Tajuk je English k, tapi post mixed coco. Muahaha
Hai Assalamualaikum semua!
Keperluan baby untuk dibawa Berenang
- Swim Diaper RM49.90// Potty pants RM24.90
Tapi kitorang guna Training Pants for baby tu je sebab harga dia separuh murah dari swim diaper sebenar. Hahaha. Bentuk sama je, bolehla asal lepas dari life guard. Nak pakai pampers tak bolehla dosa, nanti kembung je pampers jadi apa pulak nanti. haha
-Pelampung baby RM24.90,
both items beli dekat Nurizshar Baby Shop located at Bangi Sentral
-Basic items
macam baju balik, towel, stokin takut dia sejuk, pampers etc
Hai Assalamualaikum semua!
Sukanya diaaaaaaaaaaaaa
Hari ni adalah hari yang dinanti nantikan buat seluruh ibu bapa pertama di dunia. Excited dia lain macam tau nak bawak anak pi berenang. Nak tengok reaksi dia, gaya dia, skill dia, kebolehan dia boleh tak buat jadi pelapis Michael Phelps haha. Michael Phelps yang beriman please k Althaf. Aminn
Memandangkan suami ku juga sekarang dah beralih kerja dari office hour ke shift hour, makanya lagi best nak bawak Althaf swimming tempat public. Sebab boleh jalan jalan hari biaasa. Sebab offday dia pun weekdays (not fixed)(sometimes weekend pun cuti). Dan of course lah best sebab hari biasa tak ramai orang satu dan tak perlu berebut rebut tandas ke, tak perlu terkena percikan abang abang budak tujuh sepuluh tahun. hahaha. Tak sia sia husband berdiskusi dan berdebat dengan ku patut tak dia terima tawaran shift hour tu. Tapi public holiday dia kerja k. Thank you too hubby sentiasa berdiskusi dengan ku perihal kerjaya mu. Terasa diriku ini begitu berharga. *flips hair* hahahaha.
Plannya nak pergi petang masa redup redup, taknak lah bagi anak ai terkena panahan cahaya matahari, nanti burned k. Hahaha. Tapi takut bila dah petang, matahari tak surut lagi ke panas dia, tetiba hujan ke??? Hati kita ni bukannya ramalan kaji cuaca ye dok? Jadi nak cut time nak pergi bebila je mandi dan taknak anak terbakor panas kita pun google lah "swimming pool berbumbung area putrajaya bangi". Terjumpa lah Marina Putrajaya ni! Perfect place untuk rancangan ku tadi. Got bumbung, tak kena panas dan bukak sampai malam lagi.
Tapi takkanlah nak bawak baby mandi malam malam? Kerja Gila.
hahaha! Sorry, hobi ai gelak tak bertempat. Hihi.
Harga per entry dan Waktu mandi manda, untuk baby freee! Alamak, cahaya pulak. RM 5 untuk adult, RM 3 untuk kanak kanak. Oh and they got GST so, plus 30cents each person. zzzz hahaha!
Kolam renang dia terbahagi dua. Satu untuk dewasa punya, satu lagi untuk infant punya. Yang infant memang kaki Althaf sampai je lantai so dia secure sikit. Nampaklah keyakinan dia tu, muka berlagak pun ada. Eh, awak tu baru lima bulan tau! hahaha Bila masukkan kat kolam besar, kocakan dia jadi tak tentu arah sikit sebab tak sampaiiiiiiiiiii. Hahaha. Tapi Kolam dewasa dia tak dalam sangat lah. Paras paras bahu ai jew.
Adult Area
Infant Area, bersebelahan je dengan Adult area
Tapi kolam renang ni campur campur. Jadi faham fahamla, dan tak besar sesangat lah. Jadi bila orang datang ramai sikit je, tetiba nampak macam dah penuh. Facilities semua okay, sangat bersih, shower berfungsi dengan baik. Ada life guard jaga, cuma takde mini mart je. Yang ada pun tersangatlah kesian, letak kopok sikit, aiskrim corn, mineral kecik. Done. Eh hello? Kalau ai tetiba lapar cemana? Hahahaha bukan masalah aku lah kata pihak Marina.
Dan jangan lupa untuk berpakaian swimming attire yang betul. Kalau dah mak mak dan menjaga aurat apalah salahnya membeli sepasang burkini . We called it Burkini kan? Yang Muslimah swimming attire tu. Yang kita punya ni pun Burkini jugak, bertahun dah ada, mama belikan. Lepas tu senang hati nasihat kat orang suruh berkorban duit beli. hahaha. Thankyou mama! Memang sangat sangat berguna.
