau bukan coke, aku cepuk kau nanti.


Masa pregnant hari tu, aku ada masalah HB rendah. Hb rendah ni sangatlah bahaya tau sebab boleh buat janin tak membesar, mati dalam kandungan sebab tak cukup oksigen, boleh lahir premature dan pelbagai lagi. Aku pun tak tahu kenapa hb aku boleh rendah. Mak aku yang doktor tu pun lagilah confused. Hahaha. Mungkin sebab galak sangat minum Tea Herbalife kot. Ikutkan pembacaan, minum tea and coffee boleh menghalang zat zat besi diserap oleh badan. 

Tapi Tea herbalife refreshing kott!! It is part of my life already!! How can i not drink it!? Hhahaha sis emo lagi. So sis ignore and minum je. Alhamdulillah, dengan Kuasa Allah berat baby masa lahir 3.5 kg, dan dia lahir cukup bulan alhamdulillah. Dan hb aku pun lepas lahir 12.7 kembali normal, makanya baby ni lah dok ambik ambik darah merah aku. Hahahaha *mesti doktor doktor rasa jengkel degan teori aku ni*

In conclusion, nak kata lah Herbalife sangat sangat best sebab nutrisi mudah dan cepat sangat diserap oleh tisu tisu badan kita. Perbaiki and baik pulih cell cell kita yang rosak. Organ organ badan kita kan terdiri dari trillion cells. Healthy cells=Healthy body. Itu je cerita dia. Mudah, senang faham. Jadi walaupun hb aku rendah, aku keep on drinking herbalife shakes banyak banyak banyaaaaaaaaaak supaya diri and baby membesar dengan sihat. 

Masa mengandung pun aku tak ada masalah selain hb, masalah kuat makan tu normal, trimester pertama biasalah muntah muntah, then the rest of my prgenancy full of energy. Boleh buat kerja rumah and masak (walaupun tak selalu masak di akhir2 pregnancy hahaha). Alhamdulillah , kaki takde bengkak bengkak sampai akhir pregnancy, takde heartburn walaupun suka sangaaat makan pedas masa pregnant! Rambut pun tak gugur even better after pregnant sebab cukup segala zat.

Masa berpantang pun sama, shake all the wayyyyyyyyyyyyy! Mama kata untuk baik pulih cepat dalaman dalam badan dan luka kena jahit tu. Untuk bagi lebih tenaga dan tambahkan susu. 
Dan Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, Herbalife memang sangat sangat membantu untuk baik pulih dalaman aku. Hari ke berapa dah terasa bertenaga semula, Luka jahitan seminggu lebih dah elok.

Oh dan sekarang ni dah almost hilang 14kg! Another 4 kgs plus to gooooooooooo! Sebenanrnya boleh je sekarang dah 20kg ke hilang, tapi kita kuat makan and shake, tak kuat shakesss sahaja. Hahahaha! 

These are the herbalife products that i consumed everyday masa pregnant and pantang!


a) STAR OF HERBALIFE NUTRITION! FORMULA 1 NUTRITIOUS MIXED SOY PROTEIN DRINK/  aka Shake je senang panggil hehe

- yang ni memang pagi malam consumed, sebab tahu diri bawak baby. Jadi walaupun makan banyak, nak jugak minum shake supaya baby dapat khasiat yang secukupnya. Lagi pun dia based on cellular nutritions, sangat cepat di absorbed oleh cells dan tissues badan. Remember? Healthy Cells= Healthy Organs=Healthy you=Healthy Baby!

b) Blended Soy and Whey Protein Powder
- yang ni untuk tambah muscle, and bagi kenyang lagi. Untuk shape up badan masa dalam pantang and ofcourse to burn more unncessary fat, and gain muscle! Mama kata untuk baik luka dengan cepat. Kita pun tambah tambah dalam shake hehe, eh tapi pantang hari tu Hubby yang tolong buatkan, dan memang pesan kat dia tambah protein sekali dalam shake.


c) Herbal Aloevera Concentrate Mix
- dah makan merapu2, dan nak bagi shake di absorbed baik oleh usus, aku minum ini! In shaa Allah, cepat je rasa nak membuang. Tahi tahi tu semua toxin, kena buang . Untuk skins pun bagus ni. Dulu selalu gaul shake and aloe ni tepek kat muka bagi hilang jerawat hahaha!


d) Herbalife Teamix
- this one i loveeeeeeee the most after shake. Hehe. Sebab refreshing, bagi tenaga lagi, tingkatkan metabolism (supaya makan banyak pun tak naik2 haha), and burning calories! best! Tapi masa dalam pantang kurangkan sikit ni sebab baby hyper aktif takmo tidur, so kita minum sekali je sehari masa pantang. Sekarang baby dah kuat sikit kita minum sesuka hati hahaha!


e)Omega 3 Fish Oil
- Yang ni mama suruh ambik cepat bagus untuk baby, dan ofcourse diri sendiri. Bagus untuk pecah lemak, and kita makan bebanyak sebab dia sangat bagus untuk otak. Jadi nak baby punya otak bagus kena makan ni. Hihi. Althaf memang banyak cakap *bahasa dia* sekarang walaupun baru 2 bulan. 


f) Calcium
- yang ni aku memang makaaan gila gila masa pregnant sebab sejenis tak minum susu langsung. Tak suka susu! hahaha jadi penting untuk tulang , sebab masa pregnant makin berat, tulang rapuh lah nanti nak bawak badan, dan ofocurse pengganti susu. Bagi baby membesar dengan lebih sihat. 


g)Multivitamin and Minerals
- added multivitamins yg ada 20 vitamins and minerals, sama jugak masa pregnant and pantang and sekarang still consumed! Sebelum pregnant mama suruh makan ni untuk kulit, sangat bagus untuk kulit, jerawat susah sikit nak hinggap hehe, and masa pregnant ofocurse untuk badan and baby. 


h)Herbal Aloe
- This one memang daily use lah dulu sebelum kahwin pun, suka letak kat muka. Haha sebab very organic, no chemicals kan. Masa pantang Althaf naik ruam sebab panas, ruam susu, sapu sapu ni Alhamdulillah, hilang! Serious. Sesiapa baby yang ada ruam tu bolehlah ambik ni. Memang bagus. And selalu guna untuk melecur jugak tatkala terkena percikan api panas/air panas. Memang takde kesan kebakaran hahaha.

