31 July 2016

Cranky

Hi Assalamualaikum!

Semalam 31 Julai, saya menutup penghujung bulan dengan sifat sifat yang tersangat cranky. Ini semua salah kucing! hahahaha Kucing pula dipersalahkan.

Cranky ni selalu digunakan untuk budak budak yang tiba tiba je menangis tak tentu hala. Itu yang aku faham la. Tapi untuk aku, cranky ni boleh dikatakan mengeluh, menangis merengek tak tentu hala, tak tahu sebab, perasaan yang tidak selesa dan pelbagai lagila! Oh! sungguh crankyyyy rasanya menulis tentang cranky ini Haha.

Semua benda macam tak kena. Hampir pukul 3 dapur masih belum berasap. Dunia seakan akan blur (akulah yang blur tu). Ayam awal awal lagi dah dikeluarkan dari freezer. Nak masak ape dengan kau ayam pun aku tak tahu. Blur betul. Padahal bukan hari hari masak. Menjadi suri rumah pun baru empat bulan.

Belum layak digelar suri rumah yang bingung fikir nak masak apa yer. Suri rumah yang 10, 20 tahun layaklah. hahahahaha

Lepas melihat aku begitu tidak tentu arah. Encik Husband menawarkan diri untuk masak. Phew.. my Savior. Sambil memotong bawang putih dia mengarahkan aku mengambil tepung gandum, blend cili kering.

Ape kah menu yang mahu dimasak oleh beliau.

Apabila ditanya dia kata entah, pakai hantam saja laaaa. Pulak dah. Kita yang blur ni lagi jadi blur melihat dia keluh kesah di dapur. Hahaha. Hampir nak terbalik jugakla dapur tu. kekeke. Tapi disebabkan aku cranky sangat. Semua benda tak mengena. Jadi aku biarkan sahaja beliau dan dunia masakan beliau. 

Nak potong bawang pun aku jijik. Eh alahaiii kau dah kenapa.. kau dahhh kenapaaaa.

Ni mesti sebab tadi masuk kandang kucing sapu sapu kaut kaut taik Ayam. Badan terus rasa tak sedap dan geli geli. Sebab tu la tak suka sangat dengan kucing... Bulu bulu dia dah dijinakkan dalam fikiran sebagai agak kotor. Padahal, Kucing adalah binatang yang terbersih sekali dlm duniaaaaaa! (woww) (macam pernah baca) (harap ianya betul) 

Dan lepas tu terus terbersin bersin seharian. Menganggu emosi ibu ibu betul. Dahla ibu ibu ni banyak angin. Kalau seminit tu ada enam puluh saat, aku punya sendawa keluar angin tu adalah 689 kali. Begitu over sekali perbandingan ku. Ahahahaha. 

Lepas tu pulak, Hajar masuk dalam rumah. Lalu tiba tiba dihadapan mata ku dia muntah muntah. Muntah beb! Kau ngandung lagi ke Hajar?? Hahaha. Walaupun aku kasihan sekali melihat dia, tapi aku lebih terpesona akan muntah muntah yang dia lemparkan di atas carpet. Aduhhhhhh. 

Naik lagi la rimas. hahaha Encik Husband jugaklah yang kena bersihkan.. Huhu.. Maaf :(

Habis je adegan muntah muntah tu, barulah hubby kata nak masak. Masa tu memanglah dah 100% geli dengan diri sendiri. Dengan hidung tersumbatnya, dengan rasa diri sangatlah berbulu uihhh macam macam rasa. Mengeluhhh je masa nak tolong tolong hubby tu.

Sampai satu saat dia berkata

"dah la dahla...tak payah tolong.. pi tiduq kaa.. duduk tengok korea kaaa"

Sebabnya, muka memang dah masam mencuka (tapi cuba senyum). Tapi takkanlah nak goyang kaki kan.. Kesian pulak dia terkontang kanting (padahal dia pro je masak) (selalu jadi master komen kat kitew)

Akhirnya.. 

Beliau Berjaya masak, dan aku masih kekal Cranky. hahaha

 Ayam chili flakes, sayur bayam air, dan telur kari? All done by hubby. 
Sewaktu beriadah (beriadahlah sangat *mata ke atassssssss terjuling juling) 

Habis hubby masak je, naik atas mandi dan solat barulah tak terasa cranky sebab dah rasa bersih. Lotion minyak wangiii semua kasi sapuuu sambil kata kat hubby

" I smell like cat"


Adios!


No comments:

Post a Comment

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...