Semi- mesra Orang Kurang Upaya, why semi? Sebab laluan macam ni untuk ke tandas je. Nak naik atas berenang still ada tangga. Tapi sikit je lah tangga nya
View dia sebenarnya cantik sangaaaat. Tapi lupa nak ambik gambar. I love this place!
Alhamdulillah, memang Althaf ni sejenis suka air. Sebab dia suka mandi. haha. Masuk masuk je kolam, dia blur kejap, lepas tu dia start kocak kocak kaki dia and senyummmmmmmm. Allah, melting betul.
Tapi yang slack nya kolam renang berbumbung ni adalah kesejukan air kolam tersebut. Yelah, dah tak nak sangat terkena percikan cahaya matahari. Sejuk lah air jadinya. Yang tua ni masuk je kaki rasa sejuk, apatah lagi baby kan? Tapi Althaf okay je tadi. Hahaha dia mandi dalam 20 minutes macam tu je. Lepas tu dia dah start merengek merengek tak tahula sebab sejuk atau dia dah penat. Ye lah, baby. Tenaga dia mana sama dengan baby besar ni hahaha.
Tengok tu, bukan main nak berenang sendiri haha
Keluarkan dia dari kolam, kena cepat cepat selubung dia dengan towel mandi dia. Kalau air sejuk macam tu terkena angin lagi. PHEWWWW risau takut dia boleh demam je.
Lepas dia mandi, siapkan pakai baju. Kita pun turun balik mandi. Oh Allah, i love waterrrrrrrrrrrr so much. Suka gila berendam. Memang kalau jumpa air, susah nak keluar. Hahaha berbeza sungguh dengn suami ku. Dia jenis yang tak tahan sejuk. Selsema pulak, jadi dia tak join mandi. Tolong jaga Althaf dan tahan dengan kemerengekan Althaf nak tidor je. Hehe. Thankyou sayang
Kepenatan
Overall, memang best Marina Putrajaya ni.
Apa yang best?
-Bersih,
-Affordable harga
-Nice view sangat
-Banyak session, boleh mandi sampai malam
-Facilities lengkap, ada tandas, loker, shower area, surau
-Ada tempat makan jugak, tapi tak tahula mahal ke tak. Macam mahal jew hahaha
Tak best dan boleh diperbaiki
- Tak ada sewa swimming attire//pelampung (some swimming places ada tau, jadi convenient la sikit kan)
- Tak ada kedai mini mart ke (emmmmmmm memang tak best kalau takda. Kena make sure semua lengkap dan seksiap kenyangkan diri , beli air ke apa.)
- Air kolam sejukkk , letak la heater bawah kolam ? HAHAHAHAHAHHAHAHA
Dan jugak, ada Ladies hour untuk perempuan di luar sana yang memerlukan privasi. Maryam lee would questioning this, saying like kenapa tak hari hari kenapa itu ini oh maryam. Haha, doakan dia yang baik baik yer.
Dan jugak, ada Ladies hour untuk perempuan di luar sana yang memerlukan privasi. Maryam lee would questioning this, saying like kenapa tak hari hari kenapa itu ini oh maryam. Haha, doakan dia yang baik baik yer.
Keperluan baby untuk dibawa Berenang
- Swim Diaper RM49.90// Potty pants RM24.90
Tapi kitorang guna Training Pants for baby tu je sebab harga dia separuh murah dari swim diaper sebenar. Hahaha. Bentuk sama je, bolehla asal lepas dari life guard. Nak pakai pampers tak bolehla dosa, nanti kembung je pampers jadi apa pulak nanti. haha
-Pelampung baby RM24.90,
both items beli dekat Nurizshar Baby Shop located at Bangi Sentral
-Basic items
macam baju balik, towel, stokin takut dia sejuk, pampers etc
Lepas dah mandi apa semua, i is hungry. Jadi pi Suria Mall yang berdekatan Masjid besi tu untuk makan cendol kegemaran saya di Go-Lokal Cafe. Memang sedap kat sini.
Cendol Pulut Duriannnnnn. Rasa nak seploh mangkuk. Tapi baru habis raya. Duit suami dah habis tabur hahahahaha
Ya Allah , mana stokin? Aku perasan dah stokin dia hilang seblah, tapi tak tahulah kenapa aku buat dunno je tak cabot je semua?? DIMANA KEWARASAN KU!?? AHAHAHAHAHAHA
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Adios Assalamualaikum :)