Hi Assalamualaikum!
Buku Diari Hamil mengatakan seorang ibu mengandung akan cepat melupai sesuatu perkara, kerana keadaan ibu yang terus menerus bekerja berlebihan untuk perkembangan bayi sehingga menimbulkan penghalang kepada pemikirannya (-ms 66 salin sejibik hahahahaha). Oleh kerana itu, sebelum ingatan manis ku dimamah usia dan waktu..marilah kita mencoretkan sedikit caritan untuk dibaca anak cucu tentang kisah cinta ...
mummy dan papa.... (masa ni mummy tengah pregnant anak pertama, 3bulan baru..)
Kami mula mengenali pada hujung 2013 pada satu trip gunung (v1) yang mengambil masa selama 6 hari 5 malam (kalau tak silap lah hahahaha ). Mengenali disini bermaksud hanya mengetahui bahawasanya si dia wujud di muka bumi. Kerana, di trip 6 hari itu hanya ada dua memori sahaja yang terkesan di dalam otak mengimbas wujudnya suami ku itu.
gituuwwww
Memori yang pertama, pada pagi di Puncak Gunung Korbu, pihak urussetia menyediakan sarapan mee ke keaw teaw dan memandangkan sajian itu sedap, tiba tiba sahaja suara siapa entah menunjukkan ke arah tukang masak sarapan itu. My first impression was
"oh...dia... okay...*senyum*" Perasaan itu memang kosong, tapi seakan tenang. Mungkin kerana dia seorang yang luarannya sentiasa tenang dan lumrah alaminya pendiam dan tak banyak cakap (but he talks a lot now, with me ihikihik) (it is a STRUGGLE to make him talks) (after months of training) (hahahaha)
Memori yang kedua, adalah pada penghujung trip dimana banyak penurunan dari pendakian berlaku, semasa sedang mahu sampai di rest point yang dari kejauhan dah dengar suara suara dari orang yang laju2 belaka sedang berehat, ternampak satu beg dibaluti plastik sampah yang diletakkan di tengah rest point tu, dan sesuka hatinya ku meramas beg itu. Rupa rupanya bukan beg yer, tetapi suamiku yang dibaluti plastik sampah hitam itu . (lol, kenapa perkataan ini nampak seperti.....................lain?) (meramas=memegang=membelai lebih kurang lah apepapelah kan hahaha)
-'-
I was so shocked, and he also shocked. We together gether shocked. Tergelak semua yang menyaksikan, apetah lagi yang dalam plastik tu. Hahahaha
Mungkin Allah nak bagi hint kepada yang meramas dan diramas
"this is your future wife, and this is your future hubby, please make it memorable that you two will be soon married to each other and lived happily ever after"
ececeh.
And that was it. Sepanjang 6 hari, itu sahaja memori yang terpahat berkaitan dengan suamiku itu. Betapa tak pentingnnya dia didalam kehidupan ku ketika itu. HAHAHAHAHAHAHA. (now i cannot ever think i can even live without him, i loveyou sayang) (sorry ter cheesyyy pulak) hahahaha.
Dan selepas trip itu tiada apa apa yang berlaku, kecuali mendapat friend request di facebook bernama "Muhammad Rabani" (indahnya namamu sayang... BAHAHAHAHA). and that wassss it also. Kebiasaan lah, lepas trip je facebook mesti ramai kawan kawan yang dari satu trip akan add meng-add kerana apa? Kerana gambar yer gaiss.. hahahahaha. Tagged photos and all that.
Beberapa bulan kemudian, kami berjumpa semula pada Trip CBL.. (berjumpa di gunung sahaja, mampu tak? hahahaha) Masa tu, saya ada seorang kawan perempuan gunung yang saya rapat, yang merupakan kawan juga kepada suamiku itu (kami berjumpa di Gunung juga) hahaha, dia selalu bercerita tentang pelbagai perkara, salah satunya
" Rabani tu siyess baik..dia selau ada...bla..bla... etc etc..lepas tu sambung cerita lain" hahaha. Semestinya kawan saya tu tak bermaksud nak mengenenkan atau apa apa. Tapi disebabkan pujian dia terhadap suamiku itu, membuatkan saya yang agak susah open pada lelaki menjadi rasa senang nak berkawan dan approach him first.
Buktinya,
Sebelum bas bergerak ke Terengganu, (cbl terletak di situ), suamiku itu merupakan Along "pengutip duit" pada yang belum melangsaikan duit trip. Hahaha. Dan tiba tiba sahaja waktu dia sedang mengira duit yang begitu banyak itu, saya mendekatkan diri kepada dia lalu.........