 Nona Roguy pun kita ambik masa pantang, phytonatal tu suka sangat sebab bagi sennag berak! time luka tengah pedih pedih tu


Memang Milk booster jugak shake ni (sukanya shake!), sebab hari tu ganti puasa risau susu tak cukup, sahur shake je tak makan nasi, tapi masa puasa, petang tu boleh bengkak susu lagi! haha


 yes! Althaf Muhammad is a herbalife baby! Gemok dempol2 hahahaaha


Husband buatkan semua ni, air delima dari pregnant sampai pantang minum, shakes dua gelas k hubby buatkan!Breakfast kena ada sebab super lapar, breastfeeding! hehe and kurma untuk hasilkan susu yang bagus.


Itu sahaja sedikit perkongsian aku bagaimana pregnancy and pantang with herbalife! Memang best and refreshing! Tak tipuuuuuuuuuuu. Tak ada bahaya bahaya nya k. Lagi bahaya makan fast food makanan kat luar luar tu . Hemm 


Herbalife is unique because of the one-on-one coaching and support that Herbalife Independent Distributors provide to their customers. Herbalife customers receive much more than a product, they get steady support and a plan to meet or exceed their personal nutrition, weight-management and fitness goals.


Sesiapa berminat nak try Herbalife Nutrition ni bole contact kita !, sebab Herbalife memang through distributor to distributor, ada coaching session. Jangan beli kat lazada or any else website tau. Nanti takda sapa coach, lepas tu tak reti cemana nak minum shake, lepas tu tak capai goals, lepas tu kata herbalife tipu tak bagus pun, tak berkesan walhal takde coach! Haaaaa . 

contact me / your future elegant coach keke, Aqila for more info! 
+60146700912 


-Product result is not typical. Individual result may vary.
-All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
-This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

04 April 2017

Resipi Kari Ayam tanpa Santan yang Marvelous!

Ewah sesuka je proclaimed diri sendiri punya masakan marvelous. Hahaha!

Hai Assalamualaikum semua!



Kali ni nak share satu resipi turun temurun dari bonda ku yang menawan. Kari Ayam tanpa guna santan, tapi hasilnya in sha Allah sedap #kalaubacabismillah #kalaucantikjugak #ktakguraujebahaha. 70 Peratus sebab nak share resipi ni sebab husband ku puji melambung melambung sampai esoknya dia kata nak lagi nak lagi. Tapi bila dah buat lagi dia tak makan pulak. Aduh, sedih k. Insert heart broken emoji. Hahaha, Takdelah, bukan dia taknak makan, tapi malam tu sibuk sangat dan dah makan benda lain. Perut dia mampu sumbat sekuis makanan je. Lainla perut aku, kau sumbat lah apa pun, mesti ada ruang kosong lagi. kahkah

Okaylah tanpa membuang masa dan waktu, jom kita tengok bahan bahan nya. You ols yang baru nak jinak jinak memasak pasti boleh punya buat resipi ni sebab memang mudah gilaaa!



Bahan blender
-tomato 2 biji
-daun kari seberapa yang dimahukan
-bawang merah  2biji besar
-bawang putih, seputih mana kulit anda, okay lah 3 4 ulas macam tu
-halia 
-jintan manis/jintan putih sumbatlah segala jintan yang ada iols pun main campak je asal rupa dia jintan

Bahan bahan lain
- ayam beberapa ketul (3-4pax) takyah goreng dulu
-air perahan asam jawa semangkuk
-garam
-minyak masak
-hati yang ikhlas


Itu sahaja. Lepas tu blend semua bahan tadi dicampur dengan Air. Air tu ikutlah nak kuah banyak letak lebih sikit, tapi jangan letak sebaldi air pulak k. Nanti ayam terasa dia sedang bersantai terapung di lautan  laut merah pulak. Jadi tak lawa hidangan kita nanti. Rasa jangan tanya lah mesti ke laut rasa dia. 

over je nak ambik gambar lelebih cemni ahaha

taraaaaaaaaa seperti ini ya semua.

Lepas tu macam biasalah ambil kuali dan letak minyak (jangan overdose minyak ya, minyak kat muka tu nati bertambah tambah pulak hahaha #notetoself) Tumis bahan blender tadi bila minyak dah panas. Bila bahan tumis dah berubah warna sikit, sila masukkan serbuk kari, sekari mana anda mahukan kari ayam menjadi kari. 


setelah diletak serbuk kari

Lepas dah naik minyak bahan tumisan tadi bolehlah letak perahan air asam jawa tadi. Tunggu sheingga menggelegak seperti bila hati anda marah bila kucing berak merata, barulah bubuh ayam ayam yang sudah syahid dimedan dapur dengan laungan Bismilllaaaaaaaaaaaaaahirrahmanirahim ( Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Oh letakkan jugak, dedaunan daun kari supaya rasa....kari ? Hahaha, letaklah seberapa anda mahukan jangan letak serimbun Gunung Tahan sudahlah ye, Perasakan dengan garam dan alhamdulillah selesai!

Boleh jugak nak letak kentang bagi lebih meriah, tapi dapur kehabisan kentang pulak makanya takde kentang. SObs sobs kentang is bae k. 

Selamat Mencuba!