"nak tolong kira boleh tak"
Dia buat muka terkejut dan selenger sebentar.
"oh haaa boleh boleh.."
lalu duduklah kami berdua di kerusi panjang hentian LRT Gombak, mengira saling berdepanan..
BERANINYA AKU!!! APEHAL KAUU TIBA TIBA APPROACH DIA??!! bahahahahahaha.
Faktor utama mungkin sebab, suamiku tu rapat dengan kawan rapat perempuan ku tadi, jadi secara automatiknya, haruslah aku terjebak dan pura pura rapat sekali. Peramah betul tiba tiba seorang Aqila Safuan.. Haruslah, haruslah peramah. Pergi trip yang takde kawan, atau kawan seketul dua, kenalah jadi peramah kalau tak, tak best lah..
malahan approach untuk offer ambik gambar dia???? berani sungguh kau hahahaha
haaa yang tengah tu lah kawan rapat perempuan sepergunungan saya. Dia baru kahwin minggu lepas and i am so happpyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy for her! See, pura pura rapat jugak ambik gambar bertiga hahahahahahaa
Trip tu sumpah best, sebab banyak jumpa kawan kawan yang best, tempat SubhanAllah cantiknya.... Rinduuu sangat sangat, dan tempat tu la menjadikan kami dari strangers bertukar menjadi kawan biasa.. dan lama lama menjadi rapat... lalu rapat bertukar... (alahai..tiba tiba hati melting) (HAHAHAHAHAA) (kau kenapa..) Tapi masa tu jadi kawan biasa lah. Berbulan bulan bertukar tahun baru jadi rapat..
Orang bising bising borak sana sini, suami ku tu hanya tumpang gelak, tak gelak senyum. Eh tu je ke awak mampu masa tu? Hahahaha. Lumrah orang pendiam kot. Main tembak2 air pun guna gigi je dia senyum dan gelak. Tapi dia cakaplah dengan orang orang yang dah biasa.. Dengan saya baru lagi kot... Hahahaha. Gaiss.. he do talks okay. Dengan orang yang dia tak biasa ja dia tak cakap. Dia senyum je. Comel kan. Hhahaha.
Lepas dari trip tu, banyak jugak trip yang kalau dia pergi, saya pergi. Kalau saya pergi , dia ada. Dimana ada ku, disitu ada kauuuuuuuuuuu.. HAHAHAHAHA. Tapi jujur, bila berkawan dengan dia, tak pernah ada rasa dia ni..
Macam mana yer nak expresskan in words..
Comfortable 100% dengan dia, walaupun dia tak banyak sangat cakap, tapi kita senang nak bercerita dengan dia, senang berkawan dengan dia, He is a great helper. Kalau ada benda yang dia boleh tolong, semestinya dia tolong. Tanpa berkira. Tak pernah rasa dia menggatal atau nak mengayat, he is not that kind of guy. Mulut tak manis langsung. (masa bercinta , dan lepas kahwin lainla) (HAHAHAAHAHA) tapi sebelum kami heart to heart. Memang tak langsung dia bermanis manisan.. Hanya dari perbuatan je boleh agak dia "eh dia ni suka kat aku kot" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAA. Amboi panjang gelak qila?
Dan perangai perangai dia ni semua orang setuju rasanya. Baik kawan lelaki, baik perempuan, memang dia berpelakuan sebegitu. Sentiasa menyenangkan orang. Sentiasa Disenangi. I knowla,,i observe bila dia dengan kawan kawan. hahaha. Dan orang seperti ini, merupakan kebaikan Allah nak beri pada kita.. Thankyou Allah.. Segala puji pujian, nikmat, kebahagiaan hanya buat -Mu.
Masa ni dia baru sampai dari Kedah, sanggup datang Konvo kita walaupun semalaman dalam bas, bawak bunga lagi....tapi dia mandi ke tak eh?? hahahaahaha
------------------------------------------------------------------
Penghujung March 2015,
dari Nov 2013-2014-2015, bulan March baru kami heart to heart, dan confessed we loved each other and start a new relationship for us. Hahahaha.