Adios Assalamualaikum 


28 March 2017

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Sayang.

Hai, Assalamualaikum!


"happy first year anniversary sayang, tahun ni bertiga, tahun depan punya anniversary ber empat lah eh?" - husband. Hishhhh! Hahaha!


Alhamdulillah 26 March yang lepas adalah hari bersejarah nya dalam hidup, Hari kahwin kami! Alhamdulillah sangat sangat.


Brownies ni sedaaaap sangat2 serius tak tipu, boleh dapatkan di IG: Carnationzhomemade. Thankyou sayang surprised kan nutella brownies and Pecan.

This one year with you has been amazing sayang, SubhanAllah. We got married, and I got pregnant. And suddenly he got to bear and be patience with all my grumpiness and emotions. Hahahaha!

Mana taknya, kahwin dan Alhamdulillah terus lekat. Tahu tahu je lah emosi orang mengandung macam mana. Lepas dah bersalin pun emosi lagi sebab kena adapt jadi ibu, adapt sakit bersalin apa semua. 9 Bulan mengandung, dan masa Anniversary ni Althaf Muhammad dah 2 bulan. Haaaa 11 bulan dia kena layan emosi tak menentu aku ni. Hehehe.

Dan, hubby sentiasa di sisi. Gembira dan sedih, marah dan tenang, kelam dan terang, manis dan pahit, suka dan duka, garam dan gula, kunyit dan halia.... okay okay ill stop. Hahaha. Terima kasih sangat sangat untuk itu. Maaf sayang, tak dapat penuhi, tak dapat buat apa apa yg sepatutnya kita buat. Once i adapt with all of these, I will give you every thing i have to do for you okay? TT  May Allah grant you Jannah, amin...

Terpenting sekali, Terima Kasih Allah atas segalanya. Always give thanks to Him. Because without His blessings and mercy,  we are nothing. Nothing.

Hari anniversary kami penuh dengan ucapan " sayanggg, happy first year anniversary!" Hahaha. Entah berapa puluh kali ucap hari tu. Habis solat ucap, sebelum tidur ucap, pergi makan ucap, pandang each other with love, ucap. Hahaha We were so overwhelmed with happiness. Alhamdulillah, and grateful for each other. I dont know what will I do without him....
*teary eyes*

Malam sebelum hari anniversary, kami pilih pilih tempat nak makan special. Husband nak makan steambot and grill, sebab boleh makan macam macam and banyak banyak( macamlah dia tu sejenis makan banyak kan. Huhu) Kita pulak nak makan tempat yang romantik dan ada aircond. Bahahaha. But in the end,  we agreed that we'll having lunch at "Bakar Bakar Steamboat and Grill Restaurant ". Malam tak fikir lagi nak makan apa. Tapi nak special special jugak. Hahahaha Kecian hubby kita. Tapi dah cadangkan nak makan Mr Dakgalbi sebab benda tu macam sedappp got cheese and everything.


only one year dont want to hold my hand anymore meh? hahahahaha!

Sebabkan hari tu special day kan, Aku memilih untuk memakai something yang... proper? Hahaha Jadi gigihla pakai kebaya. Dahla baru lepas bersalin, lemak lemak akibat kebuasan nafsu makan mengandung pun tak hilang lagi. Akibatnya? Adalah terkoyak sikit benang kat kain sebab lemak ku stretching stretching ketika mengangkat Althaf. Muahahahhaha.



Althaf Muhammad hari itu bagaimana? He is a good boy, Always. But he choose to be grumpy that day. Hahahaha! Menangis all the way! Melalak all the wayyy! Tapi by petang dia dah tenang sikit kot. Masa makan makan je dia macam meragam. Lepas dah tidurkan dia barulah boleh makan dengan tenang. Hahaha. Lepas tu? Lepas tu dia sambung melalak. Hahahaa. Ingat kelakar ke hahahaha ni? -'-


seriusnya muka tidur abang sado kita ni

Maaf tak dapat tunjuk sangat gambar makanan kat Restaurant tu, sebab hemmmmm biasa biasa aje lah. Red wok is better. Variety tak banyak sangat. Sotong pun takde. Alasan? Tengah perap. Maybe malam best lah kot. Kitorang pergi time baru bukak pukul 12 macam tu. Tapi kambing perap dia Marvellous hehe :) Servis everything okay, ada aircond apa semua. Harga rm40 per pax kalau siang. Kalau malam rm45. 


Lepas makan makan jalan jalan pergi Bangi Sentral kejap tapi kejap je lah sebab ada budam tengah grumpy *merenung althaf* hahaha. Then kitorang diskuss nak buat apa lepas ni. Nak makan cendol pulut durian, tapi tak jadi sebab tak berkenan kedai, then Hubby potong rambut dekat Joe's Barber. Alhamdulillah masa tu Althaf bertenang. 

Kitorang decide untuk balik je lepas tu memandang kan kepenatan. Hahaha, Sebab hari pun dah hujan lebat. IngatKan malam tu nak keluar lagi tapi masing masing ketiduran penat*jeling althaf* Hehe.

Special dinner postponed to the next night nya. We went to have Mr Dakgalbi at IOI City Mall! Malam yang sangat aman, kami memakai pakaian yang colour match, Althaf Muhammad memberi ruang untuk parent dia dating, dengN tidur sepanjang masa. 




Thank you sayang. Mr Dakgalbi was niceeee! We ordered this set worth rm67 for 2-3pax. Tapi kena add something la macam ramen ke , nasi goreng ke worth rm 7.00 sebab kalau tak add, kena makan ayam and kobis je semata hahaha!

my sister thought it consists of tempe and tauhu.geeezzz budak ni



Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Thankyou sangat sangat kat hubby yang sudi penuhi nak apa apa. Maaf kalau selalu susahkan Hubby. Semoga Allah sentiasa murah kan rezeki dari segi kesihatan, kebahagiaan, kewangan dan lain lain, In shaa Allah amin. 

Last sekali, I love you Muhammad Rabani (and Althaf Muhammad!! hehe) 


08 March 2017

Perlu ke tidak Breastpump untuk Suri Rumah/Stay home Mother?

Hye Assalamualaikum uols!

Hari ni nak kongsi pengalaman sikit tentang breastpump ni perlu ke tidak membelinya? Oleh disebabkan aku jugak seorang suri rumah, persoalan perlu beli ke tak sangatlah menonjol di sanubari ketika mengandung kan Althaf dulu. Kalau anda seorang wanita bekerjaya, dannnnn memang niat nak breastfeeding anak , usahlah dipertikaikan, memang kena beli la kan.

Masa tu, masa tengah pregnant lagi lah. Suami ku dan aku selalu berdebat tentang breastpump ni. Aku menegakkan keadilan bahawa aku perlukannya. Suamiku emm membengkokkan keadilan bahawa buat apa aku memerlukannya??Sedangkan aku akan sentiasa bersama baby nanti?? HAHAHA!

My point at that time was:

♡ Kenalah ada simpanan susu, nanti senang nak keluar dating berdua..
♡orang lain ada, aku kena ada jugaklah! (hahaha minta pelempang tau alasan yg ni)
♡ Dengar pengalaman ibu ibu yang kalau bengkak susu , senang kalau ada breast pump, pump out je the milk, sebab penangan bengkak susu ni boleh sampai demam tau! Haaa nati demam siapa nak jaga anak

Suamiku punya point pulak:

○ Awakkan suri rumah, tak perlu simpan simpan
○Beli yang manual dululah, nati lepas bersalin tengok macam mana (always wiser than me la his thinking)


Kami membuat kesimpulan bahawasanya tak perlulah beli breast pump dulu.. Sampai merajuk rajuk k berdebat pasal ni. Hehe

Akhirnya hari kebersalinan pun berlaku.. Althaf Muhammad selamat dilahirkan, dan Masa hari ke-Empat berpantang, Nurse datang rumah untuk cek ibu dan Bayi. Masa tu Breast memang sangat sangat bengkak. Masa mandi pun boleh meleleh lagi susu.

Dan boleh rasa lah, dekat bahagian breast tu macam berketul ketul. Sebab baby baru lahir kan banyak tidor. Jadi bila susu tak keluar, and our body keeps producing milk jadilah gitu. Memang rasa sakit masa tu. Hish, sakit beranak tak hilang lagi, sakit jahitan yg erghhh tu mencucuk cucuk tambah lagi sakit yang bengkak ni.

Nurse pesan dan bagi nasihat untuk

♡ Kena selalu pakai bra, walaupun dekat rumah. Supaya tak londeh dikemudian hari (maaf entry ni opennn sangat)

♡Bila rasa bengkak dan berketul ketul tu, ambil air panas then tuam dengan kain. Perah, dan letakkan dekat bahagian yang berketul ketul tu. Alhamdulillah it works! Lepas dah takde ketul ketul tu barulah kena pump.

Hari tu jugak suamiku beli breastpump lepas Nurse balik. Muka dia pun penuh kasihan kat aku masa Nurse terang terangkan tu. Hahaha.

Rezeki susu Allah bagi kat Althaf memang banyak. Sampai sekarang hari hari kena pump kalau tak habis bengkak. Walaupun dia dah menyusu banyak. Jadi breastpump yang hubby belikan tu memang sangat sangat berguna. Alhamdulillah ya Allah.

Single electric breastpump from Lacte, memang best. Susu senang keluar dan sunction tak sakit sangat

Hubby tengok susu banyak sangat kat Freezer, dia kata nak buat apa susu susu niiii. Haha. Kita pun katalah kat dia. Mana tahu in the future, Kalau ajal datang awal ke.. Kalau susu drop ke... Nau'zubillah. Taknak... TT tapi nak buat macam mana, bila dah terpaksa pump, sampai tak muat. Takkan nak pump then buang kan? Rasa kufur nikmat pulak sebab betapa banyak nya ibu ibu yang tak dapat susukan anak mereka. Jadi kena sentiasa rasa  bersyukur bersyukur dan bersyukur. Dan jangan sesekali condemn ibu ibu yang tak dapat menyusukan tu. Sebab kita tak tahu rezeki anak ke dua dan seterusnya macam mana kan.

Breast pump from Lacte ni rm200+ untuk yang single punya. Ikut ekonomi kalau nak beli yang Double pun boleh, dan nak beli breast pump yang Beribu ribu macam Medela pun boleh.Tahan lama kan dan fungsi nya ofocurse lebih bagus.. Tapi Medela selalunya tengok working mom yang guna sebab diorang nak kena pakai selalu dan lama. Jadi why not.. Kalau suri rumah dan nak modal yang rendah boleh try Lacte ni atau banyak lagi jenis breast pump yang worth it. As long ada lah kan.

Kesimpulan entry ni, bolehlah nak beli breastpump, tapi tengok dulu keadaan lepas bersalin macam mana. Sebab kedai baby banyak kan sekarang. Boleh je save duit siap siap dulu ke, then bila dah bersalin just suruh suami belikan. Kerana kedai baby dan rumah dekatnya hanya sekangkang kera.


Sekiann! Adios Assalamualaikum:)

24 February 2017

Duck Planner! Oh-my-Rabb

Okay gaissssss!! 
Lets Assalamualaikum first,hahaha!

Hye Assalamualaikum!!

Yesss it is!! I finally got the Duck Planner!!Or, MY HUSBAND FINALLY GOT ME THE DUCK PLANNER!!!