Padahal sebelum tu, dah bagitahu dia dah i have a crush yang berlangsung selama bertahun tahun itu (kau ingat cinta kau cukup sejati lah kau setia suka laki ni bertahun tahun?) (hahahaha) tapi dia respon
"oh...ye ker.." pastu bagi nasihat sikit.. Takde pulak dia suruh berhenti berharap ke apa. That is how kind he is. Dan sejenis pasrah/lantak kaulah. Lelaki tu pun tah tau awak wujud ke tak. Itu yang dia kata dulu. Jadi sebab tulah dia tak kesah pun pasal bekas crush ku itu. Wah. berkeyakinan. Dan dia terus menjadi diri dia, membuatkan ku jatuh cinta...hari demi hari..... (k k k stop..) (bukan novel cinta) hahaha.
Dahla masa first time confessed tu, terus cakap tentang Alam perkahwinan (HAHAHA, tak penyabor penyabor ..) Maksudnya, perhubungan yang akan dijalinkan ini bukanlah main main. Lagipun, kami berdua masa tu belum ada kerja yang kukuh atau apa apa yang menyebabkan kami boleh berkahwin. Cuma niat tu dah ada.. Selalu kalau keluar berdua.. selalu cakap tentang kahwin. Dua dua tak sedap bercinta tanpa ada perhubungan yang halal. Tapi nak kahwin, tapi tak mampooo. Hahahaha
Bulan 6 2015 ke, masa tu Puasa pertama, dia ada interview (masa tu takde kerja tetap lagi, job ada pun job naik gunung dan kerja di kedai air) Dan alhamdulillah dia dapat kerja tu.. Masa tu lah baru boleh bernafas sikit, barulah boleh fikir nak kumpul duit kahwin ke, hantaran apa semua lagi. Kesiannya suamiku. hahaha. Tapi waktu tu tak decide lagi tarikh tunang ke kahwin ke. Kami berkeyakinan je kami akan kahwin. Masa keluarga dia datang , dengan niat nak berbual bual antara dua keluarga, lebih mengenali antara satu sama lain itulah.. tiba tiba terjadi Rombongan Merisik. Cincin takdelah (ohgosh adat...toksahlah komeee) Mama, saya yang slamber tu tiba tiba je tanya bila nak satukan depa ni. Tiba tiba terkeluar dan satu keputusan tegas
1) tarikh bertunang (bulan 27/12)
2) tarikh kahwin (26/3)
Gugup tak gugup mak ayah suami ku, bertemu dengan 'kasi redah sajaaaa' mamaku. Hahahaha, Jadi dari situlah titik. Okay tak boleh dah keluar selalu, fokus nak kumpul duit yada yadaaa.. Tapi tak jugak. Tak jumpa nati mandi tak basah, makan tak kenyang (sekarang pun TT). HAHAHAHAHA. Sudahla masa tu, mama cadangkan kahwin bulan 1 terus je. Oh mamaku!! Hahahahaha. Tapi disebabkan atas rasional rasional yang berlaku, ayah mertuaku mengatakan kahwin bulan 3 je la... Alhamdulillah. Itu pun dah cukup awal dah.
masa ni baru lepas membuang, tiba tiba dah kena panggil.. nervousnya...Allah je tahu
my forever friends...thankyou kesayangan.. they helped a lot, and give me tips a lot also hahahahahaha
mother....
Bila kitorang dah tegas nak jugak kahwin, selepas 5, 6 bulan macam tu dia dinaikkan pangkat. Lihatlah betapa Agung dan benarnya ayat Allah.. Kalau kita betulkan niat, nak kahwin...murah je rezeki Allah bagi.. Mama pun kata kat suami, hantaran berapa berapa je dia mampu bagi.. Alhamdulillah, semua Allah mudahkan....
broccolis...rinduuuuu TT thanyou surprisedkan diri ini yang tak seberapa.. terasa bahagia princess princess gitu. hahaha
testing baju one week before kahwin... haha..
with my parents...
Dan Alhamdulillah, we are now married!!
Dan sesungguhnya, saat ni masih lagi rasa tak percaya dah kahwin dengan lelaki sebaik dia.. Hari hari doa kat ALLAH, limpahkan kebahagiaan ni sampai bila bila.. bimbing kami menuju ke jalan dan Redha Allah. Rasa bahagia sangat setiap hari sebab dapat lelaki yang baik macam hubby.. Rasa bersyukur..semua rasa adalah. Baik macam mana, bak kata kak nurulism dalam blog dia, baik suami tu biar kita je lah tahu. hahaha..
Penatnya. okaylah itu sahaja.. Mungkin lain kali boleh kasi up satu entry "my wedding day".
ADIOS!!