If you dont understand why i am so excited, do read my previous entry cause you'll know how much i really wanted this! (go read now)( dont forget to click the ads )( got money from it)(lol!)TSKKKKKKK CRIES A RIVER #ifyoufollowmytwitteryouwillknowtoo #meroyanhabisdekatsana hahaha

I just finished my 44 days of pantang (PHEWW), and the planned is to eat Pizza Hut after my pantang is over. So, we headed to IOI City Mall to eat and jalan jalan with beloved Althaf Muhammad. Suddenly my husband said we have to go to Gombak after jalan jalan kat IOI to get some stuff.I was just -uh oh oriteee.


my love....

Our beloved son, Althaf Muhammad (very well behaved, tunggulah dah dapat kaki nanti hahaha!) 


surpppp!!!

It was more touching because the efforts he went through:

1) no more stock available ever,so he cannot just buy it from the website or get it through the stores

2) he went all the way from bangi to gombak just to get it (GOMBAK JAUH K!!) #wehavetofollowhimthough #sotiring #stillnewtomotherhood HAHAHA!I am sure he was tired from all the work,have to bring us jalan jalan lagi, then pergi Gombak lagi..*teary eyes*

3) the fact that he surprised me! he said he wanted to get some stuff @gombak,I thought he wanted to pick up the shoes that he has been longing for. It is okay hubby,you can get it next month k.HAHAHA. 

Siap letak nama as Adidas sebab taknak kantoi hahaha! Memang nak nangis masa tu terharu tapi tengah penat gila airmata tak keluar 


But to be honest, the Duck Planner is far from my expectations, I mean it is good in terms of the quality, and the cover got style, but in terms of varieties, other planners are way more betterrrrrr than this. Hihi DAH DAPAT COMPLAIN PULAK!! hahaha, The planner merely consists just the table of calendar,some quotes, and blank of pages.Thats it. 

Next time boleh letak list things to do ke, budget table,weight management ke,life goals ke, letak lah apa apa pun to worth the price! hahaha. But overall iloveeeeeeeeeeeit!

Thankyou so much dear husband, i love you *wordscannotcontainhowmuchivebeenthankfulformanlikeyou*

Prophet Muhammad s.a.w said

 “Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

I AM SURE YOU ARE ONE OF THEM!



And Alhamdulillah ya Allah, without your blessings and rahmah these all will not happened. 

IloveyouAllah!!!

Thankyou!!!!!!

Adios Assalamualaikum!


25 January 2017

one funny story during my first labor experience

Hye Assalamualaikum semua!

Sedang menaip dalam keadaan meniarap! ya ALLAH terima kasih atas nikmat yang ditarik selama 9 bulan sudah dikembalikan.. Ahahaha..

Hari ni 26 hari bulan Januari, dan Alhamdulillah usia perkahwinan kami sudah pun 10 bulan hari ini! Be excited okay. Walaupun belum 10 TAHUN!! hahahaha. Hargai setiap detik, masa, minit, hari, bulan, dan tahun bersama yang tersayang.. Perempuan kan.. Semua benda harus di sentimental kan..

Thankyou Allah for these two boys in my life....


Sekarang ni dalam pantang lagi. Masa terasa sangat cepat berlalu. Yes. memang. Tapi kenapa dalam masa pantas berlalu tu, nak countdown habih pantang ni terasa begitu lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? Ahaha.. Hari ni baru hari ke 17..... Ada lagi 27 hari lagi.. Okaylah, okay. Hadap je lah.. Demi kepentingan diri jugak kan.

Nak cerita tentang amalan masa pantang, tapi sebab pantang pun baru 17 hari kan.. Jadi i would be the last person to refer kalau nak kongsi tips tentang pantang ni.. Hehe.. Mungkin bila dah habis tu bolehlah kot kongsi apa apa yang boleh dikongsi..

Back to the main point of this entry! Nak cerita benda yang kelakar masa labor hari tu. 

Oh my husband..

Haha..

My husband knew i like Vivy Yusof. Everyone does. She is a phenomenal kan sekarang.. Suka dia sebab dia kelakar gila.. I loveeeeeeeeeeeeeeeee reading her blog!! Tapi taklah adore sangat sampai everything yang dia pakai or ada, kita teringin.. Tapi vivy is a nice lady, humble dan kelakar walaupun berjaya gitu.. I used to read her blog everydaaaaaaaaaaaay masa pregnant. And terhibur gelak sorang sorang.. Hubby pun "eeeeeeee vivy lagi". It is just my kind of entertainment lah masa tu dok sorangsorang kat bilik.. 

Kalau ada benda/entry dia yang kelakar kelakar ke mesti cerita kat hubby suruh dia gelak sekali.. Hahaha.. Hubby tahu this one brand dUck yang Vivy ada. Tahu lah yang scarfs2 duck ni mostly ratus ratus.. Tapi me being me, i never actually want one. Walaupun selalu tease hubby yang

"oh my rabb hubby gila lah this scarf worth rm300! and it sold out in 30 minutes"

"can i have it hubby?"

Tapi sebenarnya, sumpah tak nak pun. Sebab selalu rasa for me yang selekeh ni nak pakai tudung mahal mahal it is just not me..Ada tudung duck yang plain tu harga hundred something je and hubby offer kalau nak, belilah, tapi kemahuannya ditolak (wakaka kemahuan dia sangat) Baik beli baju kan.. sebab ada je tudung plain yang lain lain murah lagi. Walaupun kualiti berbeza, unless the limited edition yang duck scarfs keluarkan tu lain cerita lah..Tapi tak pernah rasa nak ada.. Sebab seorang Aqila pakai tudung ratus ratus dengan selekehnya? euw...

But. 

I really really really wanted the Duck 2017 Planner..





Tapi masa tu, dah ada 2017 planner yang Asfia hadiahkan. So hubby reluctant nak bagi beli.. Dia kata " kan dah ada yang planner fia bagi tu/.." bla bla bla...

Tapi memanglah, planner banyak banyak nak buat apa kan. TAPI!! I REALLY REALLY WANT IT! HAHAHAHAA.. Itu je lah, benda dari Vivy's brand yang kita nak sangat sangat..

Dapat ke? MESTILAH TAK. HAHAHAAHA.. Sebab?

1) dah ada planner lain

2) it sold out gaisss!!! tetibe je dah sold out..

3) diri sendiri offer nak benda lain.. Nampak topi and sarung tangan utk Baby's A kat Mothercare... Sebab topi tu tinggal satu... cakap kat hubby

  " takpelah hubby, taknak duck planner , nak topi ni.."

OH M GEE PENGORBANAN SEORANG IBU SANGAT!!! hahaha Hubby pun macam " seriouslahh?? taknak dah duck planner (sebab hari hari cakap nak planner tu kat dia) , nak buat macam mana.. topi cute tu dah tinggal satu.............................................................................................................................................................................................................................. damn.

my precious....nilah topinnyaaa! haha

Hari demi hari pun berlalu....

Tiba tiba satu hari ni tak tahu lah kenapa boleh tweet macam ni.... Hari yang sakit contractions kuat tu..dan esok paginya beranak.. Hubby sempat baca kot tweet tu... hahahaha



Mungkin sebab dah pasrah Planner tu dah habis, dan memang tak akan dapat punya.. Makanya ada tudung satu pun jadi lah.. Padahal taknak pun.. Hahaha..

Long story short (padahal panjang gila intro)

Masa dekat labor room tu, tengah dok bertarung nyawa menahan sakit contractions tu... Hubby tiba tiba cakap

" sayang.. you can do it! Habis ni nanti, kita belikan sayang Duck scarf okay"

.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.  

HAHAHAHAHA!!

Tak taula nak gelak ke apa.. Masa tu fikir...

"YA ALLAH HUBBY, im in paiiiiiiin, how could you offered to buy me a duck scarf!!" hahaha.

Kita buat dont know je lah masa tu.. Sebab taknak benda lain dah time tu. Tak sempat fikir pun! Tapi rugi tak mintak macam macam tengah sakit tu. Mesti beliau bakal kata "okay" je to whatever yang ku mahukan. hahaha

Tapi, terharuuu jugak bila fikir balik.... kelakar pun ada.. Sweetnya lah manusia handsome sorang ni....

Dan beberapa hari berlalu... satu malam ni, i asked him

"hubby do you still remember what you offered me the other day masa kat labor room.."

"do you know... Duck scarfs ada keluarkan keluaran baru tu.." (ngam ngam pulak tudung tu keluar after beranakkan Althaf..)

"yang rm800 tu......"

and my husband replied

"gilaaaaaaaaa 800 ringgit tudung! tudung boleh buat apa tu" sambil geleng gelengkan kepala

"it got swazroski laaa!!"

Dia masih geleng gelengkan kepala..

Saje lah nak usik dia masa tu,

" tapi hubby kata nak belikan kita Duck scarfs masa lahirkan Althaf hari tu.. Tudung duck scarfs yang lain lain tak WORTH MY PAINN OKAYY! at least yang rm 800 tu laaaaaaaaa baru berbaloi2!! walaupun nothing can compared to my pain" 

KAHKAHKAH.. dan beliau masih gelengkan kepala ketidakpercayaan terhadap harga tudung tersebut..


Tahu pun takut. HAHAHAHAHA

And, until today i still want my DUCK 2017 PLANNER... lagi lagi bila diorang dah keluarkan sticker sticker yang comel comel tu......................



Hopefully ... Hubby read this!! hehe


Adios! Assalamualaikum!










16 January 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di Hospital Serdang

Hai.. Assalamualaikum semua..


Yayy dah beranak! Ahaha.. Allhamdulillah... Yayy yayy pun masya Allah sakitnya nau'zubillah..

Due date baby A 10hb January 2017, dan begitu menepati janji nya dia, dia nak keluar jugak tarikh tu.. Hehe... Alhamdulillah



Malam 8hb
 -mama ajak jalan mid valley jumpa kawan dia.. "bagi senang beranak sikittt " katanya, kita pun okayy je sebab lama tak keluar sama sama kan.. Masa mama ajak tu we ols baru buat whitening teeth guna cara tradisional..bukan main kau ye... hahaha

Malam tu first time ada rasa sakit macam sakit senggugut tu.. Boleh tahan jugak sakitnya. Tapi kita happyyyy sebab macam "YAYYY AKHIRNYA AKU ADA SAKIT KONTRAKSI! BABY DAH NAK KELUAR YAYY" bukan main suka aku masa tu yer.. kahkah kau tengok je la nanti.........

sempat suruh hubby ambik gamba malam 8hb tu.. 

9hb (pagi)
-Selalu bangun tengahari.. tapi hari 9hb tu lepas subuh tak tidur semangat buatkan hubby shake bawa gi tempat kerja.. Siap kirim kat hubby lagi nak makan mihun dengan milo ais.. hehe.. Pagi tu dah rasa dah memgeras yang lain macam.. Tak sakit.. tapi mengeras dia macam buat kita terpaku tak boleh gerak. Banyak kali jugak sampai la ke petang..

9hb (petang hingga ke pukul 6petang)
- Masa tu Zuhur, power nap kejap nak tidur.. Bangun pegi toilet ada darah dan lendir coklat.. Darah non stop jugak mengalir walaupun tak mengalir macam darah haid..

(throwback to 31st Dec 2016, ad spot darah and lendir. Tapi mama cek bukak bukaan baru 2cm sampai ke 9hb haa )

Mama balik dari kl terus dia cek bukaan, dia kata sama je macam dulu.. Bukaan baru sikit.. Kepala baby kat atas lagi.. Masa tu rasa macam kecewa sikit.. Hihi tapi pelik jugak sebab darah banyak jugk keluar dan sakit contractions tu makin lama makin parah nak menanggungnya.

9hb ( 6pm onwards )
- Sakit masa ni dah tak boleh nak dibawa berbincang.. Sakit sampai keluar air mata.. Haha.. Dan ianya konsisten every 5-10minutes mesti rasa sakit.. Tapi sebab mama kata bukaan belum bukak, kita pun menggagahkan diri nak jalan malam tu.

Hubby pun bawak pergi jalan IOI City Mall. Sebelah tu Hosp. Serdang je. Memang plan nak bersalin kat situ sebab dekat dengan rumah. Sampai IOI masih menanggung kesakitan yang tak boleh jalan tu.. Asal sakit je stop.

TAPI TAPI TAPI! Selera makan masih ada.. hahaha Makan lah kita apa yang kita mahu malam tu.. Hubby offer segalanya nak makan itu ke nak makan ini ke macam tahu tahu je kejap lagi kita beranak. Kita ni tak yakin lagi beranak ke tak kan sebab memang lumrah alam aku ni blur orangnya.  Haha.. Makan sambil nangis nangis sebab sakit dan nervous takut semua ada.. Tapi pujuk diri depan hubby...

"i can do it right hubby..." mengalir air mata...
"ya sayang.. you are a strong girl kan.."

Habis makan, plan nak jalan ioi tu tapi sebab dah tak larat sangat request kat hubby nak balik..

Balik ke? Mestilah idok. Sambung makan nasi lagi pulak dekat kedai makan. Hahahaha. Sebab baca baca kena ada tenaga dan makan cukup sebelum bersalin. Walaupun ragu ragu bersalin ke idok, yang penting MAKAN!

9hb (11pm)
Lepas tu barulah gerak pergi Hospital Serdang.. Sampai sampai sana ramai jugakla orang.. Nak tunggu daftar masuk.. Bila dah dapat daftar tu akak tu pesan siap siap yang Hosp. Sekarang tengah takda katil. Mungkin kena tunggu dekat sofa atau kerusi je.. Sebab memang penuh. Kalau nak katil pergilah kauuu ke Hosp. Kajang/Klang.. Tapi kita nak jugak hosp. Serdang.. hehe Hosp. Putrajaya pun masa tu katanya penuh jugak..

10hb (2am)(masuk labor room)
-Tunggu punya tunggu akhirnya dapat dicheck oleh doktor.. Buat CTG Scan dulu... Lama jugak nak buat CTG tu rupanya.. Mummy dengan hubby dah tunggu kat luar.. Kesiqn kat mummy suruh balik dia tak mau.. Lepas doktor dah cek ctg dia tengok ada contractions yang kerap.. dia pun buat VE.. Cek cek dah bukak 6cm.. Lepas tu dia pecahkan air ketuban..Tengok warna air ketuban doktor cek "clear, tolak masuk labor room"

o
k
a
y.. cool doctor cool..

Saya datang nak cek je ni.. Tiba tiba air ketuban dah pecah dan tiba tiba dia kata tukar baju, bukak semua cincin, dan suruh nurse panggil Suami masuk untuk dibawa ke labor room.

"Awak kena tunggu kejap, kalau labor room kosong kita masukkan awak terus ke labor room"

Dan memang aku dibawa ke labor room terus.

ZZAAPPPP. Sepantas itu yer.. TT tak ready tak solat hajat lagi sebab blur blur betul ke hari tu bersalin...

Tapi masa dalam labor room BLUR LAGI. Ni bilik bersalin ke? Tanya hubby.. dia pun tak sure.. Bila nurse masuk, tanya nurse tu..

"Ha ah ni bilik bersalin, awak dah tak boleh makan tak boleh minum yer"

ok....ay..... The doctor said i have to wait first! Ni kenapa dah kat bilik bersalin ni!! Hahaha..

Tapi time tu tak gelak la sebab kita tengah sakit yang amat...

"Hubby.. kita tak solat isya lagi ni..." sambil nangis nangis.. Tapi time tu dah kotor.. rasa macam was was nak solat boleh ke tak ni.. Kan datang nak cek je mana tau dah boleh bersalin TT..

Lepas tu berharap dalam hati supaya sempat bersalin cepat supaya dapat solat nanti.. Tapi nanti dah bersalin mana boleh solat ada darah nifas !

Masa tu minta hubby call Mama... minta maaf dengan mama.. minta mama mudahkan sampai nangis nangis sebak.. She is one of my everything.. Betul.. Kasih sayang ibu tiada bandingannya.. Akhir perbualan cakap "i love you mummy.. i love you so much " sebab takut tak dapat ucap lagi lepas ni..

10hb (3-5a.m)
-Masa ni sakit contractions tu memang kerap sangat sangat. Dalam 2 ke 3 minit sekali dia datang. Time takda contractions tu time tu lah terlelap sebab penat tanggung sakit contractions. Time ni tunggu je bukaan bukak 10cm supaya boleh push baby keluar.. Masa tu zikir banyak banyak.. selawat.. doa nabi Yunus sentiasa di bibir minta Allah permudahkan. Rasa masa tu masih lagi "boleh ke aku buat ni ya Allah.. betul ke baby dah nak keluar ni.."

Then pukul 5 lebih macam tu doktor cek lagi bukaan.. dia kata dah boleh dah ni baby keluar.. Sebab bukaan dah penuh, tapi kepala baby kat atas lagi.. 

Then doktor decide nak masukkan Ubat induce yang bagi lagi sakit contractions makin kuat..

10hb (6-7am) Crucial Time..

-Astaghfirullah sakitnya masa ni ya Allah.. sangat sangat tak tertanggung rasanya.. Sangat sangat sakit... sangat.. sampai tumbuk2 hubby.. tarik rambut dia (sambil zikir sambil belasah dia).. Lepas sakit tu stop kejap, minta maaf balik kat hubby sebab tak tahu kenapa sakit sangat terbuat dia macam tu.. Dia kata takpe.. Hubby pun sepanjang tu tolong baca surah surah.. Ajar teknik zikir nafas Allahu Allah... Zikir..selawat apa semua... 

Tak tahulah jadi apa kalau Hubby tak teman masa tu. Memang sakit sangat dan memang perlukan semangat dan orang yang boleh rasionalkan balik minda ni..

Dia punya sakit rasa sampai minta Allah cabut nyawa ni.. tapi Istighfar balik.. Aku kena kuat.. Nanti siapa nak jaga baby.. Nak jaga hubby.. 

Pukul 6 lebih macam tu masuklah beberapa orang nurses suruh push push time contractions kuat... Huuuuh.... Seriau bila ingat balik.. Banyak Kali dah push diorang kata kepala baby dah nampak, tapi sebab tak larat sangat nak push terstop balik push.. So baby tak keluar keluar..

10hb 7.00 - FINAL PUSH
- Sakit contractions datang lagi. Nurse suruh pushhh kuat kuat 10 saat, pandang perut.. Tarik nafas sekejap..Then push lagi..

Masa 10 saat pertama tu je mampu buat, Nurse dengan hubby dah cakap dah

"pandaiii!! pandai awak pushhh sikit lagii sikit lagi!! kepala baby dah nampak dah tu!!"

"Sayang, sikit lagi sayang.. baby dah nampak dah tu.."

Memang masa tu dah tak larat.. tapi entah macam mana.. Allah bagi kekuatan.. Last push tu memang cubaaa jugak dengan bantuan nurse2 dan hubby...

10hb 7.14 pagi...
- baby pertama kami... Althaf Muhammad berjaya.. dengan izin dan belas kasihan Allahu Rabbi... selamat dilahirkan..... 

Sebaknya rasa...

Alhamdulillah ya Allah.. tanpa kekuatan Allah, belas rahmat darinya.. mesti lagi sukar dan tak terdaya langsung... 

..

Althaf keluar je, nurse letak Althaf kat dada kita.. Kita waktu tu baru rasa lega dan ter awang awangan lagi... Jadi masa Althaf di dada tu rasa blur.. Betul ke ni...

Rupa rupanya.. Althaf sebenarnya dah terbelit dengan tali pusat dia.. Dua kali jerutan pulak tu.. SubhanAllah.. Sampai dah keluar baru tahu dia terjerut.. Ctg scan denyutan baby okay je.. Last scan dengan doktor pun doktor cakap everything is okay.. 

Kalau doktor tahu yang dia dah terjerut macam tu.. Tak berpeluang lah nak bersalin normal.. Selalunya Ceaser je terus takut ada bahaya pada baby.. m 

Patutlah Althaf susah sangat nak turun turun and kepala dia kat atas je walaupun kita ni berminggu aktif kan diri pegi mana mana jalan, swimming, ketuk ketampi.. 

Bersyukur sangat sangat kat Allah.. Althaf dilahirkan normal walaupun dengan keadaan begitu.. Alhamdulillah ya Allah.. Segala puji hanya untuk-Mu. Kita pun selalu doa nak bersalin normal dan dipermudahkan sambil usap usap perut.. 

Sambung balik.. haha 

Bukan sampai situ je kesakitan seorang ibu yang melahirkan.. 


Kena lalui proses keluarkan Uri.. Waktu ni nurse suruh buat buat batuk.. Dengan tiada tenaganya.. Beberapa kali jugak baru Uri keluar.. Besar rupanya Uri.. hahaha..

Then proses menjahit... walaupun dia dah bius apa semua.. Allahu.. rasa dijolok jolok banyak gilaaaa kali untuk keluarkan darah apa entah dalam bawah tu, lepas tu proses jahit yang agak banyak jugak.. 2nd degree Tear, melibatkan jahitan dalaman.. 

Mengadu kat nurse sakit...sakit... tapi Nurse bebel balik kat kita "ye saya tahu awak sakit... tapi saya kena buat ni bla bla bla.." haha.. Nurse ni..saya nak ngadu je.. 

Tapi overall semua Nurse2 kat Hosp Serdang baik baik dan alhamdulillah senang bekerjasama walaupun ada yang garang garang sikit.. Kenala garang.. kalau tak, kita tak semangat nak keluarkan baby.. hehe..

---------------

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....

ya Allah atas segala nikmat dan rezeki.. Bagi Ibu dan Suami yang sangat sangat caring dan sayang kita... Family yang supportive... 

Semoga Allah memberkati (mesti) akan manusia manusia macam mama dan hubby.. Yang sentiasa ada bagi semangat, kasih sayang.. dan pelbagai lagi... 

Thankyou mama.. jaga anak mu ini.. masa pantang, masa mengandung..korbankan duit..masa .... ya Allah pengorbanan mu hanya Allah sahaja yang mampu balas... I love you so much my mom... Allahu... 

Mummy dan cucu ketiga nya.. 

Thankyouuu so much my love, sayang.. suami ku.... I love you... and i know Allah loves you too.. For everything.. Yang tak letih letih melayan isteri mu ini.. Bantu buat segala galanya..  You are gift from Allah and for that.. i felt so blessed.... Tunaikan apa yang kita mahu seadanya.. dan semuaaaa semuanya lah!! 

Tahi pertama Althaf yang dibersihkan papanya.. hehe 

Sekian.. itu sahaja coretan.. buat kenangan.. Hehe 

#banyaklaginakcerita..
#tapidahtaklarat
haha

adios! Assalamualaikum:) 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...